cp 81

3K 301 50
                                    

"Memang tak guna!" Marah Malinda seorang diri di dalam kereta itu.

Selepas sahaja pergaduhan antara dia dan suami, wanita itu terus keluar dari rumah tersebut. Dia tidak sangka suaminya sanggup menceraikannya selepas pergaduhan itu.

Memang panas betul hatinya kini. Semua itu kerana adik perempuannya yang sudah meninggal tersebut. Dia sangat bencikan Amel kerana telah mengambil Shawn darinya.

Pada awalnya Amel mengenali Shawn kerana dirinya juga. Melinda sudah menyimpan hati terhadap Shawn tetapi dia tidak mahu mengungkapnya.

Sehingga satu hari, apabila Amel berjumpa dengan Shawn sehingga membuat lelaki itu jatuh cinta pada perempuan itu. Sesungguhnya hati Melinda berkecai dan dari situlah timbul rasa dendam dalam hatinya.

Dia sudah berjuang bertahun-tahun untuk mendapatkan hati Shawn namun lelaki itu tidak sekali pun memandangnya. Akan tetapi adiknya perempuannya yang baru dikenali itu pula yang mendapat cinta tersebut.

Dan dendamnya semakin membara apabila adiknya berjaya mengahwini Shawn dan mendapat anak. Dendamnya terhadap perempuan itu tidak memang tidak akan pernah berakhir sejak semua itu terjadi.

Dia sangat membenci keluarga yang terlahir dari perkahwinan Shawn dan Amel. Dia tahu Shawn sudah berkahwin tetapi rasa cintanya terhadap lelaki itu tidak pernah hilang dan apabila melihat muka Amel disamping lelaki itu, dendamnya menjadi semakin membara.

Sehinggalah satu hari apabila dia tahu Amel meninggal apabila melahirkan anak perempuan, dia rasa gembira. Dendamnya selama ini terbalas. Perempuan yang sangat dia benci sudah pergi dan mungkin dia boleh dapatkan Shawn kembali.

Namun semua itu mustahil bila dia tahu Shawn semakin berubah sejak anak perempuannya lahir. Lelaki itu menjadi semakin dingin melayani orang sekitarnya sehingga tidak ada seorang pun mahu mendekati lelaki tersebut.

Dan dari situ Melinda tahu semua itu salah Rechel yang lahir ke dunia ini. Kalaulah budak itu tidak lahir mungkin dia akan dapat Shawn yang dahulu.

Memang betul kata orang, anak yang lahir memang akan ikut sikap ibunya. Bagi Melinda hadirnya Rechel ke dunia sama seperti wujudnya Amel versi kedua.

Selepas Amel pergi Rechel menggantikan menghancurkan hidupnya untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Kerana dendamnya terhadap Amel, wanita itu sanggup mencuci otak keluarganya untuk membenci Rechel dengan alasan Rechel adalah pembunuh Amel.

Dia berjaya, jadi seterusnya dia cuba untuk mencuci otak Arshen dan Cruz. Dia berjaya sekali lagi. Mereka berdua sangat bencikan Rechel. Hal itu membuat dirinya senang. Kini kuasa keluarga tersebut seperti ada di tangannya.

Semua itu berlangsung selama 18 tahun ini dan rancangan seterusnya adalah membuat gadis itu dibuang oleh keluarganya sendiri. Dengan berjayanya rancangan tersebut, dia dapat membalas dendamnya terhadap Amel untuk kali kedua.

Namun semua itu hancur pada tahun ini. Dia sendiri tidak tahu kenapa keluarga tersebut tiba-tiba sahaja memberi perhatian kepada Rechel.

Selama ini dia cuba untuk membuat keluarga tersebut membenci budak itu namun mereka tiba-tiba sahaja berubah dan mengambil kisah akan budak itu. Mereka seakan tahu akan kesalahan yang mereka lakukan.

Dan kalau memang betul semua itu terjadi, itu sangat bahaya untuk rancangannya selama ini. Jikalau keluarga tersebut tidak membenci Rechel, itu akan membuat budak itu tidak mahu keluar dari rumah tersebut.

Dia mesti buat budak itu keluar. Kalau boleh dia mahu budak itu terus pergi dari dunia ini. Dia sudah cuba macam-macan cara. Dia menghantar Jane untuk mengganggu gadis itu namun tidak berjaya sehinggalah dia sanggup suruh Jane meletakkan racun dalam makanan budak itu.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now