Mata aku memandang ke arah perkarangan kubur yang sunyi di hadapan kereta aku ini. Matahari senja hampir tenggelam membuat membuat berasa sedikit sedih melihat kubur tersebut.
Pintu kereta ini dibuka lalu aku keluar. Kaki aku berjalan menuju ke satu kubur yang amat aku kenal. Sesampai di sana, aku terus berhenti dan merenung batu yang tertulis nama orang yang tertanam di situ.
Aku tidak tahu apa perasaan yang patut aku ungkapkan sekarang. Sedih, gembira ataupun marah. Memang aku tak tahu.
"Mama, Rechel minta maaf."
Hanya itulah kata yang akan aku katakan selama aku datang ke sini. Aku tidak boleh berkata ayat lain.
Diri ini terasa sangat berdosa untuk mengatakan perkara lain. Kalau bukan disebabkan aku mesti wanita ini masih hidup.
Agaknya apa yang wanita ini akan buat sekiranya dia masih hidup. Adakah dia akan bahagia dengan keluarga ini?
Mungkin juga. Dia dan keluarga ini akan menjadi keluarga paling bahagia tanpa aku. Aku memang perosak segalanya.
Walaupun aku tahu bahawa aku bukan pembunuh ibu aku tapi disebabkan akulah ibu aku dapat dibunuh. Jadi aku amat berasa bersalah menjadikan semua itu berlaku.
"Mama, apa Rechel memang bersalah?" Tiba mulut aku seakan mahu bertanya.
Aku tahu aku hanya bercakap seorang diri di sini, namun aku tetap mahu melakukannya. Aku sedar bahawa aku mungkin tidak akan mendapat jawapan itu.
Hati ini rasanya sudah terlalu banyak menyimpan perasaan sedih itu. Aku bukan sahaja ditindas malah dituduh dengan kesalahan yang langsung aku tidak lakukan.
"Apa Rechel patut pergi sahaja, mama?" Sekali lagi aku meluahlan segalanya.
Entah kenapa air mata aku bertakung sekarang. Apa aku terlalu sedih?
Tentang kejadian yang berlaku semalam memang membuat aku banyak berfikir. Aku tidak percaya dengan kata baoa aku yang mengatakan bahawa dia datang hanya untuk aku. Susah mahu aku percaya.
Dan sebab itu jugalah aku ke sini. Aku selalu berfikir ini adalah tempat yang aku boleh luahkan segalanya, namun setiap kali aku datang ke sini hanya ayat kemaafan sahaja yang keluar.
Aku tidak dapat meluahkan semua itu. Sampailah hari ini, entah kenapa aku mahu bertanya soalan kepada orang yang sudah tiada dunia ini.
Apa aku bodoh?
Bodoh sebab masih melakukan semua ini walaupun aku tahu itu semua hanyalah sia-sia. Memang terasa bodoh.
Tapi aku juga ingin satu hari dimana semua yang terpendam di hati ini dapat diluahkan. Sudah cukup rasanya semua beban yang aku tanggung selama ini. Jadi biarlah aku luahkannya.
"Mama, Rechel memang tak ada gunakan hidup dekat dunia ni. Nyawa yang mama beri untuk lahirkan orang macam Rechel seakan sia-siakan."
Kaca air mata aku seakan mahu pecah. Aku mahu menahan semua ini, namun aku tidak pasti apakah aku tetap boleh menahannya.
"Rechel tak patut lahir dekat dunia ini."
Kaca mata aku pecah. Aku menangis di situ. Aku memang terasa sangar tidak berguna. Tidak berguna dan sungguh lemah. Orang seperti aku tidak layak hidup dekat dunia ini.
Aku sudah ambil nyawa orang yang tidak bersalah dan sekarang aku harus menanggung semua ini. Memang ini adalah balasan untuk perbuatan aku.
"Mama, Rechel memang minta maaf," ucap aku sambil menangis.
Adakah ibu aku akan maafkan orang seperti aku? Aku mahukan jawapan.
Tolonglah sesiapa, berikan aku jawapan. Aku mahu tamatkan semua ini, namun tanpa jawapan aku tidak akan dapat tamatkan semua ini. Rasa bersalah itu akan menjadi semakin besar di hati ini.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Teen Fiction(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...