cp 80

3.1K 295 42
                                    

Mata Jason memandang ke arah sebuah katil yang terbaring seorang gadis yang amat dia kenali. Mata gadis itu tertutup rapat seperti tidak mahu dibuka lagi.

Hatinya pedih melihat situasi tersebut. Dia tidak sangka bahawa gadis ini akan jadi seperti itu. Pertama kali dia mendengar hal ini juga dia amat terkejut. Memang patut selama ini dia cuba menelefon gadis itu tetapi tidak berjaya. Rupanya semua ini terjadi.

"Kalau satu hari nanti ada apa-apa jadi dekat aku, aku nak kau selesaikan kes ni sampai selesai. Aku rasa kau seorang pun dah tahu apa patut kau buat."

Kata itu bermain di fikirannya. Dia berfikir, adakah ini yang dimaksud oleh gadis itu?

Kalau betul, kenapa gadis itu tidak mengelak dari awal ataupun meminta tolongnya untuk menyelamatkan diri. Kenapa harus dia lakukan semua itu?

Kes itu tidak akan selesai dengan hanya dia seorang selesaikan. Gadis itu sudah banyak menolongnya jadi dia juga harus ada untuk menangkap orang tersebut.

Apa guna usaha yang dikerahkan oleh mereka berdua jikalau hanya seorang yang akhirnya akan menyelesaikan masalah itu. Itu namanya tidak adil.

Lelaki itu tidak mahu membuat semua itu. Dia sudah tetapkan di dalam hati untuk menangkap orang itu apabila gadis ini ada di sebelahnya. Menangkap dan membalas dendam atas benda yang telah orang itu lakukan.

Plak...

Bunyi pintu bilik tersebut kedengaran terbuka. Jason yang terkejut itu terus memakai penutup mukanya kerana dia tidak mahu orang tahu rupa wajah.

Topi yang digunakan untuk menutupi kepalanya digunakan lalu dia memusingkan badan dan berjalan keluar dari tempat tersebut. Memang betul firasat dia, ada orang mahu melawat gadis itu.

Jason menghiraukan lekaki itu dan terus menuju ke arah pintu. Dia tidak boleh menunjukkan mukanya di hadapan orang lain supaya identitinya tidak terbongkar.

"Sampai bila kau nak tunggu?" Tangan Jason yang ingin membuka pintu terhenti apabila suara itu bertanya.

Jason terkaku di pintu tersebut. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh lelaki tadi. Lelaki itu kenal dia ke?

"Aku tanya kau, sampai bila kau nak tunggu kes itu selesai?" Lelaki itu memandang ke arah Jason.

Jason terkejut mendengar kata lelaki itu yang tahu akan kes yang sedang dirinya dan Rechel cuba bongkarkan. Tetapi siapa lelaki itu?

Kepala Jason menoleh melihat sosok lelaki tadi. Sosok tinggi dengan muka serius memandang tajam ke arah dirinya. Melihat sosok tersebut membuat dirinya teringat akan sesuatu. Dia pernah melihat sosok ini dimana-mana tetapi dia tidak ingat.

"Kau nak tunggu sampai Rechel sedar ataupun kau nak tunggu sampai orang tu terlepas lagi?" Sekali lagi lelaki itu bertanya.

"Kau siapa?" Soal Jason dengan penuh ragu.

"Siapa aku, kau tak perlu tahu. Tapi aku nak kau tahu yang Rechel memang nak kau selesaikan kes ini sampai orang tu ke tangkap. Dia percayakan kau, jadi kau mesti buat walaupun dia tidak ada dengan kau."

"Macam mana kau tahu semua ni?"

Lelaki itu tersenyum senin lalu melangkah mendekati Jason. Satu fail diberikan kepada Jason. Dia menyuruh Jason untuk mengambil dan membaca isi fail tersebut.

Jason tanpa berlengah masa terus membaca isi fail itu dan alangkah terkejut dia melihat isi fail itu adalah data kesihatan Rechel. Dalam fail itu menunjuk data bahawa Rechel pernah terkena racun makanan yang sangat teruk dan mungkin boleh meragut nyawa gadis itu.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now