cp 71

3K 319 31
                                    

"Mary, kamu sudah hantar sarapan pada Rechel?" Soal Encik Shawn.

Mary yang sedang menyediakan makanan di atas meja itu terhenti lalu memandang ke arah tuannya itu.

"Cik Rechel kata hari ini dia mahu makan sarapan di sini," semua orang ada di atas meja itu terkaku terkejut.

Arshen dan Cruz yang turut bersarapan sama itu memandang terkejut ke arah Mary. Mereka seperti tidak percaya akan apa yang Mary beritahu itu.

Bukan itu sahaja, tetapi encik Shawn juga terkejut sehingga tersedak air minumannya tadi. Rasanya dia tidak salah mendengar tentang apa yang diberitahu oleh Mary.

Tapi biar betul, anak perempuannya mahu sarapan bersama di sini. Bukankah selama ini gadis itu tidak suka makan bersama dan tiba-tiba sahaja hari ini gadis itu berbuat begitu.

"Mary, betul ke-"

"Good morning!" tiba satu suara memotong kata Arshen.

Semua kepala di situ memandang ke arah suara tadi dan terkejutnya mereka melihat Rechel datang ke situ sambil tersenyum.

Gadis itu datang ke situ dengan perasaan yang sungguh gembira lalu duduk di hadapan kedua abangnya. Ahli keluarganya yang berada di situ memandang pelik ke arah Rechel yang tiba-tiba sahaja begitu.

Gadis itu datang dengan perasaan yang sungguh gembira tanpa takut seperti dulu. Dan senyuman yang dulunya menghilang tiba-tiba sahaja hadir muka itu.

Arshen yang duduk bersebelahan dengan Cruz itu menyepak kaki lelaki itu. Cruz memandang ke arah Arshen lalu Arshen cuba bertanya kepada Cruz tentang Rechel itu. Namun Cruz juga tidak tahu apa yang terjadi kepada adik perempuannya tersebut.

Hal itu membuat satu ahli keluarganya binggung dan terkejut. Perkara itu terjadi dengan tiba-tiba. Baru beberapa hari lepas gadis itu sakit dan hari ini tiba berubah menjadi seorang yang mereka tidak kenal.

"Ini makanan cik," ucap Mary lalu memberikan satu pinggan sandwich yang sudah tersedia.

"Terima kasih," sekali lagi budak itu tersenyum.

Setelah mendapat makanan itu, gadis itu terus memakannya sementara ahli keluarganya yang lain memandang hairan ke arah gadis itu.

Arshen sekali lagi menyepak kaki Cruz untuk menegur lelaki itu. Matanya menunjukkan ke arah Rechel supaya Cruz cuba bercakap dengan gadis itu.

"Um... Rechel, kamu sudah okay ke?" Soal Cruz curiga.

Rechel mengangkat matanya memandang ke arah Cruz lalu dia menjawab, "Rechel okay dah."

Cara gadis itu menjawab menambahkan kehairan keluarga itu. Muka gadis itu tersenyum dan tidak ada rasa takut untuk menjawab tidak seperti dulu dimana gadis itu selalu tergagap dan takut untuk menjawab.

Malah aura kelam yang selalu mengeliling gadis itu juga tiba-tiba tidak terasa hari ini. Rechel kini umpama Rechel yang dulu. Seorang gadis yang suka tersenyum.

Adakah Rechel sudah berubah? Itu adalah soalan yang bermain di fikiran mereka.

Tok! Tok!

Semua mata di meja itu memandang ke arah Finn yang mengetuk dinding rumah ini untuk memanggil encik Shawn.

"Maaf, tapi kenderaan tuan sudah tiba di luar. Tuan kena gerak sekarang kalau tak nak lambat," Finn berkata.

"Baik," balas encik Shawn lalu menyelesaikan sarapannya.

"Papa, ada nak pergi mana-mana ke?" Soal Rechel dengan penuh tanda tanya.

"Ya, papa ada kerja dekar luar bandar untuk beberapa hari," balas encik Shawn dengan penuh janggal.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now