cp 8

3.5K 359 6
                                    

Aku turun dari bas yang membawa aku ke sekolah utama ini. Udara yang segar dihirup oleh aku.

Sudah lama aku duduk sehingga lengguh bosan ini menunggu. Tangan aku direnggangkan sekejap.

Dan seketika kemudian ,aku melihat Claire turun bersama penutup muka berwarna hitam di mukanya.

"Kau dah kenapa pakai mask bagai? Perasan artis," tegur aku.

"Aku sakit," balasnya lalu membuka langkah menuju ke arah kumpulan pelajar dihadapan aku. Aku pun tanpa banyak tanya hanya mengikuti aku.

Semua yang mengikuti lawatan berbaris mengikut kelas. Aku dan Claire berbaris di saru barisan perempuan yang sama.

Setelah beberapa minit guru pengiring memberi sedikit taklimat, kami diberikan kunci bilik dimana saru bilik ada 2 orang.

Semua orang mendapat rakan bilik mereka sendiri tetapi lain pula aku dan Claire. Aku tidak tahu kenapa, tetapi cikgu Lisa yang mengiringi kamu mengatakan bahawa Claire tidak perlu kongsi bilik dan sama maksud aku tiada rakan sebilik.

Tidak tahu ini untung atau malang kerana aku tidak mahu orang tahu rahsia aku sakit namun aku terasa malang tidak dapat sebilik dengan Claire.

Hah... Tak tahulah bagaimana perasaan aku sekarang.

Apa yang aku tahu, aku mesti bergerak ke bilik aku sekarang. Beg bagasi yang cukup besar ditarik pergi ke satu asrama tetamu. Lebih kurang besar juga asrama ini.

Reka bentuknya juga cantik seperti asrama di sekolah aku. Betul ke ini asrama tetamu. Dah macam hotel untuk tetamu pula aku tengok.

Itu baru asrama tetamu belum lagi asrama pelajar. Entah macam manalah rupanya.

Kaki yang sudah melangkah masuk ke bilik asrama ini, terus menuju ke arah katil.

Badan direbahkan di atas katil bersaiz Queen itu. Terasa sungguh penat namun mata ini tidak mahu terlelap kerana insomnia yang ada pada diri ini.

Telefon pintar aku diambil lalu aku membaca pesanan yang masuk dan kelihatan Claire ada menghantar aju pesanan yang mengatakan dia tidak mengikuti makan malam pada hari ini.

Terfikir pula aku kenapa tiba-tiba pula ni? Pelik betul dia tu selepas tiba di sini.

Claire seperti mahu mengelak daripada aku dan Ian. Tadi dibawa bercakap pun dia mahu tidak mahu sahaja menjawab. Entah apa yang dia tu fikirkan agaknya.

Aku meletakkan kembali telefon aku. Satu beg kecil di dalam beg bagasi tadi diambil lalu aku memeriksa ubat yang ada.

Semuanya ada. Untung tidak ada lupa. Satu botol ubat diambil oleh aku lalu aku memakan satu biji dan meninum air mineral yang aku bawa tadi.

Sekelip mata sahaja ubat itu ditelan oleh aku. Sekarang kalau dalam bab makan ubat memang aku sudah pro tapi kalau dulu nak telan ubat tu rasa macam nak telan batu sahaja. Memang susah.

Ting!

Tiba telefon aku mendapat pesanan dari Ian. Dengan pantasnya tangan aku menekan pesanan itu.

"Makan jom. Aku tunggu kau depan asrama."

Aku tersenyum membaca pesanan itu. Lelaki ini seperti tahu sahaja apa yang aku buat.

Aku menjawab pesanannya mengatakan bahawa aku setuju lalu aku terus bersiap turun menemui Ian di hadapan asrama ini.

Sampai sahaja di sana aku melihat banyak mata para pelajar perempuan sekolah aku dan sekolah ini memandang Ian sambil membisikkan sesuatu.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now