"Maafkan saya, saya nak berjumpa dengan doktor Clarissa." Kata aku kepada jururawat yang berkerja di kaunter pertanyaan tersebut.
"Cik ada buat appointment tak?"
Aku menggelengkan kepala aku. Memanglah tak kalau baru tadi aku teringat nak jumpa doktor tu.
"Kalau macam tu, cik duduk dulu. Biar saya beritahu doktor Clarissa," kerusi menunggu ditunjuk oleh jururawat tadi.
Aku dengan sambil lewa duduk kerusi itu menunggu ketibaan nama aku dipanggil kembali.
Selang beberapa minit, jururawat itu datang dan menyuruh aku untuk pergi ke bilik doktor tadi.
Tidak perlu tunjuk arah, aku sudah tahu dimana biliknya kerana ini bukan kali pertama aku jejak kaki ke sini. Malah sudah banyak kali aku. Doktor itu pun macam sudah kenal sangat dengan aku.
Tok! Tok!
Aku terus membuka pintu itu selepas memberi ketukan dua kali. Seorang doktor perempuan tersenyum memandang aku masuk ke dalam bilik ini. Itulah doktor Clarissa. Pemilik hospital ini.
Umurnya mungkin sama umur abang kedua aku tapi dia tidak tahu bahawa aku ada abang seorang doktor. Kalau dia tahu mesti dia hairan kenapa aku datang sini daripada pergi ke hospital abang sendiri.
"Macam mana kamu sekarang?" Soalnya. Kerusi di hadapan meja dia diambil oleh aku untuk diduduki.
"Baik, cuma sedikit..." kata aku tidak disambung malah aku tidak tahu bagaimana mahu menerangkannya.
"Tak apa, saya faham."
Lega sikit hati aku. Untung doktor ini faham akan perasaan aku. Memang ada bagus aku selalu berjumpa dengan selama 6 tahun aku menghidap sakit ini.
"Kamu masih buat benda tu?"
Aku mengangguk perlahan. Dapat dilihat muka doktor itu kecewa dengan perbuatan aku. Tapi apa boleh buat. Ini adalah bagaimana tubuh aku melepaskan stress.
"Kalau macam tu, tunjukkan saya tangan kamu. Biar saya rawat," ujar doktor itu.
Baju yang menutupi pergelangan tangan ini ditarik oleh aku. Boleh dilihat banyak garisan yang terpapar di kulit tangan. Itu bukanlah garisan yang dilukis tetapi garisan yang aku buat menggunakan benda tajam.
Ya, aku cuba untuk mencederakan diri.
Atau maksud lainnya aku menghidap depression.
Benda ini bukan asing bagi aku malah aku sudah menghidapinya selama 6 tahun. Semua kerana perwatakan hidup aku.
Apabila aku stress atau marah pada diri sendiri, benda ini akan aku lakukan. Bagi aku cederakan diri adalah cara aku menghilangkan semua itu.
Aku tahu semua ini salah tetapi aku tidak dapat berhenti daripada melakukannya.
Doktor yang tadi berdiri lalu mengambil satu kotak kecemasan. Kerusi diambil dan terus dia duduk di hadapan aku. Tangan yang dihulurkan tadi terus dia ubati.
Dapat dilihat kesan luka yang masoh baru. Luka yang masih keluarkan darah pun masih ada. Itu semua kerana aku membuat benda ini malam tadi.
Itu benda biasa apabila aku balik ke rumah aku. Sebab itulah aku lebih suka duduk di asrama sekolah daripada balik ke rumah. Kalau balik sahaja mesti benda ini akan berlaku.
"Rechel, keluarga kamu tak tahu ke semua ni?" Tanya doktor itu sambil merawat tangan aku.
"Tahu," tipu aku.
"Kenapa mereka tak ada sama kamu selama ni? Biasa saya lihat kamu seorang sahaja datang sini."
"Mereka sibuk," sekali lagi aku menipu.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Teen Fiction(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...