"Good morning!" ucap aku dengan penuh ceria ketika memasuki kelas ini.
Aku memang macam ni. Mungkin di rumah muram tetapi apabila di luar aku sangat ceria. Hanya cara ini sahaja boleh aku gunakan untuk tutup personaliti sebenar aku.
Semua orang kelas ini memandang ke arah aku dan mahu menjawab namun mereka terhenti apabila melihat muka aku.
Aku tahu mereka mesti terkejut lihat aku menggunakan cermin mata sekarang. Tapi aku tak kisah selepas dengar apa yang Claire katakan tadi.
Tidak salah rasanya mahu pakai cermin mata. Lagipun mata aku tidak akan terasa sakit sangat daripada guna kanta lekap.
"Kau guna cermin mata Rechel? Selama ni kau rabun ke?" Soal salah seorang rakan sekelas aku.
"Aku memang rabun. Kau jer tak tahu," balas aku.
"Kalau macam tu, ni berapa?" Dia mengangkat dua jarinya.
Dia ni fikir aku rabun tahap buta ke. Kalau dah dekat ni memanglah aku nampak. Kang cucuk juga mata budak ni. Biar buta dan lepas tu aku pula tanya soalan ni dekat dia.
"Jari tu kalau aku cucuk dekat mata kau baru kau tahu jawapan dia. Aku rabun bukan buta, bodoh!" Marah aku.
Pelajar aku tertawa diiringi dengan pelajar lain yang mendengar perbualan kami tadi.
Memang beruntung dapat rakan sekelas macam ni. Semua ada jer peragai masing-masing. Dan sorang ni pula suka jadi badut kelas ni.
Hah! Apalah nasib.
Kaki aku melangkah pergi ke meja aku yang terletak di belakang kelas. Beg diletakkan dikerusi lalu aku berjalan ke loker membawa beg violin aku.
Pintu loker dibuka dan dapat aku lihat barangan aku yang bersepah di dalamnya. Bukannya aku mahu semua ni tapi aku ni malas nak kemaskan.
Nak bawa balik pula rasa macam menyusahkan kena bawa ke sekolah lagi sekali nanti. Jadi hasilnya aku hanya tinggalkan di sini sahaja.
Beg violin aku diangkat lalu aku letakkan di dalam loker ini. Untung sahaja muat. Tapi aku tidak pasti sama ada nanti akan muat ke tidak.
Lihat dari barangan aku dalam loker ni semakin hari semakin banyak. Mungkin aku patut bawa balik beberapa buat buku dalam ni. Takut nanti tak muat, mana pula aku nak letak violin aku ni pula.
"Eh Claire, Rechel belum datang ke?" Tiba aku terdengar suara Ian menyebut nama aku.
Aku menoleh dan melihat Ian berdiri di hadapan meja aku yang ada tepat di belakang aku.
"Tu, dia." Balas Claire menunjuk ke arah aku.
Ian melihat ke hadapannya. Tiba mukanya menunjukkan riak wajah terkejut.
"Lah, kau ke Rechel. Aku ingat budak mana guna cermin mata tadi," ujar membuat hati aku sakit.
Dengan sekelip mata aku berjalan ke arah lalu memukul kepalanya. Lain sangat ke aku pakai cermin mata sampai tak sedar ini aku.
Seingat aku dia pernah lihat aku pakai cermin mata. Tak kan dah lupa kot wajah aku pakai cermin mata. Lelaki ni memang nak kena.
.
.Time skip
"Claire, part ni macam mana?" aku menunjuk ke arah buku not aku.
Tangan aku memegang violin untuk latihan hari ini. Seperti biasa apabila hampir sahaja ujian semester, kami bertiga akan berlatih bersama.
Biasanya hanya akan ada aku dah Ian sahaja kerana Claire nesti berlatih bersama Carol. Namun disebabkan hari ini mereka tidak ada latihan, aku meminta Claire untuk berlatih bersama aku sekaligus mengajar aku.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Teen Fiction(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...