cp 36

3.1K 324 12
                                    

"Ian, aku ambil telefon aku dulu. Kau tunggu aku depan rumah ya," ucap aku lalu berlari masuk ke dalam bilik.

Selepas selesai kami berdua berbual di taman bunga mawar aku tadi, seperti yang dirancang kami berdua akan keluar bersama hari ini.

Dan baru sahaja aku mahu keluar tadi, tiba aku teringat bahawa telefon pintar aku tiada. Nampaknya aku terpaksa naik semula ke dalam bilik aku.

Nasib sahaja hari Ian datang awal, kalau tak mesti aku akan tergesa hendak keluar dengannya.

Setelah selesai mengambil telefon tadi, aku terus berlari keluar dari rumah ini. Pintu dibuka dan tiba satu pandangan seseorang yang paling aku tidak suka hadir tepat di hadapan rumah.

Tadi pembantu rumah itu dan sekarang perempuan ini pula. Memang hari ini semua orang nak buat hati aku sakit ke.

Beth.

Itulah perempuan yang menyakitkan mata aku kini. Aku tak fahamlah kenapa dia suka datang ke sini? Sedangkan dia tidak ada apa-apa urusan tetapi tetap juga datang ke sini.

Sudahlah dia buat rumah ini seperti rumah dia. Suka hati dia sahaja arah pekerja rumah ini ikut arahannya seperti dia tuan rumah ini.

Sedangkan aku juga tidak pernah buat semua itu. Nanti bila ditentang dia akan sebut bahawa dia itu adalah saudara bapa aku.

Saudara sahaja bukannya anak pun. Aku yang anak tuan rumah ini pun tidak segedik dia. Memang aku tidak faham.

Sudahlah sekarang ni, boleh pula dia bercakap dengan Ian. Tersipu malu sikapnya ketika bercakap di hadapan Ian itu tetapi bila hadapan aku syaitan pun boleh kalah.

"Awak ni presiden hari tu kan. Awak buat apa sini? Cari saya ke?" Soal perempuan itu dengan nada gediknya.

Aku dapat lihat Ian sekatang sedang berusaha untuk bertahan dengan sikap perempuan itu. Mesti Ian fikir dia sedang berhadapan dengan Eva 2.0.

Nampaknya aku terpaksalah tolong sebelum aku menjadi mangsa mendengar bebelan Ian mati.

"Saya-" kata Ian terhenti.

"Tak ada makna dia nak cari kau!" Kata aku membuat dua orang itu menoleh ke arah aku.

Muka Ian tersenyum bila melihat aku tiba. Lega hatinya mungkin tak perlu berhadapan dengan Beth itu.

Manakala Beth pula menunjukkan muka tidak puas hatinya kepada aku. Pernah ke dia tunjuk muka senangnya kepada aku ini? Setiap kali berjumpa itu sahajalah ekspresinya.

"Kau! Kau buat apa sini?" Soal Beth. Bodoh ke apa tanya soalan itu.

"Rumah aku, memanglah aku ada sini," budak itu tersentak.

Sudah lupa ke yang ini rumah aku bukan rumah dia. Jadi aku nak ada ke tak itu pilihan aku, bukan dia.

"Tak, sekarang kau nak pergi mana dengan dia?" Soal Beth lagi.

Aku melihat perempuan itu. Tiba satu idea jahat terlintas di fikirkan aku. Sekali sekala kerjakan budak ni tak apakan.

"Aku nak pergi mana dengan dia? Hmm... Dating!" jawabku sambil tersenyum senin.

"Da-dating!"

"Kenapa? Salah ke?"

"Ka-kau!"

"Dah lah Ian. Jom pergi D.A.T.I.N.G!" Aku terus menarik tangan Ian pergi dari situ.

Dapat aku rasakan perempuan itu sekarang tengah berdengus geram terhadap aku. Senang sikit hati aku ini.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now