Side Story 3 (Propose)

2.1K 231 22
                                    

Mata aku berkeliaran melihat satu keluarga aku yang sedang senyap seribu bahasa ini. Tidak ada satu pun perkataan keluar dari mulut selepas mendengar kata Ian tadi.

Ian yang duduk di sebelah aku pula sudah berpeluh menahan tekanan yang keluarga aku berikan. Dia mesti berasa seperti berhadapan dengan malaikat maut sekarang.

"Okay!" Tiba Cruz berdiri.

"Kau nak pergi mana?" Soal Arshen apabila melihat Cruz tiba-tiba sahaja melangkah pergi.

"Aku nak ambil pisau bedah aku dekat bilik. Biar aku bedah budak tak sedar diri ni!" Cruz menjeling ke arah Ian.

Aku terkejut lalu terus berdiri. Aku mesti hentikan dia. Muka tu dia nampak sangat dia maksudkan.

"Abang nan-"

"Jangan lupa bawa lebih. Aku nak tolong kau," Arshen pula setuju.

"Abang ja-"

"Kalau ada yang pisau yang lebih besar bawa juga. Papa ikut sekali," bapa aku juga.

Apahal pula dengan 3 orang ni!

Nak bunuh Ian ke? Bukannya Ian buat salah ke apa!

Aku melihat ke arah Ian. Muka dia memang seperti mahu pengsan sekarang. Mulutnya tersenyum tetapi nampak penuh dengan ketakutan sekarang.

"Abang stop!" Jerit aku.

Cruz berhenti lalu menoleh ke arah aku. Semua mata melihat aku sekarang.

"Kenapa mesti sampai macam tu sekali? Ian bukannya buat salah pun," ujar aku cuba menenangkan mereka.

Setelah apa yang dikatakan Ian tadi memang membuat keluarga aku seakan orang gila mahu membunuh Ian.

"Tak ada buat salah?" Arshen mengulang kata aku. Pandangannya ditundukkan.

"Rechel," Cruz nula berjalan ke sini kembali.

"Dia datang tanpa diundang dan tiba-tiba kata nak lamar kamu jadi isteri dia," bapa aku pula menyambung.

"Itu salah!" Serentak tiga orang itu.

Aku terkaku di situ. Ini semua bukan salah aku tapi salah Ian. Tidak tahu adakah sekarang masa yang salah katakan semua ini ataupun keluarga ini memang begini.

Ini semua memang bermula dari Ian.

.
.
.

Flashback

Angin sejuk di musim bunga ini mengena diri ini yang sedang berdiri di atas jembatan gantung ini. Udara yang berada di sini memang sungguh segar. Sangat sesuai untuk menghilangkan tekanan.

Mata aku memandang tasik yang sungguh besar di bawah jembatan ini. Airnya jernih dan kelihatan bersinar apabila terkena matahari. Tidak cukup dengan keindahan itu, ditambah lagi dengan hiasan bunga teratai dan angsa yang riang berenang. Memang menenangkan.

Pap!

Tiba seseorang menepuk bahu aku. Aku menoleh ke belakang dan orang itu ialah Ian.

Muka lelaki itu tersenyum melihat. Sejak dia menjadi pianist terkenal ini memang sukar untuk berjumpa dengannya. Kalau ada masa pun mesti sekejap sahaja.

"Lama dah ke tunggu?" Soalnya lalu berdiri di sebelah aku.

"3 hari dah aku tunggu," gurau aku.

Lelaki itu tertawa kecil. Sejujurnya hari ini dia yang kata mahu berjumpa setelah 3 bulan tidak bertemu.

Memang kami berdua selalu berhubung antara satu sama lain tetapi nak bersemuka itu susah sangat. Jadi kalau dapat bertemu memang satu peluanglah.

Awalnya terkejut juga aku mendapat pesanan dari dia mengatakan bahawa dia ada di sini. Selalu dia akan sibuk ke luar negara untuk persembahan dia.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now