Tatapan Jane melontar ke luar tingkap rumah itu. Tugasnya adalah mengelap tingkap tersebut namun dia hanya mengelamun tanpa membuat kerjanya.
Kepalanya masih lagi memikirkan hal tadi. Peluang dia sudah hadapan mata untuk mengenali tetamu tadi, namun terbatal apabila cik mudanya menyuruh dia pergi.
Tidak dapat dinafikan bahawa tetamu tadi sangatlah kacak. Dengan tinggi seakan model dan muka yang putih memang boleh memikat hati sesiapa sahaja.
Memang dihatinya ada perasaan terhadap Arshen namun tidak salahkan untuk memiliki dua sekali.
Bak kata orang banyak lebih bagus dari satu. Kalau tidak dapat abang gadis tadi, lelaki tadi pun jadi.
Yang penting dia hanya mahukan seoarang lelaki yang kaya dan kacak. Lihat kereta yang dibawa oleh tetamu tadi sahaja Jane sudah tahu lelaki itu kaya.
Mungkin tak sekaya keluarga ini tetapi masih juga dapat memenuhi hasratnya untuk hidup dalam kekayaan.
Kalau sahajalah gadis itu tidak mengganggu perbualan antara dia tadi mesti dia dapat mengenali tetamu itu.
Sudah semestinya hatinya sangat panas sekarang. Bukan setakat hati malah satu badannya. Kadang-kala dia terfikir kenapa gadis itu selalu dapat apa yang dia mahukan.
Gadis itu ada kekayaan keluarga ini, abang yang kacak dan lagi hebat mengenali tetamu seperti tadi. Agaknya apa lagi yang gadis itu tidak ada.
Rasanya gadis itu hidup bahagia walaupun dibenci oleh keluarga sendiri. Kalaulah dirinya dapat bertukar badan dengan gadis itu mesti dia akan hidup bahagia.
Dia tidak perlu kerja keras dan boleh mengarahkan sesiapa sahaja lakukan apa yang dia mahu. Memang sangat beruntung hidup gadis itu.
"Jane!" Satu suara memanggil dirinya.
Perempuan itu menoleh dan kelihatan Mary berdiri tepat di belakangnya.
"Ya puan," sahut Jane.
"Saya nak cakap sesuatu dekat kamu," tiba suasana menjadi tegang. Pekerja yang ada di sini tadi sudah pergi membuat suasana menjadi semakin kelam.
"Apa dia?" Entah kenapa timbul perasaan takut.
"Saya dapat banyak aduan pasal kamu. Kamu ni kenapa? Tak kan kamu tak boleh buat kerja betul-betul. Dan sikap kamu yang cuai tu, boleh tak tolong jaga sikit. Kalau tadi tu adalah tetamu penting tuan kita, kamu boleh kena buang kerja tau. Saya tahu kamu baru pertama kali kerja, tapi kamu juga mesti tahu bahawa kerja ni bukan boleh bawa sambil lewa. Banyak rakan sekerja kamu kena tolong lakukan kerja kamu yang kamu tak dapat buat tu."
Pandangan Jane menunduk. Tidak sangka pula hari ini dia akan kena bebel dengan ketua pekerja di rumah ini.
"Tingkap tu bila lagi nak siap bersihnya. Amy tu baru datang sini sudah hampir siap kerja dia. Tak kan dah sejam dekat sini masih lagi tak siap. Kamu buat kerja ke tak?" Nada seakan marah.
"Sa-saya minta maaf," balasnya dengan nada perlahan.
Jujur hatinya tengah panas sebab tadi tapi sekarang tambah pula ini. Memang semakin membara darahnya kini.
Kalau boleh dia mahu berhenti sekarang juga tetapi dia ada tugasan lain selain daripada berkerja di sini.
"Sudahlah, kamu sambung buat kerja kamu. Kalau kamu lakukan lagi benda yang sama, kamu akan dapat amaran terakhir," Mary terys beredar dari situ.
Mata Jane tajam menatap wanita 40an tersebut. Dia menyumpah nama wanita itu tepat di dalam hati.
Seterusnya dia terus melakukan kerjanya balik dengan hati yang sungguh sakit. Kerjanya dilakukan dengan gelojoh.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Teen Fiction(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...