Juita.
Ada masanya yang perlu kita raikan adalah imaginasi, fantasi dan angan-angan kita. Itu semua yang membezakan kita sebagai manusia dengan makhluk yang lain. Lagi pula, dunia realiti selalunya tidak seindah yang kita bayangkan. Jadi apa salahnya kita mencipta dunia sendiri yang penuh dengan perkara yang indah-indah. Sampai waktunya, kita tahu kita tetap akan pulang ke dunia realiti kita. Tetap akan berpijak di bumi yang nyata.
Aliff.
Memang realitinya, kehidupan sebenar tidak semestinya berakhir dengan keindahan dan kegembiraan. Tetapi, kadangkala realiti hiduplah yang mengajar kita untuk terus mengejar fantasi dan angan-angan dan menjadikannya tidak mustahil.
Nur Anggerik.
Semua orang ada sisi lain yang tidak pernah ditunjukkan pada sesiapa pun. Sebabnya, kita sendiri punyai kuasa untuk menunjukkan apa yang kita mahu pada dunia. Selebihnya kita akan cuba sembunyikan sebaik mungkin. Itulah manusia. Tetapi, dalam ramai-ramai manusia di dunia ini, barangkali ada seorang sahaja yang tahu sisi lain yang disembunyikan itu. Orang itu adalah orang yang paling kita sayang dan paling menyayangi kita.
Nabil Fadhlan.
Hidup penuh dengan kekeliruan. Yang mana satu benar, yang mana satu palsu, tiada siapa yang dapat pastikan. Namun apa yang pasti, cinta itu tidak pernah padam. Janji itu akan dipegang sampai bila-bila. Maaf atas segala-galanya....
Mambang Kuning.
Wajahnya amat kukenali. Tapi sayang, aku tidak dapat merasa apa-apa ikatan emosi antara kita. Bahkan, ada sesuatu yang tidak kena setiap kali kita bertemu. Sesuatu yang berbahaya.
YOU ARE READING
Juita, Satu dalam Sejuta
General FictionMakna 'juita' ada dua makna. Pertama ialah 'nyawa', 'buah hati', atau 'kekasih'. Makna kedua pula, 'cantik', 'elok' atau 'ratna'. Aku memilih makna pertama untuk menyerumu, kekasih! - Aliff Perkara yang paling ditakuti Juita akhirnya terjadi jua - m...