BAB 49

4 0 0
                                    

Imbas kembali...

Restoran Uncle K, SACC Shah Alam

"Antara I dengan Nabil, Nabil mengalami kecederaan yang lebih teruk. I cuma alami patah kaki, tapi Nabil... otak dia ada kecedaraan. Itu yang doktor bagi tahu kami semua" Anggerik mengetap bibirnya. Jelas wajahnya yang awal tadi mampu mengusik dan bergurau dengan Aliff kini bertukar suram. Entah angin mana yang membawa pergi segala senyum dan usikan nakal Anggerik.

Aliff pula semakin fokus dengan cerita Anggerik itu. Dia mahu dengar lebih lagi. Kopi moka dipesan lagi segelas.

"Selepas insiden tu, I memang tak keluar rumah. Kawan-kawan telefon pun, I tak jawab. Apatah lagi kalau nak jumpa. I tertekan. Berhari-hari I tak tidur. Kalau tidur pun, I senang terjaga. I tak tidur lena. Mula-mula I asyik menangis sebab I rasa bersalah sangat dengan Nabil dan keluarga dia. I yang pandu kereta tu dan I yang buat dia jadi macam tu. Koma tak sedarkan diri. Lama-lama, rasa sedih dan tertekan tu sendiri buat I dah tak mampu nak menangis. Air mata pun dah tak boleh nak kurangkan rasa sedih I."

"Lepas tu, apa yang jadi?"

"Papa I terus bawa I pulang ke kampung I di Perak. Dia sendiri tak boleh nak buat apa-apa. Mama I terpaksa ikut aje. Masa tu I dah tak boleh fikir apa-apa. Orang tolak ke kiri, ke kanan, I dah tak ambil peduli. I sendiri tak tahu apa khabar dengan Nabil. I pernah cuba lari dari rumah tok saudara I, tapi I tahu kalau lari balik rumah semula, keadaan akan jadi lagi teruk. I boleh mati."

"Takkan sampai boleh mati? Kenapa pula?" Nada suara Aliff jelas dia terkejut dengan kata-kata Anggerik itu.

Anggerik tergelak sinis. Namun ada getar di hujung tawanya. Sekadar untuk menutup rasa pilu yang bertandang di hati.

"I tak tahu nak mula dari mana cerita ni. Rasa macam buka pekung di dada pula. Tapi, disebabkan hal ni ada kena-mengena dengan Nabil, I akan beritahu you."

"Tak apa kalau kau tak nak bagi tahu. Aku tak paksa." Tapi dalam hati Aliff, dia rasa sedikit kecewa juga kalau Anggerik tidak beritahu apa ceritanya.

"You kena tahu sebab sedikit sebanyak ada melibatkan Juita juga."

"Oh, okey. Silakan..."

Juita, Satu dalam SejutaWhere stories live. Discover now