BAB 33

3 0 0
                                    

Siapa sangka kalau cempedak boleh jadi nangka. Dan siapa sangka dalam ramai-ramai kawan yang Leon ada, Aliff juga yang menjadi pilihannya itu membantu meringankan majlis perkahwinannya itu. Pada asalnya Leon mahu meminjam lima ribu ringgit untuk majlis kahwinnya yang akan datang. Tapi dia terpaksa meminjam lagi lima ribu ringgit apabila dia perlu membaik pulih kereta arwah ayahnya habis-habisan kerana dia mahu sediakan sebuah kereta yang baik untuk bakal isterinya. Biarlah motor cabuknya itu hanya bergerak megah di jalan raya apabila dia mahu ke tempat kerja sahaja.

Namun Leon benar-benar tidak menyangka yang Aliff telah memberinya lagi seribu ringgit kepadanya. Katanya bukan untuk dipinjam tetapi sebagai hadiah perkahwinan daripada seorang rakan lama. Kalaulah arwah ibunya tahu tentang kebaikan Aliff, tentu saja arwah ibunya terharu dan berkali-kali memberitahunya bahawa tidak silap sungguh dia menganggap Aliff sebagai anak kandungnya sendiri.

Jadi, sebagai balasan yang tidak seberapa itu, Leon telah menjemput Aliff sebagai tetamu istimewa merangkap pengapitnya semasa hari persandingan dia dan Intan, gadis pilihannya itu. Walaupun majlis berlangsung dengan sangat sederhana tanpa bunyi-bunyian kompang atau baju bertukar berpasang-pasang, namun kehadiran Aliff di sisi sebenarnya telah melengkapkan majlis persandingan Leon dan Intan. Kalau boleh mahu saja Si Leon membuat pengumuman spontan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat Aliff kerana Aliff telah menjadi bukti bahawa kawan di kala susah itu sememangnya wujud di alam realiti. Bukan kisah dongeng semata-mata.

***

"Aku nak kahwinlah." Tiba-tiba Aliff menyuarakan rahsia hatinya yang selama ini dipendam. Waktu itu langit sangat cerah, angin Bandar Anggerik Shah Alam ini meniup lembut ke wajah Aliff. Dia duduk di bawah pokok mangga sambil menikmati semangkuk cendol sejuk manis dan sepinggan rojak Karim. Suasana yang sangat sesuai untuk meluahkan perasaan gembira seperti jatuh cinta atau mahu berumah tangga seperti Aliff ini.

Mamak yang sedang sibuk menyediakan rojak pasembor itu tersengih-segih saja mendengar pengakuan Aliff. Dia membalas pada Aliff, "Boleh. Kahwin sajalah. Semua orang suka kahwin."

Aliff hanya mampu tersenyum kecil. Dia tak bercakap dengan mamak tu, tapi dengan si pengantin baru dua minggu, Si Leon di sebelahnya ini. Tapi memandangkan mamak depan dia ni menyampuk, dia anggukkan saja. Segan pula dia apabila ada orang luar dengar kata-kata dia tadi.

"Betullah tu. Semua orang suka kahwin. Aku pun suka kahwin. Aku rasa kau pun mesti akan suka kalau dapat kahwin. Dah ada calon ke?" soal Leon sambil menghirup cendol terakhirnya itu. Sedap betul dapat makan cendol bawah pokok ni.

"Dulu ada..." jawab Aliff. Dia tidak tahu mahu menyambung atau biarkan saja ayatnya itu tamat di situ.

"Lepas tu?" soal Leon lagi.

"Sekarang aku rasa aku rasa aku dah bersedia nak kahwinlah," balas Aliff.

"Jadi, kau dah ada calon lainlah ni?" Leon meneka. Dia bukan jenis yang korek cerita orang lain, terutama hal cinta-cinta ni. Hal peribadi sangat tu, melainkan kalau orang itu sendiri yang mahu bercerita. Jadi, apabila Aliff sudi 'menggunakan' dirinya jadi tempat memberitahu perasaan hati sendiri, Leon jadi terharu pula. Rasa mahu saja belanja cendol dan rojak Si Aliff ini. Tapi... dia mahu dengar lagi cerita daripada Aliff.

"Cinta ni bukan boleh dipaksa-paksa kan, Leon?" Aliff tidak menjawab soalan Leon itu. Sebaliknya dia pula memberi satu soalan ala novel cinta pada Leon pula. Mujurlah Si Leon ini sudah pernah bercinta dan sedang melalui alam rumah tangga. Bolehlah jawab sikit-sikit soalan hebat itu.

"Betullah tu. Cinta ni kena dengan rela hati. Penuh perasaan. Sanggup memikul tanggungjawab dan berkorban apa saja untuk orang yang kita sayang," balas Leon penuh hati-hati sambil memandang ke arah wajah Aliff.

Juita, Satu dalam SejutaWhere stories live. Discover now