EPISODE III

1.7K 174 131
                                    

Adrien dan Thalia sedang duduk di atas tilam empuk Melisa. Mereka sedang menanti kemunculan kakak sulung mereka keluar dari bilik mandi. "Melisa ni bertapa ke dalam bilik air? Lama gila. Dah lebih dari 20 minit kot."

"Bertukang kot. Betulkan mana-mana bahagian dalam bilik mandi tu yang roboh." Jawab Thalia bosan. Jarinya meleret pada skrin komputer riba kakaknya mencari filem untuk ditonton.

"Kau buat apa, Thalia?"

"Cari movie. Boleh lepak tengok movie dengan Mel."

"Macam mana dengan rencana kita esok?"

"Aku dah serik siot. First and last aku buat sesi photoshoot Mel semalam."

"Tapi, ada lagi baju belum diperagakan. Tolonglah aku." Adrien memeluk lengan adik bongsunya. Thalia berkeras tidak mahu. Cukup sahaja apa yang berlaku semalam. Dia fobia. Tapi yang pelik, dia je fikir lebih. Yang kakaknya rileks sahaja macam tak ada apa-apa yang berlaku.

"Kau janjikan dengan aku. Mana boleh mungkir janji."

"Janji tu pakai untuk semalam je."

"Thalia, aku beritahu mama yang kau aniaya aku." Mata Thalia dari pandang skrin beralih ke abangnya. Petik nama mama pula. "Kenapa pula babitkan mama?"

"Kau janji dengan aku depan mama. Mama sendiri jadi saksi mendengar kata-kata janji manis kau tu."

Adrien berdehem membetulkan peti kotak suaranya. "Adrien, bolehlah, bolehlah, bolehlah. Aku janji dengan engkau yang aku akan ambil gambar lawa-lawa untuk promote baju-baju rekaan kau. Please... aku boleh guna gambar-gambar tu untuk portfolio aku bila minta kerja nanti."

Thalia dah juling mata ke atas. Kalau bab ingat dialog, mimik orang dan lakonan semula serahkan sahaja kepada Adrien. Dialah pakar dan raja.

"Fine. Aku akan habiskan tapi dengan syarat yang kita janji tadi sebelum masuk ke sini."

"Ya. Kalau Melisa kata yes, kau pun yes. Kalau Melisa kata no, maka jawapan muktamadnya no." Thalia mengangguk. Itu katanya tadi mengubah perjanjian dia di antara Adrien.

"Ini Adrien lah. Adrien boleh buat Melisa kata yes." Adrien berlagak mendabik dada.

Beberapa minit kemudian selepas Melisa selesai mandi dan menyalin baju.

"No."

"B... bb... but..."

"No means no." Melisa bertegas.

Adrien lompat turun dari katil Melisa. Dia keluar dari bilik kembarnya. "Mama!!!"

"See... ini semua kau punca." Thalia pandang Melisa. Melisa mencerlung tajam ke arah adiknya. "Excuse me. Siapa punca?"

"Fine. Aku." Lemah sahaja suara Thalia. Dia sedar semua ini berpunca daripada dia. Dia yang berjanji dengan Adrien dan dia juga yang mengheret Melisa menjadi model.

"Now, kau sendiri settle masalah ini. Jangan babitkan aku lagi."

"Melisa! Thalia!" Seoktaf suara Puan Aileen. Melisa dan Thalia memandang antara satu sama lain. Belum sempat mereka menyahut panggilan si ibu, tuan punya badan sudah terpacak di muka pintu bilik Melisa.

"Mama nak Thalia selesaikan janji Thalia dengan Adrien. Melisa, kamu pun sama."

"Tapi, mama... yang berjanji-"

"Kalau kamu tak gatal-gatal babitkan diri, kamu tak akan terjebak dengan semua ini. Jadi, selesaikan apa yang patut diselesaikan. Tak akan dengan adik-beradik sendiri kamu nak berkira. Atau kamu berdua memang cuba aniaya Adrien?" Adrien di belakang Puan Aileen dah angkat dua ibu jari 'thumbs up' kepada kembarnya dan adik bongsunya.

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang