EPISODE XXIV

1.2K 118 10
                                    

Melisa berhentikan kereta tidak jauh dari jambatan yang dia temui Lily dan kawan-kawan tadi. Tangan mencapai satu kain segi empat di dalam dashboard dan dilipat jadi segi tiga. Kemudian diikatkan di mukanya menutup hidung dan mulut. Hanya menampakkan sepasang mata cantik Melisa.

Matanya mendarat ke arah satu trak aiskrim yang berhenti di hujung jambatan. Ada beberapa orang lelaki berpakaian baju penjual aiskrim sangat mencurigakan di matanya. Dia nampak pula seorang lagi lelaki muncul dari bawah jambatan membawa dua karung guni di bahu sambil diekori oleh seorang wanita berpakaian gaun ketat warna merah yang kononnya nampak seksi tapi di mata Melisa nampak seksa. Karung guni yang dipikul itu bergerak-gerak seolah-olah ada makhluk hidup dalam karung guni itu. Kalau tidak manakan karung guni itu boleh bergerak-gerak macam ada orang cuba meronta-ronta keluar.

Dia tidak boleh tunggu lagi terus keluar dari perut kereta. Tiba-tiba, ada satu tangan mendarat di atas bahu kanannya dari belakang. "Melisa."

"Nikolai." Lega hati Melisa menyedari kehadiran abang sulungnya. Dia memberi isyarat mata kepada Nikolai menunjuk ke arah trak aiskrim yang tidak jauh dari kedudukan mereka. Tangan menyambut helmet dari tangan Nikolai. Tanpa menyarung helmet itu di kepala, Melisa memanjat belakang motor abangnya.

Nikolai memecut motor parkir di belakang trak aiskrim itu. Melisa menghayun helmet motorsikal itu ke arah dua lelaki yang sedang menjaga pintu belakang trak aiskrim. "Melisa, kau selamatkan budak-budak yang ada dalam trak." Arah Nikolai. Melisa memanjat masuk bahagian dalam belakang trak aiskrim itu sementara Nikolai menguruskan penjahat-penjahat yang cuba menculik kesemua budak-budak gelandangan yang berbaki di bawah jambatan itu.

Melisa membuka jalinan karung guni satu-persatu. Sedang Melisa membuka ikatan di tangan dan kaki budak-budak dalam trak itu, tiba-tiba trak itu bergerak. "Hati-hati." Ketangkasan Melisa menangkap salah seorang budak yang duduk berdekatan pintu terbuka itu menyelamatkan satu nyawa. "Te... ter... terima k... ka... sih, kakak." Gagap budak itu kerana terkejut dan takut bersatu rasa.

Melisa memeluk tubuh budak itu erat memberi semangat. "Jangan risau. Kak Melisa akan keluarkan kamu dari sini."

"Terima kasih, kak." Kata yang lain berasa lega kerana mereka bakal diselamatkan dari situ.

"Woi!" Penjahat muncul dari depan menunding jari ke arah Melisa dengan muka yang garang. Melisa meletak budak-budak itu ke sebelah kanan dinding trak aiskrim. Tubuhnya diposisikan menanti serangan daripada pihak penjahat.

Hayunan tumbuk dari penjahat itu dihalang dengan lengan. Melisa menyerang dengan menendang kaki penjahat itu. Tergolek penjahat itu jatuh kuat ke atas lantai belakang trak aiskrim. Penjahat yang memandu trak aiskrim memusing stereng ke kiri dan kanan berkali-kali sengaja cuba memeningkan kepala Melisa. Melisa tendang kepala kerusi pemandu itu dari belakang menyebabkan pemandu itu terhantuk kuat muka di atas stereng.

Penjahat yang tergolek tadi menangkap kaki Melisa dan merentap kuat membuatkan tubuhnya terbalik ke belakang. Kaki kirinya diangkat tinggi dan dihayunkan atas kepala penjahat itu. Muka penjahat itu ditendang tepat berkali-kali oleh Melisa. "Nak berlawan, cari lawan yang sama level. Bukan dengan budak-budak!"

"Lisa!" Nikolai yang sedang mengejar dengan motorsikal berkuasa tinggi memanggil nama si adik. Dia mencampak dua balisong kepada Melisa. Melisa tangkap dan satu dihunuskan di bahu penjahat yang terbaring di lantai trak aiskrim.

"Melisa hati-hati!" Nikolai memberi amaran apabila dia nampak ada satu lori besar cuba merempuh trak aiskrim itu dari hadapan. Melisa terus cepat-cepat berdiri. Kepala penjahat yang memandu itu dihentakkan kuat di stereng berkali-kali sehingga pengsan tidak sedarkan diri. Stereng trek dipusingkan ke kanan mengelak lori besar itu.

YEOUBIWhere stories live. Discover now