Melisa yang tadinya baring terus duduk. Leonardo juga turut bangun memandang bidadarinya. "Love, what's wrong?"
"Boleh tak kalau malam ni... kita tidur sahaja?" soal Melisa cuba mengelak.
"Sure." Leonardo ingin tahu tapi dia tidak mahu memaksa.
"Esok saya akan beritahu awak semuanya."
"Beritahu apa?" Leonardo mula risau saat mendengar suara isterinya yang berubah.
Tangan Melisa dipegang dan kekura tangan wanitanya dikucup berkali-kali. "Kau nak larikan diri lagi ke, love?"
Melisa menggeleng kepala sambil mengelus lembut pipi Leonardo. "Saya tak akan larikan diri."
"Pasti?"
"Ya, pasti. Hanya di sini sahaja saya boleh selamat daripada dijejaki Alfonso."
"Kenapa?" Leonardo tidak mampu menahan lagi rasa ingin tahunya. Perihal perut Melisa tadi lenyap sekejap.
"Sebab..." Melisa tidak pasti Leonardo akan suka dengan bicaranya nanti. Dia cuba menarik tangannya dari pegangan Leonardo. Tetapi pegangan lelakinya kemas tidak mahu melepaskan dia.
"Love, please..." Leo risau.
"Pulau kecil ni milik persendirian."
"Kau punya?" Melisa menggeleng kepala sambil tertawa kecil. "Awak ingat saya kaya sangat ke sampai mampu beli pulau."
"Mana tahu. Kalau Corvo boleh jadi milik kau, pulau ni ada sahaja kemungkinan boleh jadi milik kau."
"Tak adalah. Pulau ni bukan saya punya tetapi Lucas punya."
"Lucas?"
"Ya. Pulau ini sebenarnya pulau lanun. Tiada sesiapa yang berani menjejakkan kaki ke pulau ni sebab berita penduduk tempatan pulau ini dikatakan kanibal, pemakan daging manusia."
"Tapi..."
"Ya. Penduduk di sini semua manusia biasa dan makanan semuanya bersumberkan hidupan laut atau darat."
"Kenapa tak beritahu sahaja perkara sebenar?"
"Tak boleh."
"Tak boleh?"
"Ya, tak boleh. Kalau saya bina Corvo untuk selamatkan kanak-kanan yang menjadi mangsa perdagangan manusia, pulau ini fungsinya juga sama."
Leonardo membetulkan posisi duduknya mendengar fokus bicara isterinya. "Pernah dengan Black Siren's Ship?" soal Melisa kepada suaminya.
Suaminya menggeleng kepala. "Tak ramai tahu kewujudan Black Siren's Ship kecuali sesiapa yang aktif bergiat dalam bidang perikanan atau lautan."
"Siapa Black's Siren Ship?"
"Ketua Black's Siren Ship ialah Lucas. Penduduk-penduduk tempatan di sini, tidak kira kaum lelaki mahupun kaum perempuan mereka adalah sebahagian anak kapal Black Siren's Ship."
"Termasuk kau?"
Melisa mengangguk. "Saya dah lama tak sertai Lucas. Tapi itu tak bermakna saya tak tahu atau tak terlibat dengan apa-apa misi Black Siren's Ship."
"Misi? Misi apa?"
"Black Siren's Ship adalah kelompok perisik yang cuba hapuskan aktiviti perdagangan haram yang berlaku di atas laut."
Melisa pandang suaminya. Dia cuba membaca bahasa tubuh Leonardo. Tapi, dia tidak pasti. Jadi Melisa buat keputusan untuk teruskan ceritanya. "Kebanyakan perdagangan haram macam penyeludupan dan penjualan manusia secara haram berlaku di atas laut. Penghantaran manusia-manusia ini akan dilakukan antara bot-bot kecil atau kapal-kapal besar."

ANDA SEDANG MEMBACA
YEOUBI
Romance(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...