EPISODE XXXXVII

1.1K 132 5
                                        

Melisa mengukir senyuman menyapa para penduduk kampung Pulau Kampung Duyong. Dia sedang berdiri di depan meja menyerahkan beberapa barang-barang asas kepada penduduk kampung di situ. Tidak putus ucapan terima kasih diterima mereka. Ahli Black Siren II tak putus-putus mengeluarkan barang-barang asas yang sudah siap dibungkus di dalam kapal dan letakkan di atas meja. "Terima kasih ya nak?"

"Eh pakcik. Tunggu sekejap." Melisa memegang tangan pakcik tua yang cuba ingin mengangkat bungkusan barang asas yang dihulurkannya.

"Kenapa nak?" soal pakcik itu takut-takut.

"Eh, maaf pakcik. Saya bukan tak nak bagi bungkusan ini kepada pakcik tapi... sekejap ya."

"Dayen."

"Ya, Regina?" salah seorang konco Barboni Famiglia merapati dirinya.

"Awak tolong angkat bungkusan ini untuk pakcik ini. Bawa sampai ke rumah pakcik ini ya?"

"Eh nak. Tak mengapa. Pakcik boleh-"

"Benda kecil sahaja, pakcik. Jangan risau ya. Kawan saya ini akan tolong pakcik. Boleh kan Dayen?"

"Boleh, Regina." Aku memberi isyarat mata kepada Dayen. Dayen faham terus mengangkat bungkusan asas untuk pakcik tadi.

Melisa sambung tugasnya menyerahkan barang-barang asas kepada penduduk-penduduk lain yang masih beratur. Tidak putus-putus mereka datang sejak tadi. Dari pelbagai umur dan jantina. Sedang berlakunya proses pengagihan, satu situasi muncul menarik perhatian mereka semua yang ada di situ. "Adik tak boleh buat macam ini. Satu orang, satu set sahaja."

"Abang tolong saya abang. Tolonglah. Saya merayu sangat." seorang budak perempuan yang Melisa agak berusia 12 tahun sedang melutut dan merayu di depan Marco.

Muka Marco jelas tidak selesa apabila semua mata memandang ke arah dia. Melisa memberi isyarat kepada Paris untuk teruskan proses pengagihan sementara dia ingin menenangkan situasi yang sedang dihadapi rakan baik suaminya. Kaki dia melangkah merapati Marco dan budak perempuan berusia 12 tahun itu.

"Marco."

"Regina. Dengar aku dulu. Aku tak buat apa-apa dekat-"

"Marco, rileks. Tarik nafas." Marco ikut bicaranya. Melisa berdiri di depan kanak perempuan itu. Dia melutut menyamakan paras supaya mata mereka bertemu.

Marco yang melihat sudah mula cuak. "Regina-"

"Marco." Melisa menggeleng kepala. Marco memandang Ales yang muncul di sebelahnya.

"Kakak, tolong saya."

"Kenapa sayang?" Melisa menguak rambut kanak perempuan itu ke belakang. Sapu tangan yang sentiasa dibawanya dikeluarkan dari poket dan mengelap kesan kotor di pipi budak perempuan itu.

"Tolong saya, kakak. Tolong." Rayu kanak perempuan yang masih tidak diketahui nama itu.

"Sabar, sayang. Bawa bertenang. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Ikut apa yang kakak cakap ya?" lambat-lambat anak perempuan itu mengangguk.

"Tarik, hembus. Tarik... hembus." Melisa menggosok perlahan dada kanak perempuan itu. Lega hatinya apabila kanak perempuan itu mula bertenang.

"Mari, kita ke sana." Melisa bangun memegang tangan kanak perempuan itu dan mengajak duduk di sebuah bangku kayu yang tidak jauh dari situ. Kanak perempuan itu mengangguk mengekori langkahnya.

Kanak perempuan itu duduk di atas bangku manakala Melisa duduk bersimpuh di atas batang pokok yang bertentang dengan kedudukan bangku itu. "Sebelum sayang cerita ke kakak, boleh tak sayang beritahu dulu nama sayang ke kakak?"

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang