Leo mencabut cermin matanya dan letakkan di atas meja. Komputer riba miliknya diletakkan dalam mod sleep. Laci kedua meja kerja dibuka dan tangannya mencapai iMela.
Notifikasi iMela nya menunjukkan ada satu nombor menghubunginya sejak tadi. Memang dia sengaja letakkan iMela nya dalam mod senyap kerana tidak mahu diganggu. Nombor itu didailnya semula. Tidak sampai satu minit, orang di sebelah sana sudah menjawab panggilannya.
"Ya?"
"Telefon kau, aku call tak berangkat. Call via iMela pun tak berjawab." Jari Leo korek telinga. Bukan dia tak nak jawab atau angkat panggilan daripada Ales. Sebab dia tahu kalau bersembang dengan kawan dia seorang ini mulut macam burung murai. Dari satu topik ke satu topik bukanya. Kalau melayan kerjanya siap tak mengapa. Ini tidak, lagi bertangguh adalah.
"Kau nak call aku semata-mata nak bagi mukadimah just sebab aku tak angkat call, rasanya boleh sembang lain kali kot. Kau nak apa call aku banyak kali?"
"Kau ada kat mana? Marco beritahu kau beri rumah baru. Buat markas baru lagi ke?"
Leo cuba tidak mengeluh. Sepupunya pula macam makcik-makcik kepoh. Semua nak dicanangkannya ke Ales. Memang dua orang tu patut dilagakan kepalanya biar sedar. "Tak lah. Aku dekat markas utama."
"Betul ke kau beli rumah baru? Sebab apa?"
"Aku tanya last ya, kau nak apa?"
"Ish, kau ni. Aku tanya, kau tanya balik benda lain."
"Sibuk betul kan kau semenjak-semenjak ni." suara Ales dari corong telefon kedengaran jelas. Leo pandang ke arah pintu pejabat kerjanya yang dikuak dari luar oleh Ales. Di belakang Ales diekori oleh Marco. Dah datang dah dua makhluk Tuhan ni. Jarinya menekan punat merah menamatkan panggilan.
Ales dan Marco masing-masing mengambil tempat duduk di atas kerusi berhadapan dengannya. "Mana isteri kau? Aku tak nampak pun sejak dari tadi aku masuk ke dalam markas kau ni."
"Siapa suruh kau tak datang masa majlis hari tu."
"Kalau aku tak ada benda nak buat, memang aku datang. Masalahnya aku tak boleh nak datang. Nak buat macam mana." Gatal tangan Ales mencapai pen di atas meja kerja temannya. Pen itu ditekan buka tutup. Tap, tup, tap, tup.
"Kau nak apa datang sini? Lama menghilang, ni baru muncul." Soal Leo bersandar selesa di atas kerusi kerja empuknya.
"Aku ingat nak jenguklah kau sekejap. Alang-alang tu nak tahu juga siapa pengantin terjun kau."
"Tu." Leo menunding jari ke arah bahagian atas pintu.
Ales dan Marco memusingkan kerusi melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Leo.
"Kau upah jurugambar masa hari tu?" Marco soal kerana tidak tahu perkara itu. Maklumlah, dia kenal benar dengan sepupunya itu yang tidak suka diambil gambar sama ada untuk hal formal atau bukan.
"Tak. Draco yang curi-curi ambil guna telefon dia."
"Kau tak marah Draco pula?"
"Kau nak aku marah macam mana kalau gambar yang dia tangkap tu perfect. So, aku minta dia cuci gambar tu saiz besar, letakkan dalam frame dan gantungkan dalam bilik kerja aku." Leo memandang ke arah gambar dalam bingkai kaca itu. Gambar itu menjadi ubat untuk dia lepaskan rindu terhadap Angel nya. Busana pengantin berwarna putih yang dipakai oleh Angel nya pada hari perkahwinan mereka melihatkan isterinya itu tak ubah seperti bidadari. Tersangatlah cantik sehinggakan matanya susah nak lari dari melihat wajah itu.
"Dah, pusing sini balik. Lama-lama pula tengok isteri orang." Leo memusing semula kerusi Ales ke arahnya.
"Weh, Leo."

ANDA SEDANG MEMBACA
YEOUBI
Romansa(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...