Tuan Kris dan Puan Aileen berpimpin tangan. Mereka berdiri di depan satu batu yang tertulis nama Nikolai. Tuan Kris melabuhkan ciuman di ubun-ubun isterinya. Tangan isterinya digenggam erat cuba berikan semangat. "Papa dan mama datang melawat Nikolai. Melisa kirimkan bunga kegemaran Nikolai. Selamat hari jadi hero mama. Mama, papa, adik-adik kamu semua sihat-sihat."
Puan Aileen cuba menahan rasa sebak yang beraja di dada. Dia rindukan anak sulungnya. Ramai yang tidak tahu akan kewujudan Nikolai yang merupakan anak sulung dia dan Kris. Selama ini ramai mengenali Melisa dan Adrien sebagai anak sulung mereka. Walhal hakikatnya, Melisa, Adrien dan Thalia mempunyai seorang abang. Abang yang sangat baik dan kuat. Nikolai seorang anak yang tidak pernah menyusahkan mereka.
"Papa ke yang kena kesat air mata mama ni?" Nada suara Kris bergurau. "Jangan risau. Papa akan jaga mama kamu baik-baik. Mama ni satu-satunya buah hati papa."
"Melisa dan Adrien pun dengar pesan kamu untuk jadi seorang abang dan kakak yang terbaik untuk Thalia. Walaupun mereka bertiga selalu bercanggah pendapat, bila tiba masanya mereka juga sekepala kenakan mama. Papa kadang-kadang pun jadi geng mereka menyakat mama. Nasib baik Adrien team belah mama. Dia tak ubah macam kamu Nikolai."
"Butik pakaian pengantin kamu, Adrien dah ambil alih. Papa ingat dia jaga butik tu sebab kamu tapi rupanya dia pun minat yang sama. Kamu dan Adrien memang berbakat. Papa kadang-kadang rasa macam kamu berdua anak perempuan dan yang anak perempuan macam anak lelaki." Tuan Kris ketawa sambil menggeleng kepala bila teringatkan perangai anak-anak. "Papa tak kisah, asalkan apa yang anak-anak papa buat semuanya benda yang betul dan jujur."
Pada hari itu, Tuan Kris dan Puan Aileen sama-sama menghabiskan masa di situ. Mereka berbual dengan Nikolai seolah-olah putera sulung mereka itu masih ada bersama.
Di dalam rumah keluarga Tuan Kris dan Puan Aileen, Melisa sedang sibuk menyediakan bahan untuk masakannya.
"Thalia!"
"Apa dia?!" Thalia sedang sibuk bermain permainan video di ruang tamu bersama Adrien.
"Adrien!"
"Ya. Kejap, kejap. Lagi sikit je ni."
"Thalia! Adrien!"
"Ya! Ya!" Dua-dua menyahut tapi masih tidak munculkan diri.
"Satu!" Melisa mula mengira.
"Dua!" Adrien dan Thalia yang tadinya duduk sandar malas di atas sofa sudah berdiri tegak macam sedang menyanyi lagu kebangsaan.
"Tiga!"
"Coming!" Muncul juga Adrien dan Thalia. Macam tahu-tahu sahaja yang dia akan buat sesuatu kalau kedua-dua mereka tidak menunjukkan muka di hadapannya.
"Pergi siapkan meja. Letak apa yang patut. Adrien, kau pilih bunga dekat taman mama untuk hiasan centerpiece. Lepas tu, korang berdua tolong prepare baju papa dan mama."
"Kau punya baju?"
"Aku uruskan sendiri baju aku. Kalau bagi ke korang, tahu-tahu skirt atau dress bersangkut dekat kaki katil aku."
"Kau nak kita orang sediakan baju kau atau nak mama suruh kau tukar baju?"
"Fine." Melisa menjawab malas. Kalau bab tetamu datang rumah, mamanya itu sangat tegas dengan cara pemakaian mereka. Lagi-lagi semenjak dia jadi model gaun pengantin rekaan Adrien, semakin kerap mamanya meminta dia memakai dress dan skirt. Katanya nampak lebih manis. Kalau pakai seluar dan blazer nampak macam ratu mafia. Itu kata mamanya, bukan dia.
"Warna hitam."
"Apa?"
"Adrien, warna hitam tau."
YOU ARE READING
YEOUBI
Romance(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...