EPISODE XIX

1.7K 179 53
                                    

"Leo, bangun." Melisa mengejutkan suaminya daripada tidur. Dia baru sahaja selesai masak dan sediakan sarapan. Semua ahli keluarganya sedang menjamu selera sebelum bergerak pergi ke kerja. Melisa naik atas untuk kejutkan Leo yang masih lagi lena.

Tidak tahu apa dibuatnya Leo sampai berjaga malam menghadap iMela. Dia tidak mahu menganggu kerja Leo terus tidur malam tadi sebaik letakkan kepala di atas bantal. "Leo, bangun. Sarapan jom."

Leo buka mata. Pandangannya disapa dengan wajah Melisa yang tersenyum manis. Dia mengukir senyuman membalas senyuman si isteri. Hidungnya dicuit Melisa. "Bangun. Jom sarapan."

Dia mengangkat tangan merenggangkan otot-otot tubuh. "Dah siap masak sarapan ke?" Melisa mengangguk.

"Kenapa tak kejut aku? Boleh aku tolong."

Melisa cuma senyum. Dia sebenarnya tidak sampai hati nak kejut Leonardo awal-awal pagi. Sengaja Melisa biarkan suaminya tidur lebih lama untuk dapatkan rehat yang secukupnya. "Tak apa. Esok-esok saya kejut awal, minta awak tolong saya masak."

"Janji?"

"Janji." Jari kelingkingnya dan jari kelingking Leonardo bersauk tanda berjanji.

"Jom. Jom." Melisa tarik lengan Leonardo. Leo malas-malas bangun turun dari birai katil. Dia bergayut di belakang tubuh isterinya yang membawa dia ke bilik mandi.

Masuk di dalam bilik mandi, Melisa ambilkan berus gigi baru dan tuala kecil dari dalam almari. Berus gigi itu dilalukan pada air dan dipicitkan letak atas berus gigi sebelum disuakan ke dalam mulutnya. "Brush your teeth. Use this towel untuk lap muka." Tuala kecil warna putih itu disangkut pada bahunya.

"Nak pergi mana?" Tangannya menangkap pinggang isteri. "Nak keluar dan turun ke bawah."

"Sekalilah. Tunggu sekejap." Leo kumur dan ludah ke dalam singki. Melisa masih di dalam pegangan dia. Gadisnya itu cuma memandang dia. Kemudian, dia basuh muka dengan air sahaja. Tuala di atas bahunya tadi diambil semula oleh Melisa. Melisa lekap tuala putih itu pada mukanya.

"Segar sikit? Atau awak nak mandi?" Soal Melisa tidak tahu rutin lelaki itu. Kebiasaannya dia akan mandi selepas bersarapan. Tidak pasti Leo bagaimana.

"Lepas sarapan nak tidur balik-" mulutnya ternganga menguap masih ada baki rasa nagntuk. Melisa menarik tangan suaminya keluar dari bilik mandi. Tuala kecil yang digunakan untuk mengelap muka disangkutkan di ampaian yang terletak di tepi kanan luar pintu bilik mandi.

Sampai di ruang bawah, Leo menarikkan kerusi untuk beri ruang isterinya duduk. Dia menegur Tuan Kris dan Puan Aileen. Tidan lupa juga Aiden dan Thalia. "Makan, Leo. Tambah nasi gorengnya."

"Baik, mama."

"Jangan malu-malu tau. Buat macam rumah sendiri. Mama minta maaf lah kalau sarapan pagi ni biasa-biasa je. Melisa memang macam ni-"

"Mama mula dah lah tu. Biasa apanya. Melisa buat nasi goreng chicken chop tau pagi-pagi ni. Siap ada coleslaw dengan kentang putar. Pakej. Lengkap." Melisa pandang Puan Aileen rasa macam nak cubit-cubit je.

Tuan Kris ketawa besar melihat reaksi Leo yang terpinga-pinga terkejut tengok cara anak dan ibu itu berinteraksi. "Jangan dipelik sangat Leo. Mama kamu dengan isteri kamu ni jarang-jarang sekali sebulu. Ini lah lumrah bila dah masuk dalam keluarga kami ni."

"Baik, papa." Leo senyum sahaja. Mungkin ada sedikit pelik di ruang meja makan itu tapi dia senang dengan sikap santai dan bergurau antara ahli-ahli keluarga isterinya.

Berbeza sekali kalau dia pulang ke rumah besar Barboni Famiglia. Ruang meja makan senyap sepi. Seorang pun tidak bersuara. Hanya bunyi sudu garfu berlaga sahaja yang memenuhi ruang tersebut.

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang