"Mel, turunkan tangan kau tu. Pandang sini." Melisa ketap bibir. Kalau tak fikirkan yang di depan dia ini adik, sudah lama dia penyet-penyetkan buat cekodok. Sudahlah memaksa lepas tu mengarah pula.
"Kenapa aku ya?"
"Cepatlah posing. Cepat kau bagi kerjasama, cepat kita balik." Thalia mengipas muka dengan tangan. Bahang matahari jam 2 petang memang betul-betul menyengat. Blaus yang tersarung pada tubuhnya sudah terasa lencun dengan peluh walaupun mereka sekarang ini berada di bawah bumbung.
"Kenapa kau tak upah model je?"
Kakak dia seorang ini. Lemparkan 1001 soalan pula waktu-waktu begini. Memang sangat membanti. "Kalau aku upah model, aku tak heret kau ke sini. Cepatlah posing."
"Kau yang gatal offer diri dekat Adrien. Aku pula kena heret. Kau tahukan aku tak suka pakai dress bagai ni."
"Apa salahnya aku sebagai adik dan kau sebagai kakak, kita sama-sama tolong Adrien."
Melisa tidak kisah bahagian tolong Adrien tu. Yang dia kisahnya adalah kenapa dia perlu dilibat sama sampai kena sarung gaun pengantin ni. "Kau nak balik ke tak?" Dia pandang Thalia.
"Naklah!"
"Tunggu apa lagi? Posing cepat!" Ewah-ewah. "Fine!" Kedua-dua tangan yang menutup mukanya tadi diturunkan ke bawah menukar posisi mencekak pinggang.
"Hah! Itu dia. Bagi lagi. Lagi!" Thalia teruja apabila kakaknya mula berikan kerjasama. Butang kamera ditekannya berkali-kali. Tidak mahu melepaskan peluang menangkap gambar kakaknya berbusana gaun pengantin yang direka oleh Adrien, abangnya merangkap kembar kepada Melisa.
"Sekarang, pegang bunga ni." Melisa garu kepala yang tidak gatal. Bila masa pula Thalia sempat sediakan prop bagai. Dengan jambangan bunga mawar berwarna biru. Cantik, warna kegemarannya.
"Dah ke belum?"
"Lagi sikit. Posing style lain pula." Thalia memberi arahan. Melisa hanya mengikut. Dia ingin cepat-cepat habis sesi penggambaran ini. Sudah terbayang-bayang tilam empuknya yang berada di rumah memanggil. Tak sabar rasanya dia nak pecat gaun pengantin ini dari tubuhnya.
"Next, one more-" Thalia mati kata apabila tubuh kakaknya yang berada di depannya hilang kerana diheret orang asing.
"Eh! Eh! Lepaskan kakak aku. Woi!" Tergopoh-gopoh dia masukkan semua perkakasnya ke dalam beg tote besar berserta kamera miliknya mengekori langkah Melisa dan lelaki asing yang menarik tangan kakaknya.
Melisa yang terpinga-pinga mulai sedar. Dia menarik tangannya dari orang asing itu. Namun, kudrat dia dengan tubuh sasa itu sangatlah jauh beza. "Woi, lepaskanlah tangan aku!" Melisa tidak menyerah kalah. Dia mencuba untuk lepaskan diri. Entah macam mana, daripada kakinya berjalan cepat mengejar langkah panjang kaki tubuh sasa itu, kini dia sudah berpindah di atas bahu lelaki sasa itu. Macam guni beras.
"Thalia!!! Call polis!!! Now!!!"
Thalia yang masih mengejar, maraba dalam beg totenya mencari telefon bimbit. "Tak jumpa!" Beritahunya kepada Melisa. Waktu-waktu panas terik jam 2 petang ni, memang tidak siapalah ada di taman tasik. Lainlah kalau jam 4 atau 5 petang, waktu kebiasaan orang memilih untuk beriadah. Apa malang nasib mereka sekarang ini.
"Tolong! Someone, tolong!!!" Kedua-dua beradik itu menjerit sekuat hati.
Tiba-tiba, mereka sampai di depan satu khemah besar. Masuk ke dalam khemah itu, rasa panas terik tadi bagai dibawa angin lalu. Hilang. Berganti dengan rasa sejuk seperti sedang berada di ruang yang ada pendingin hawa.
Terkerdip-kerdip mata Thalia bila lihat ramai mata sedang memandang dia dan kakaknya yang berada di atas bahu lelaki asing itu. Ada seorang lelaki tua berada di hujung khemah berdiri memegang buku hitam bersaiz A5. Tubuh kakaknya diletakkan berdiri di atas karpet merah. Tangan lelaki itu mengenggam kemas tangan kakaknya. Mereka berdua berdiri berhadapan lelaki tua itu.
YOU ARE READING
YEOUBI
Roman d'amour(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...