Melisa turun tangga. Sampai di ruang bawah, dia dapat bau masakan yang datang dari arah dapur. Perlahan-lahan kakinya menjejak lantai tidak mahu Leo sedar akan kehadirannya. Tanpa Melisa tahu yang Leo sebenarnya sudah dengar derapan wanita itu sejak menuruni tangga lagi.
Dia berpura-pura tidak perasan akan kehadiran wanitanya. Tangan Leo mengacau kuah merah spageti yang ada di dalam periuk atas dapur. Jari kecil isterinya mencucuk kedua-dua pinggangnya dari kiri dan kanan.
"What... why?" Melisa mencebik tidak berpuas hati. Lelaki di depannya ini memang badan robot ke macam mana. Geletek pun tak ada kesan, cucuk secara mengejut pun tak ada reaksi. Bosan.
"Naughty, naughty." Leonardo memusingkan tubuh menghadap wanitanya. Sebelum Melisa melarikan diri, dia sudah sekat langkah wanitanya. Tubuh genit itu dikurungnya sandar di meja pulau.
"Leo." Matanya memandang tajam Leo memberi amaran supaya tidak berbuat apa-apa.
Leo buat tidak tahu akan pandangan amaran itu. Sudu kayu di tangan disuapkan dalam mulut, bibirnya kemam supaya senduk kekal di situ. Kemudian, jarinya mencucuk pinggang Melisa dari arah kiri dan kanan. Terperanjat gadis itu meloncat sedikit dengan tindakannya. "Leo!"
Melihat muka Melisa yang geram dan marah, Leo jadi ketawa. Sudu kayu itu terlepas dari bibirnya jatuh ke atas lantai. Geram di ketawa, tangan si comelnya itu menepuk dada bidang dia. "Sakit tau." Makin kuat tawa Leo apabila Melisa menepis tangannya yang ingin menggosok pinggang ramping wanitanya.
"Angel."
"Hmm." Melisa menunduk mengambil sudu kayu yang terjatuh itu tadi dan bawa ke singki lalu basuh dan terap di bahagian kering.
Leo memadamkan api. Dia berdiri di belakang gadisnya. Tangan merangkul di pinggang Melisa. Dagunya didaratkan di atas bahu kanan wanitanya. "I don't want to talk about this but..."
"About what? Jangan cakap separuh-separuh Leo. Kalau tak nak habiskan, jangan mulakan."
"Nikolai." Melisa memusingkan tubuhnya. Dia fokus ke arah Leonardo menanti bicara lelaki itu.
"iMela Nikolai."
"Ada apa pada iMela tu sampai penyangak tu nak?"
"iMela Nikolai tu iMela yang pertama."
"Kenapa Nikolai yang pegang dan bukannya awak?" Melisa kurang faham. Bukan kebiasaannya kalau prototapi gajet-gajet teknologi ini kebiasaannya pemilik yang pegang. Tapi kenapa pula ada dalam simpanan Nikolai.
"Aku tak sangka iMela tu masih wujud sebab seingat aku, Nikolai janji untuk hapuskan gajet tu sebelum dia pergi."
"Saya tanya lagi sekali... ada apa dengan iMela tu, Leo?"
"Jangan risau. Aku akan pastikan iMela tu disimpan baik-baik buat masa ini."
"Apa hubungan awak dengan abang saya, Leo?" Melisa mahukan jawapan.
"Tadi laparkan. Jom makan." Leo mengangkat tubuh genit isterinya dan letakkan di atas meja pulau.
"Topik tadi tak habis lagi Leo-"
"Lepas kau makan. Aku akan beritahu apa yang kau patut tahu." Leo bertegas.
Melisa mengangguk faham. Lagipula, perutnya memang lapar perlukan makanan. "Good girl. Aku tak nak masa aku explain nanti, kau dengar perut lapar-lapar bertukar jadi singa pula."
"Awak cakap saya singa?"
"Betulkan perempuan kalau lapar, dia cepat marah-marah dan emosi. Kemungkinan untuk ditelan hidup-hidup masa tu, sangatlah tinggi. Sekurang-kurangnya apabila aku bagi kau makan, kau punya mood okay."

ANDA SEDANG MEMBACA
YEOUBI
Romance(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...