EPISODE XVI

1.7K 177 47
                                    

Melisa tersedar. Terkerdip-kerdip mata gadis itu memandang lelangit katil yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Selalunya yang menyapa lenanya adalah siling berwarna biru. Namun kali ini ia berbeza.

Kepalanya ditolehkan ke kiri. Sekeliling katil yang menjadi pembaringannya ditutupi dengan tirai putih jernih. Menari-nari tirai itu ditiup angin bayu dari arah luar. Toleh ke kanan, pandangannya disapa dengan rambut lebat hitam pendek. Wangian maskulin menyentuh deria bau Melisa. Dia menghirup sedang dengan bauan wangian itu.

Tangannya pula menyentuh kepala itu mengusap lembut. Semakin dalam pemilik kepala itu menyorok di lehernya. Malah, tangan yang memeluk pinggangnya semakin kemas dililit. Belum Melisa tahu siapa gerangan tubuh itu. Tapi tidak dinafikan, dia berasa senang. Dia pun tidak faham dengan diri sendiri yang tidak terkejut atau buat kecoh kerana berada di dalam situasi itu.

"Wake up already?" Serak-serak basah suara garau itu kedengaran seksi menyapa gegendang telinganya. Lelaki itu juga baru bangun dari lena.

"Leonardo?" Soal Melisa mahukan kepastian walaupun suara itu dia cam.

"Sì, angela?" (Yes, angel)

Melisa menahan rasa geli apabila jambang-jambang Leonardo terkena kukit batang lehernya. Terlepas tawa kecil dari bibir gadis itu kerana tidak tahan geli. "Leo, geli. Sana sikit." Leo buat tidak tahu semakin menyusup sorok di leher jenjang isterinya. Senang dengan bau tubuh Melisa.

"Leo, geli..." Melisa cuba tolak tubuh itu apabila Leo semakin menggeselkan jambang di kulitnya. Dah macam anak jantan manja-manja pula.

"Geli?" Melisa mengangguk masih tertawa kecil. Tawa kecil Melisa itu menarik Leo untuk sama-sama tersenyum. Nakal mahu mengusik, jari Leo menari-nari di pinggang isterinya.

"Don't you dare- Argh!" Apalagi, meronta-rontalah Melisa sambil menjerit kecil kegelian. "Leo, stop. Geli, geli, geli." Leo masih menggeletek pinggangnya.

Melisa geram terus memanjat tindih tubuh Leonardo. Terkaku lelaki itu dengan tindakan Melisa. "What are you trying to do, mia angela?" (My angel)

Kini, jari Melisa pula menari di pinggang Leonardo. Namun, tiada reaksi langsung dari lelaki itu. "What? Tak geli ke?"

Leo masih dalam keadaan sama. Tidak geli walaupun dicucuk-cucuk pinggang lelaki itu dengan jari kecilnya. "Tak geli?"

Leo ketawa besar melihat bibir mungil isterinya mencebik tidak berpuas hati. Tangan dia melingkar di pinggang tubuh yang menindih atas tubuhnya. Tubuhnya yang besar menjadi lapik tubuh kecil wanitanya berehat. Tangannya memegang kepala Melisa dan lembut ditarik mendaratkan ia di atas dada bidangnya yang tidak berbaju. Rambut hitam tebal ikal mayang Melisa diusap dan dibelai lembut. "I love this." Ujarnya senang dengan keadaan mereka berdua ketika ini. Tenang, aman dan selesa.

Melisa diam. Tidak bicara. Tidak menafi. Tidak menegah. Kerana dia turut senang dengan keadaan dan situasi mereka waktu itu. Perasaan apakah ini? Melisa tidak tahu. Biarlah masa dan hatinya sendiri menentu. Buat masa ini, dia akan follow the flow. Ikut sahaja.

Detak jantung Leonardo kedengaran. Irama itu indah dan menenangkan. Rangkulan Leonardo membuatkan dirinya rasa dilindungi dan selamat.

Satu jam lebih juga mereka dalam keadaan itu. Kedua-duanya tidak bersuara. Hanya bahasa tubuh sahaja berbicara antara satu sama lain menyampaikan rasa.

Mata Melisa membulat, Leonardo tersenyum sinis. Melisa sembunyikan wajah malunya di dada lelaki itu. Bunyi dondang sayang dari perutnya menganggu momen indah itu. "Lapar, angel?" Soal Leonardo mencuit hidungnya. Lambat-lambat kepalanya diangguk mengiakan.

Terkejut Melisa dengan ketangkasan Leo yang memusingkan tubuh mereka. Kini dia di bawah dan Leonardo di atasnya. Ada sedikit jarak menunjukkan yang lelaki itu tidak menindih tubuhnya. Tapi keadaan mereka itu buatkan jantung dia bergerak laju juga.

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang