"Jemput masuk." Melisa mempelawa ketiga-tiga tetamu papanya malam ini masuk ke dalam rumah.
"Papa! Tetamu papa dah sampai." Dia memanggil papanya. Senyuman dilemparkan kepada ketiga-tiga tetamu. "Sekejap ya. Papa masih tengah bersiap."
"Mama! Papa mana? Tetamu ada depan pintu ni."
"Jemputlah mereka masuk. Tak akan kamu biarkan sahaja mereka berdiri di luar pintu macam patung, Melisa." Puan Aileen di ruang makan menggeleng kepala.
Melisa ke tepi memberikan ruang kepada tetamu-tetamu papanya masuk ke dalam rumah. Dia iringi tiga orang itu ke ruang tamu. "Jemput duduk dulu ya."
"Saya... aku... ah, sudah." Melisa tepuk dahi sendiri. Tak tahu kenapa tiba-tiba otaknya stuck sekejap. Tak tahu dia nak bahasakan diri sebagai apa. Lihat pada muka macam ada tiga empat tahun tua sikit daripada dia. Nak dipanggil pak cik takut tetamu fikir dia perli pula. Tapi kalau dah status tetamu kawan seperniagaan papanya mestilah kena panggil pak cik bukan. Panggil abang jadi lain pula nanti.
Bahasakan sahajalah apa-apa. "Sekejap ya. Saya ke belakang buatkan air. Nanti papa turun."
Melisa ke dapur. Dia mencapai tiga gelas kaca dan letakkan di atas dulang bercorak bunga. Pintu peti ais dibuka dan dia ambil jag yang berisi jus oren. Buah oren yang dibeli banyak oleh Puan Aileen, dikisarnya petang tadi guna pengisar untuk jadikan jus. Beberapa ketul ais batu diletakkan dalam gelas menambahkan lagi kedinginan air jus.
Menatang dulang di tangan, Melisa muncul kembali di ruang tamu. Satu persatu gelas diletakkan di atas meja kopi berhadapan tetamu. "Papa nak jus juga? Melisa tolong ambilkan." soalnya kepada Tuan Kris yang sedang melayani tetamu.
"Boleh juga. Terima kasih, Melisa."
"Melisa."
"Ya, papa?" Melisa yang sedang memeluk dulang menoleh ke belakang memandang papanya.
"Panggilkan mama dan yang lain ke depan. Papa nak kenalkan dengan tetamu kita malam ini." Melisa mengangguk faham sebelum berlalu ke ruang belakang.
Menuju ke ruang dapur, Melisa singgah sekejap di ruang makan. "Mama."
"Ya?"
"Tak sudah lagi ke?" Melisa melihat wajah adik dan kembarnya yang seakan merayu meminta bantuan dia untuk menghentikan Puan Aileen.
"Mama."
"Ya?" Melisa meletakkan dulang di atas meja makan sekejap. Bahu mamanya disentuh lembut. "Papa minta Melisa panggil mama suruh ke depan. Papa nak kenalkan tetamu papa."
"Sekejap. Lagi sikit-"
"Mama. Papa panggil."
"Adrien, Thalia. Tolong bawa dan teman mama ke depan. Kasihan papa layan tetamu sendiri." Melisa memberi isyarat mata untuk kedua orang adiknya itu melakukan apa yang diarahnya. Thalia memeluk lengan kiri Puan Aileen manakala Aiden menyauk lengan kanan. "Let's go."
"Aiden, Thalia." Puan Aileen tersepit. Mahu tidak mahu, langkahnya dibawa ke ruang tamu sambil dipimpin kedua-dua anak kesayangannya.
Melisa tolong ambilkan segelas jus untuk Tuan Kris. Dia kembali ke depan dan hulurkan gelas tersebut kepada papanya lalu membawa tubuh duduk di atas lengan sofa yang sofanya diduduki oleh kembarnya dan Thalia.
"Psst, Mel." Melisa memandang ke arah Thalia yang memanggil dia. "Apa?" suaranya juga perlahan berbisik.
"Mel, Adrien." Thalia panggil kedua-dua kakak dan abangnya.
"Apa?" serentak Adrien dan Melisa menyoal. Tidak faham dengan tingkah Thalia yang tidak duduk senang tiba-tiba.
"Thal rasa Thal macam kenal dorang lah." ujar Thalia.
"Kejap." Adrien pandang ketiga-tiga wajah tetamu papanya. Matanya berhenti pada wajah lelaki yang duduk di hujung sekali kemudian dipandang semula ke arah Thalia.
"Aku pun rasa macam kenal. Tapi bukan tiga-tigalah. Aku kenal seorang sahaja. Yang hujung sekali. Pakai kemeja warna kelabu tu."
Melisa pula angkat kepala. Dia tengok satu persatu tetamu Tuan Kris. Kemudian, dia pandang kedua-dua adiknya. "Seorang pun tak kenal. Kalau aku kenal pun... mungkin aku tak ingat."
Adrien dan Thalia lupa pula yang Melisa jenis susah nak ingat muka orang. Lagi-lagi kalau jumpa orang tu sekali dua. Memang kotak memori Melisa tak simpan langsung wajah-wajah orang tersebut.
"Melisa, Adrien, Thalia... mari papa kenalkan kamu dengan pemilik iMela Phoenix, Leonardo." Tuan Kris memperkenalkan tetamunya kepada anak-anaknya.
"Marco dan Alessandro pula partner in crime Leonardo dalam bisnes iMela Phoenix." tambah Tuan Kris, tidak lupa memperkenalkan dua lagi tetamu yang ada bersama mereka.
"Alessandro..." Melisa macam pernah dengar nama itu. Tapi dia lupa bila dan di mana suara itu pernah didengarnya.
"Hah! Alessandro. Ales. Lelaki yang kena..." Melisa tak habiskan katanya. Dia merapati Ales. Dagu Ales dipegang. Dibelek kiri dan kanan muka lelaki itu sebelum dilepaskan. "Nampaknya kau dalam keadaan baik-baik lepas kena ajar dengan aku."
Melisa duduk kembali di tempat duduknya. Dalam diam, Marco cuba menahan tawa. Leonardo pula sembunyikan rasa kagum dan bangganya.
Tuan Kris dan Puan Aileen memandang puteri mereka dengan pandangan tidak percaya. Sikap selamba Melisa itu tidak pernah tidak memberi kejutan kepada mereka. "Melisa kenal dengan tetamu papa?"
"Mamat tu... dia yang sewakan private garden dia untuk photoshoot wedding dress Adrien."
"Betul. Betul." Adrien sokong kata kembarnya. Kini sudah terjawab identiti salah seorang daripada tetamu-tetamu papanya.
"Thalia, kau kata kau kenal lagi dua tetamu papa ni. Kau ingat ke?" soal Adrien kepada Thalia yang masih mendiamkan diri.
Thalia menggeleng kepala. Sedangkan dalam fikirannya, dia sudah ingat siapakah gerangan dua lelaki itu. Lelaki yang duduk di atas sofa single berhadapan papanya itu adalah lelaki yang menyarungkan cincin emas di jari manis kakaknya beberapa minggu lepas.
Dia yakin lelaki itu, lelaki yang sama mengheret Melisa macam guni masuk ke dalam kanopi. Manakala, lelaki yang berdekatan Leo itu, lelaki yang ada bersama mereka di dalam limosin. Ya. Dia sangat pasti. 100%.
"Thalia."
"Huh?" Melisa menepuk bahu adik bongsunya. Dia tertanya-tanya dengan tingkah Thalia yang sejak tadi hanya diam dan seperti berada di dalam dunia sendiri.
"Kau berangankan apa? Orang lain semua dah ke ruang makan. Tak nak makan ke?"
Thalia melihat sekeliling. Dia tidak sedar langsung yang semua tadi ada ruang tamu sudah pun hilang ke ruang makan. Yang tinggal, cuma dia dan Melisa sahaja. "Jom." Melisa menarik tangan adiknya menuju ke ruang makan.
"Mel."
"Ya?"
"Kau betul ke tak ingat lelaki tu?"
"Lelaki mana? Ales? Aku dah ingat dah."
"Bukan. Bukan Ales. Lelaki yang duduk depan papa tadi. Seriuslah kau tak ingat langsung?"
"Macam pernah nampak... tapi aku lupa. Tak penting pun kalau tak ingat. Mungkin kita ada nampak muka dia dekat mana-mana muka depan majalah? Dia kan businessman." Ujar Melisa.
"Tak pun..."
"Tak pun apa?" Berdebar-debar jantung Thalia menantikan sambungan ayat kakaknya.
"Kau punya ex kot?"
"Melisa!"
Terus Melisa ketawa. Dia mengaduh sakit apabila tangan Thalia menepuk bahunya kuat. Nasib tak terkehel sahaja. Sampai-sampai di ruang makan, Puan Aileen dah bagi pandangan bertanyakan mengapa mereka lambat. Dua beradik itu tersengih sahaja.
Nantikan sambungan di episode akan datang...
Dah macam mana pula si Leo, Marco dan Ales yang sampai? Mana pula pergi Draco dan Timon? Excited tak, akhirnya Melisa dan Leo bertemu juga?

ANDA SEDANG MEMBACA
YEOUBI
Romansa(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...