Masing-masih sudah mengambil tempat duduk di meja makan. Melisa duduk berhadapan dengan tetamu papanya yang bernama Leonardo. Mata mereka berdua bertemu. Dia melemparkan senyuman tapi lelaki itu menayangkan riak kosong dan serius. Lalu, dia bawa dua jarinya ke bibir lelaki itu. "Tak gelap pun dunia kalau awak senyum." Semakin lebar senyuman di bibir Melisa apabila Leonardo mengukir senyuman walaupun secara terpaksa dan dalam tempoh yang sekejap.
"Melisa."
"Ya. Nama saya Melisa."
"Saya Leonardo."
"Hi, Leonardo."
"Kita pernah jumpa?"
"Mungkin ya, mungkin juga tidak. Kenapa?"
"Aku nak kenal dengan kau."
"Permintaan atau pernyataan?" Melisa menongkat dagu. Matanya tidak lari daripada memandang Leonardo. Entah kenapa matanya gatal hendak mendarat pada wajah lelaki itu sahaja.
"Kalau aku cakap pernyataan, macam mana?"
"Kita dah berkenalan. Awak tahu nama saya dan saya tahu nama awak." Leonardo pandang isterinya dengan penuh minat. Wanita di depannya ini ada cara tersendiri dalam memikat hatinya. Cara bicaranya lembut tapi ada tegas. Wajah nampak sombong tapi seorang yang peramah. Dan paling penting, selamba.
"Kau tak nak tahu pasal aku selain daripada nama?"
"Apa yang menarik tentang awak untuk saya tahu?" sengaja soalan lelaki itu dibalas dengan soalan.
"Ini." Leonardo menghulurkan satu kepingan gambar kepada gadis itu secara sembunyi.
Melisa menyambut huluran itu. Terlepas kepingan gambar itu dari tangannya. Sebelum dia mengambil semula dan sorokkan di bawah meja. "Nikolai."
"Berminat untuk tahu pasal aku?" Melisa angkat kepala memandang ke arah Leonardo semula. Dia menjeling ke arah gambar itu sekali lagi.
"Apa maksud gambar tu?"
"Berminat untuk tahu pasal aku?"
"Soalan awak tak berikan saya untuk buat pilihan bukan?" Leonardo mengangguk mengiakan soalan Melisa.
"Bijak. Esok aku akan minta Marco jemput engkau di rumah jam 3 petang."
Adrien menyinggung lengan Thalia. Bibirnya memuncung ke arah Leonardo dan Melisa. "Melisa macam kenal sahaja dengan tetamu papa seorang itu."
Thalia ingin tahu apa yang dibualkan kakaknya dengan lelaki itu. Melihat muka Melisa bertukar keruh, dia jadi rasa tidak sedap hati. Adakah kakaknya diugut oleh lelaki itu?
Papa dan mama pula tak nampak perbualan di antara Leonardo dan Melisa kerana sibuk membincangkan hal bisnes bersama Marco. Thalia jadi keliru. Siapa sebenarnya pemilik iMela Phoenix. Bukan ke sepatutnya pemilik yang bincangkan projek kerjasama ini dan bukannya pembantu. Entahlah. Mungkin Marco itu jurucakap bagi pihak iMela Phoenix. Ales pula tidak pandang kiri kanan selepas dihidangkan makanan. Fokus pada nasi dan lauk ikan siakap stim di dalam pinggan.
"Jadi macam mana Tuan Kris dengan projek bersama kita ni?" Leo bertanyakan kepada papa Melisa. Perbualannya dengan Melisa seperti tidak pernah berlaku barusan tadi.
"Menarik. Uncle berminat dengan cadangan penambahan yang dibuat oleh kamu. Uncle bersama beberapa staf pejabat uncle yang terlibat dalam projek ini akan ke syarikat kamu pada minggu hadapan. Kita boleh bincang lebih lanjut dan tandatangan surat persetujuan."
"Terima kasih, uncle. Sekiranya uncle ada apa-apa nak diubah atau ditukar, maklumkan sahaja. Saya akan minta Marco uruskan."
"Baiklah." Senang Tuan Kris dengan sikap pemilik iMela Phoenix itu. Walaupun ada cerita-cerita yang kurang senang tentang pemuda itu sampai ke telinganya, dia rasa semua itu cumalah mulut-mulut jahat yang dengki. Bertemu sendiri secara bersemuka dengan empunya tubuh, dia rasa pemuda bernama Leonardo ini ada karisma dan ciri-ciri usahawan berjaya. Lihat sahaja kejayaan iMela Phoenix yang kini diguna banyak orang. Tidak mampu dinafikan kejayaan Leonardo dan iMela Phoenix.
![](https://img.wattpad.com/cover/259218340-288-k587574.jpg)
YOU ARE READING
YEOUBI
Roman d'amour(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...