Marco yang sedang bersandar selesa di kerusi menggosok perutnya kekenyangan. "Thanks for the food, Regina. Sedap sangat."
Melisa senyum menerima pujian daripada teman suaminya. Adik-adik Corvo juga tidak lupa berterima kasih atas kesudiannya menyediakan juadah tengah hari buat mereka hari ini. Selesai semua makan dan kenyang, sudah tiba masanya untuk mengemas segalanya. Hailey, Tiana, Layla serta beberapa kaum perempuan Corvo mengangkat segala perkakas yang digunakan bawa ke dapur untuk dibasuh. Seperti pinggan, mangkuk, sudu, garfu dan lain-lain lagi. Manakala, kaum lelaki disertai Ales, Marco dan Leo tolong mengemas meja-meja dan kerusi-kerusi yang diguna ke dalam stor semula.
Layla yang nampak Melisa berdiri memeluk tubuh memandang Leo mengangkat meja terus merapati temannya. "Melisa."
"Ya, Layla?"
"Aku akan beritahu kepada Leonardo-" Melisa memegang tangan temannya. "Tak. Tak perlu. Biar aku sendiri yang jelaskan kepada Leonardo."
"Melisa kau akan beritahu Leonardo kan segala-galanya?"
"Jangan risau, Layla. Aku akan beritahu apa yang penting sahaja tapi tak semuanya."
"Melisa." Layla mula risau. Sangkanya Melisa akan berterus terang kepada adiknya tetapi tidak. Dia tidak faham apa yang dirancang dan bermain di fikiran Melisa.
"Aku akan beritahu Leo."
"Beritahu apa? Pasal Nikolai?"
"Tak. Leo tak perlu tahu yang Nikolai hidup. Leo perlu tahu tentang Corvo sahaja."
"Tapi itu tak cukup jelaskan semuanya, Melisa."
"Sekurang-kurangnya Leo tahu tempat ni."
"Melisa, kau kena beritahu Leo semuanya."
"Ada sebab kenapa Nikolai rahsiakan semua ini daripada Leonardo."
"Dan, tiada sebab untuk kau beritahu semuanya kepada Leonardo." Melisa hanya mampu menayangkan senyuman. Dia tahu yang Layla akan tetap meminta dia berterus terang tapi menurutnya sekarang belum masanya. Mungkin apa yang suaminya perlu tahu ketika ini adalah tentang tempat yang mereka semua berada sekarang ini.
"Lorenzo." Melisa menahan salah seorang adik angkatnya.
"Ya, Melisa."
"Aku nak minta tolong kau tengokkan adik-adik sementara aku, Layla dan tetamu-tetamu tadi nak guna perpustakaan."
"Sure."
"Lorenzo." Lorenzo memandang kakak angkatnya yang sebenarnya umur mereka hanya jarak setahun dua disebabkan itu masing-masing selesa membahasakan diri sebagai aku kau sahaja.
"Nanti tolong ingatkan adik-adik semua sentiasa pastikan dahulu siapa orang di depan pintu sebelum buka dan jemput masuk ke dalam."
"Ini pasal tetamu kau ke?"
"Ya. Nasib baik aku kenal. Kalau tak kenal tadi, apa kita nak buat. Aku tahu niat Lily baik dan dia masih tidak tahu apa dia buat tu betul ke salah. So, kita yang dewasa ni perlulah mengingatkan untuk elak perkara ini berlaku lagi pada masa-masa akan datang."
"Baiklah. Nanti aku akan remind semua orang. Especially yang besar-besar ni selalu tengok budak-budak kalau cuba buka pintu utama. Maybe sebab tadi semua pun pakat sibuk di belakang susun kerusi meja, sampai tak sedar Lily jemput tetamu kau masuk."
"Ya, mungkin juga. Silap aku juga sebab sibuk dekat dapur and tak alert. Lepas ni, kita kena berjaga-jaga dan peka." Lorenzo mengangguk bersetuju. "By the way, aku minta maaf bagi pihak Lily."
"Eh tak perlulah sampai macam tu sekali." Melisa tidak mahu Lorenzo berasa serba salah. Dia cuma menegur kerana risau sahaja. Sekali gus mengambil langkah untuk mengingatkan si kecil-kecil Corvo supaya tidak berbuat lagi sedemikian rupa.

ANDA SEDANG MEMBACA
YEOUBI
Romance(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...