EPISODE X

1.5K 147 75
                                    

Belakang tubuh Leo bersandar selesa pada kepala katilnya. Dia capai iMela yang terletak di atas meja sisi katilnya. Skrin gajet bernyala sebaik dia hidupkan iMela. Dia memasangkan rakaman video CCTV bilik Melisa. Kelihatan isterinya sedang mencabut pakaian dan lilitkan tuala pada tubuh.

Rambut hitam panjang ikal mayang Melisa disanggul tinggi mendedahkan leher jenjang isterinya. Geram rasanya bibir hendak mendarat di kulit putih gebu itu. Entah sampai bila dia nak menangguhkan pertemuan di antara dirinya dengan Melisa. "Angel, do you want us to meet?" soalnya sendiri.

"Leonardo!" iMela nya ditutup dan diletakkan dalam laci meja sisi katil.

Marco dan Ales selamba duduk di atas sofa hitam yang berada di dalam bilik tidurnya. "Korang berdua nak apa datang menyemak dalam bilik aku ni?"

"Tak ada apa."

"Cakap atau keluar."

"Kau ni tak rileks betul." Ales mencampakkan bantal petak sofa ke arah Leo. Leo tangkap dan balingkan semula tepat ke muka temannya.

"Cakap atau keluar dari bilik aku."

"Bukan sepatutnya kau ada makan malam dengan keluarga Regina ke?" soal Marco. Itu pun dia tahu selepas Draco bacakan schedule Leo untuk minggu ni.

"Aku hantar Draco dan Timon untuk uruskan perbincangan projek iMela Phoenix dengan syarikat papa Regina."

"Kenapa kau hantar dua orang tu? Kenapa tak engkau sahaja yang pergi bincangkan projek tu?" soal Ales tidak faham dengan keputusan Leonardo. Marco duduk di sebelah Ales mengangguk bersetuju.

"Aku akan jumpa juga dengan Angel aku."

"Ya. Tapi bila?"

"Ales."

"Ya, apa dia?"

"Kau ke aku, isteri Angel?"

"Of course lah Regina tu isteri kau. Aku tak nak mati lagi untuk mengaku sebagai suami kepada isteri kau walaupun sekadar bergurau." Marco lepas tawa. Teringat kes minggu lepas di mana Leo menembak lengan Ales sebagai tanda amaran.

"Kiranya kau betul-betul tak nak jumpa Regina lah ni?"

"Even aku tak jumpa Angel, aku tahu apa yang dia buat dan keberadaan dia." Leo tak faham kenapa Ales dan Marco pula melebih, sedangkan yang tidak dijumpai itu isterinya bukan isteri mereka.

"Aku rasa korang berdua boleh kot keluar pergi cari isteri sendiri."

"Mentang-mentang kau dah ada isteri, nak berlagak pula dengan kita orang yang single-mingle ni."

"Betul-betul. Kau tahu tak, yang pasangan hidup ni bukan senang macam cari itik dekat pasar."

"Itik?" Leo dan Ales pandang Marco.

"Yalah, itik. Korang dengar aku sebut apa?"

"Bukan kita orang salah dengar. Tapi kau yang salah haiwan." Leo mula menggeleng kepala.

"Tak senang macam cari ikan di pasar. Ikan. Bukan itik."

"Itik tak ada dekat pasar ke?"

"Main jauh-jauh, aku nak berehat." Leo menghalau.

"Jomlah keluar." Ales bangun dari duduknya. Marco mengekori dari tepi.

"Ales, itik tak ada ke dekat pasar?"

"Aku pun nak berehat. Kau pergilah masuk bilik kau. Berehat."

"Weh, jawab dulu soalan aku tadi." Pintu bilik tetamu yang dihuni Ales sudah tertutup rapat. Marco tidak berpuas hati. Soalannya tidak berjawab.

Dengan langkah yang berat dia masuk ke dalam bilik tidurnya juga. "Esok aku tanya Draco lah sama ada itik ada dekat pasar ke tidak." Sempat dia merencana untuk memastikan persoalannya terjawab.

Melisa turun semula ke ruang bawah selepas siap mandi dan salin pakaian bersih. Mama memakai gaun labuh berwarna hijau batu jed. Manakala Thalia memakai gaun pendek berwarna maroon. Adrien memakai kemeja berwarna putih bersama jeans hitam. Dia memandang dirinya yang terpantul di cermin. Blaus berwarna putih bercorak bunga off-shoulder dipadankan dengan skirt pendek warna putih. Padahal, dia dah suruh kembarnya sediakan pakaian warna hitam. Disediakan pula pakaian warna putih.

"Cantiknya Melisa. Pandai kamu pilih blaus dengan skirt. Padan." Puan Aileen menoleh ke belakang dan menyedari kehadiran anak sulungnya di ruang bawah.

"Mama, kalau tunggu Melisa cari baju sendiri memang tak jumpalah warna putih. Adrien yang tolong pilihkan baju dia untuk acara malam ini."

Puan Aileen mencium pipi anak lelakinya. "Terima kasih. Tolonglah selepas ini gayakan pakaian untuk kembar kamu ini. Kalau tidak, asyik warna hitam sahaja. Gaya fesyen kadang-kadang tu macam samseng atau ratu mafia." Kalaulah Puan Aileen tahu yang ratu mafia itu memang benar-benar title puteri sulungnya entah macam mana agaknya gaya penerimaan wanita itu. Tidak boleh dibayangkan.

"Ha ha ha. Thanks, Adrien." Melisa tak boleh nak cakap apa sebab kalau Puan Aileen dan Adrien sekepala memang susah nak tepis. Jawablah apa sekali pun, dua pihak itu memang sekutu kalau nak mengenakan dia.

"Aku still kekalkan style kesukaan kau. Appreciate sikit, please." Adrien menjelir lidah. Dia tahu yang kembarnya itu minat pakaian yang stailnya jenis off-shoulder.

"Yalah, yalah."

"Mama, papa mana?" matanya cuba mencari Encik Kris tapi tidak kelihatan.

"Papa ada dekat atas lagi. Dalam jamban lagi rasanya. Perut buat hal." Maklum Puan Aileen.

"Ada apa-apa yang Mel boleh tolong?" Aiden memegang bahu kembarnya dari belakang. Tubuh Melisa ditolak ke ruang tamu. "Duduk sini diam-diam."

"Tapi..."

"Kau dah bertukang dekat dapur tadi dari petang. Jadi, yang selebihnya biar aku dengan Thalia yang uruskan." Adrien menghidupkan TV menggunakan remote. Dia memasangkan satu rancangan untuk kembarnya tonton sementara mereka siapkan apa yang patut. Sebenarnya semua sudah siap tapi Puan Aileen ada minta mereka tambah beberapa perkara.

"Kau duduklah sini sekali. Kata semua dah siap." Melisa memegang lengan Adrien menahan langkah kembarnya.

"Aku pergi belakang sekejap. Mana tahu mama ada nak suruh barang apa-apa ke? Tak akan nak disuruh Thalia pula angkat kalau benda-benda berat."

"Yalah..." Melisa mencapai remote TV. Dia menukar siaran lain. Adrien sudah hilang ke belakang.

Sedang dia menonton rancangan kegemarannya, loceng rumah berbunyi. "Mama, tetamu dah sampai!"

"Bukakanlah pintunya."

"Melisa ke? Papa mana?"

"Buka pintunya Melisa. Tak akan kamu nak biarkan tetamu biar lama di luar. Bangun." Seoktaf suara Puan Aileen dari arah ruang makan.

"Papa pula jam ni lah perut buat hal. Adrien pun sengaja letak aku depan sebab nak suruh buka pintu sambut tetamulah tu. Kononnya nak aku berehat bagai sebab penat memasak. Alasan."

"Cakap apa lagi sorang-sorang tu. Pergi buka pintu tu sekarang Melisa Rosa!"

"Hah. Ya, ya." Langkah dibuka lagi besar untuk sampai ke pintu utama.

"Ya, sabar. Nak buka pintu ni." Suaranya dikuatkan agar orang di luar dengar. Tapi hujung ayat digumam perlahan, "Ingat orang dalam rumah ni pekak sangat ke ditekan loceng berkali-kali. Bingai."

"Ya." Pintu dikuak luas.

Nantikan sambungan di Episode XI akan datang...

Surat layang buat pembaca tercinta,
Awatlah si Leo tu tak nak pergi dinner ni. Kenapa dihantar Draco dan Timon pula... haish! Sabar ya... nanti Aisy pujuk Leo untuk jumpa juga dengan Melisa. Dah nak sampai Episode 10, tak berjumpa-jumpa lagi dua orang ni.

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang