"Apa maksud kau Nikolai?" Sudahlah dia terkejut dengan tindakan isterinya yang menembak musuhnya. Kemudian, dimaklumkan pula selama dua bulan ini, Melisa tiada di Corvo sepertimana yang disangka-sangka dia selama ini. Dan kini, dia diberitahu yang Nikolai dan Layla ada anak bersama. Apalagi berita yang akan mengejutkan dia malam ini.
"Violet. Violet, anak aku dan Nikolai." Layla mengulang semula.
"Kalau Violet anak kau, kenapa korang terkejut sangat bila Fabien beritahu Violet ada di rumah?" soalnya kepada pasangan itu. Leonardo tidak asing dengan nama Fabien kerana wanita itu pernah bekerja di rumah utama Barboni semasa Puan Rosetta masih hidup dan menjadi pembantu rumah yang menguruskan Layla dari kecil sehinggalah sekarang.
"Violet diculik Alfonso beberapa bulan yang lepas. Jadi, tak sepatutnya Violet ada di rumah ketika ini sebab aku masih mencari lokasi Alfonso sorokkan Violet." Terang Nikolai masih memproses kata pembantu rumahnya tadi.
"Kau cari Alfonso sebab Violet?"
"Ya."
"Kau guna Melisa untuk cari tahu lokasi Alfonso melalui aku sebab Violet?"
"Ya."
"Melisa tahu pasal kes Violet diculik?"
"Ya."
"Sebab itu dia turutkan rancangan dan kata kau, Nikolai?"
"Ya."
"Melisa berasa serba salah." Layla dipandang oleh empat pemuda yang ada di situ. Dia meneruskan kata-katanya kerana Nikolai sendiri masih tidak sedar kenapa Melisa menurutkan sahaja rancangan suaminya walaupun dia pernah katakan sebelum ini. "Melisa rasa dia bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada Violet. Sebab itu dia turutkan kata Nikolai. Dia tahu kalau bukan sebabkan dia, Violet tak akan jadi mangsa. Aku dan Nikolai masih ada Violet."
"Apa maksud kau Melisa bertanggungjawab dengan kes penculikan Violet?" Leonardo ingin tahu.
Layla menceritakan kejadian yang berlaku di The Diamond Aqueduct beberapa bulan lepas. Di mana Melisa bertemu dengan Lily, Nikolai dan Melisa bantu selamatkan kawan Lily dan bawa ke Corvo serta panggilan yang dia dapati selepas misi selamatkan kawan-kawan Lily di bawah jambatan itu.
"Kenapa baru beritahu aku semua ini, Layla?"
"Dan kau, Nikolai... kenapa tak beritahu aku motif kau mencari lokasi Alfonso? Sedangkan kau boleh beritahu aku semua ini dua bulan yang lepas di perpustakaan di Corvo." Soal Leonardo beralih ke arah Nikolai.
"Kenapa? Bukan kau patut tanya soalan pada diri sendiri ke, Leo? Kenapa aku tak dengar dan beri peluang kepada Melisa untuk perjelaskan semuanya... soalan itu kau patut tanya kepada diri sendiri." Layla berang apabila adik lelakinya masih nampak salah orang lain dan buta tidak menyedari salah sendiri.
"Kalau Nikolai tak maklumkan semua ini dari awal dan tak rahsiakan tentang penculikan Violet, aku tak akan tinggalkan Melisa macam itu sahaja."
"Kalau, Leonardo? Kau nak salahkan Nikolai atas ego kau sendiri? Kau dan Nikolai sama-sama ego. Korang berdua langsung tak beri peluang kepada Melisa. Korang letak salah atas Melisa sebab korang tak dapat nak terima hakikat. Dan, Melisa... Melisa dia terima sahaja tanpa banyak bicara dan soalan. Sebab dia tahu kalau dia cuba jelas sekalipun, korang berdua akan tutup telinga dan suruh diam. Betul tak?"
Leo terdiam. Dia teringat semula pertemuan dia dengan Melisa dua bulan lepas di mana gadisnya bertemu dengan di villa mereka. Wanitanya meminta peluang tetapi dia sendiri menolak. Malah dia tega menghalau Melisa sedangkan dia berjanji untuk menjadi pelindung bidadarinya.
"Sekarang ini, aku kena balik ke rumah kami untuk pastikan betul atau tidak Violet sudah pulang dan ada di rumah." Nikolai memaklumkan yang dia ingin meminta diri.
ANDA SEDANG MEMBACA
YEOUBI
Romansa(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...
