EPISODE XXV

1.2K 129 26
                                    

Melisa kembali di jambatan itu buat kali ketiga. Kali ini bersama kakak iparnya. Mereka sampai-sampai, ramai yang berkumpul jambatan itu dan beberapa kereta pegawai polis turut ada sama. Melisa mengenggam kemas tangan Layla cuba memberi semangat. "Melisa."

"Layla, apa-apa yang berlaku... kita kena terima dengan hati dan minda yang terbuka." Layla mengangguk faham walaupun hatinya perit untuk terima.

Mereka mendekati jambatan yang sudah ditutup dengan pita garisan polis. Pita garisan polis itu tidak dibenarkan mana-mana pihak melepasi kecuali hanya pegawai polis sendiri. Seorang pegawai polis yang keluar dari pita itu ditahan Melisa. "Encik apa yang berlaku?"

"Maaf, cik. Kami tak boleh nak beritahu informasi kes ini kerana ia masih dalam siasatan."

"Saya wartawan." Melisa mengambil buku nota kecil dan sebatang pen yang diselitkan ke dalam poket belakang seluarnya sebelum turun keluar kereta tadi. "Maaf, cik. Saya cuma pegawai bawahan. Apa-apa informasi berkenaan kes ini, cik boleh rujuk kepada Inspektor Dominik." Pegawai polis itu menunjuk ke arah seorang lagi pegawai yang sedang berpusing mengelilingi motor milik Nikolai yang terbaring di atas jalan tar.

"Inspektor, saya ada soalan." Melisa mengangkat tangan memanggil inskpektor itu. Inspektor itu mendekatinya. "Macam mana wartawan boleh tahu hal ini?"

"Saya dalam perjalanan nak menyeberangi jambatan ini. Jadi, saya tak akan lepaskan peluang untuk dapatkan berita ini."

"Kau dari mana?" Soal Inspektor Dominik kerana tidak nampak tag nama yang biasa tergantung di leher wartawan yang menemu ramahnya. "Saya penulis blog jenayah. Thorn Crime."

"Kau penulis blog Thorn Crime?"

"Ya."

"Selalunya buka kau akan temu bual penjenayah-penjenayah ke? Kenapa polis pula tiba-tiba?"

"Nampaknya inspektor kenal Thorn Crime."

"Of course. Blog bodoh yang kononnya cuba tegakkan benang yang basah. Kononnya keadilan tapi haprak. Kosong." Layla menahan Melisa daripada menyerang inspektor itu. "Inspektor salah satu pegawai yang bersekongkol dengan dark world ke?"

"Kau!" Melisa tayang senyuman sinis. "Terima kasih untuk masa inspektor." Dia berlalu dari situ sambil diekori Layla dari tepi. "Layla."

"Ya?"

"Jangan percayakan inspektor tu."

"Kenapa?"

"Mungkin dia salah seorang puppet Alfonso. Jambatan ni kosong dan jarang sekali diguna. Jadi, macam mana mereka boleh ada di sini pada masa yang singkat? Dan aku tak rasa Nikolai sempat call pihak polis semasa sampai di sini." Itu kata gerak hati Melisa. Tapi, dia rasa gerak hatinya benar. Kalau tidak, manakan tiada sesiapa pun tahu pasal Lily dan kawan-kawannya duduk di bawah jambatan. Budak-budak yang usianya 7 tahun hingga ke 10 tahun. Paling kecil pun, Dav yang Melisa agak-agak dalam lima tahun.

"Now, what?"

Melisa ingin menjawab diganggu dengan telefon pintarnya yang bergetar di dalam poket. "Melisa." Suara Puan Aileen menangis teresak-esak kedengaran dari corong telefon. "Mama." Melisa beritahu Layla tanpa suara.

"Ya, mama? Kenapa mama menangis ni?"

"Abang kamu, Melisa."

"Kenapa dengan Nikolai?" Melisa masuk ke dalam perut kereta. Dia menukar mod panggilan kepada pembesar suara untuk Layla sama-sama dengar.

"Polis call mama tadi dan beritahu abang kamu terlibat dengan kemalangan jalan raya."

Melisa senyap. "Melisa."

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang