iMela di tangan Melisa diletakkan semula ke dalam peti kotak besi hitam itu. Pantas tangannya menutup rapat pintu kotak besi itu. Klik! Tanda peti kotak besi hitam itu sudah terkunci semula. Sekiranya mahu dibuka semula, dia perlu masukkan nombor pin. Senyuman sinis melakar di bibir Melisa apabila perasan riak wajah penceroboh itu berubah tegang di sebalik topeng ski.
"Kau!" Penceroboh itu tidak menyangka yang Melisa akan berbuat demikian.
"Apa?" soal Melisa pura-pura blur.
"Apa kau tanya aku?! Buka semula peti tu!" Keras suara penceroboh itu memaksa.
"Aku tak ingat nombor pinnya." Suara Melisa tenang. Tiada tanda-tanda takut atau gelabah.
"Kau tunggu apa lagi?! Bukalah!"
"Bingit." Gumam Melisa berang diarah-arah oleh penceroboh itu. "Aku kata aku tak ingatkan."
"Weh, kau ingat aku bodoh ke?!"
"Sikit." Melisa gumam kata-katanya. "Kau cakap apa?!"
"Bila pula aku cakap apa-apa?"
"Kau buka peti tu. Kalau kau tak tahu, macam mana boleh peti tu terbuka?!"
"Magic. Manalah aku tahu. Aku main tekan-tekan sahaja."
"Kau ingat aku tak berani nak tembak kau?!" Muncung pistol sudah mendarat di dahi Melisa. Melisa menyumpah seranah di dalam hati. Berani-berani penceroboh itu menceroboh rumah keluarganya dan pecah masuk bilik Nikolai kemudian mengacu pistol ke arahnya. Melampau. Sangat melampau!
"Buka atau pecah berderai kepala otak kau dekat sini aku tembak!"
Jari tangan kanan Melisa menyentuh papan kekunci. Tanpa penceroboh itu sedar, tangan kiri gadis itu menyusup ke dalam seluar meraba mencari sesuatu di kawasan betis. "Kau tunggu apa lagi?! Cepatlah!"
Capai apa yang dikehendakinya, Melisa memegang badan pistol di tangan penceroboh itu. Balisong di tangan kirinya dicacak menyusup ke dalam tapak tangan penceroboh itu. Tajam balisong milik Melisa sehinggakan hujung balisong tersebut kelihatan tembus di tapak tangan penceroboh itu.
Darah yang menitik laju itu sama laju dengan bibir penceroboh itu menyumpah seranah Melisa. Gadis itu ingin merapati penceroboh itu untuk dapatkan semula balisongnya tapi dia dikejutkan dengan rempuhan dari luar pintu bilik pakaian Nikolai. Daun pintu itu jatuh menyembah lantai memperlihatkan Melisa akan dua tubuh sedang berdiri di depan bingkai pintu bilik pakaian Nikolai.
"Kau orang berdua buat apa dekat sini?" Terkerdip-kerdip mata Melisa terpinga-pinga melihat Leonardo dan Marco ada di dalam rumahnya. Atau lebih tepat lagi, berada di depannya sekarang ini. Kedua-dua lelaki itu memegang pistol.
"Angel."
"Woah, wait a minute." Dia menahan langkah Leo dari mendekatinya. Melisa menarik semula balisongnya di tapak tangan penceroboh itu. "Perempuan bodoh bangsat!"
"Wait, what? Kau cakap apa tadi?" Melisa duduk mencangkuk di depan penceroboh itu menyamakan paras. Telingannya didekatkan ingin mendengar butir bicara penyangak tersebut.
Puih! Melisa menayangkan senyuman apabila penyangak itu berani meludah ke mukanya. Mengoyak baju penceroboh itu dengan balisongnya, dia kesatkan air liur itu lalu disuapkan ke dalam mulut yang terngaga kerana ditikamnya buat kali kedua di peha. "Mungkin aku bodoh tapi tak sebodoh kau."
Leonardo dan Marco memandang antara satu sama lain. Terkejut dan terpempan. Tidak mahu bilik itu dibanjiri darah, Leo memegang bahu Melisa dan tarik gadis itu keluar dari situ. "Marco kau uruskan dia."
"Baik, Tuan." Marco menarik. Lebih kepada mengheret sebenarnya. Marco mengheret penceroboh yang berani menyerang Melisa keluar dari situ.
Leonardo masih tak lepas tangannya dari bahu Melisa. "Dia ada apa-apakan kau ke?"
YOU ARE READING
YEOUBI
Romance(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...