Kereta Leonardo yang dikawal Marco akhirnya berhenti. Mereka sudah sampai di destinasi. Menjeling ke arah bidadarinya yang terkatup rapat mata tanda masih lena. Pintu penumpang belakang dibuka dari luar oleh Alessandro. Dia meletakkan jari di bibir meminta tiada sesiapa bersuara yang boleh mengejutkan lena wanitanya.
Perlahan-lahan tubuh mereka yang baring didudukkan. Tubuh genit wanitanya didukung turun keluar dari perut kereta. Melisa yang tidak selesa lenanya diganggu bergerak sedikit. Leonardo berhenti mengemaskan lagi dukungan. Meremang bulu romanya bila mana wajah wanitanya menyorok di bahagian lehernya. "Kita dah sampai ke?" Gumam Melisa bertanya kepadanya.
"Tidur. Aku bawa naik ke bilik."
"Bilik?" Melisa berkerut dahi. Setahunya kalau sampai di tempat dia di sini, rumah kecil bentuk segi tiga itu tidak ada bilik. Matanya dicelik. Tangan menggosok mata cuba cerahkan pandangan yang agak kabur.
"Kita di mana?" Soal Melisa memandang sekelilingnya adalah pokok semata-mata. Dia nak pandang ke hadapan tapi di dalam dukungan Leonardo, dia cuma boleh nampak bahagian belakang sahaja.
"Nanti lepas kau dah cukup rehat, aku beritahu kita di mana."
"Leonardo."
"Melisa, duduk diam. Jatuh nanti." Melisa termangu seketika apabila tangan kekar itu menepuk punggungnya. "Leonardo."
"Kau gerak lagi, aku tepuk-"
Melisa tampar kuat dada suaminya. Segan dia dibuatnya. Lagi-lagi bukan hanya mereka berdua sahaja di situ. "Turun."
"Apa?"
"Saya nak turun." Dah macam budak-budak pula Melisa rasa bila didukung gaya dukung bayi. "Love."
"Nak turun."
Leonardo turunkan tubuhnya. Kakinya memijak tanah yang basah. Ada lopak-lopak air tanda tadi hujan dan kini sudah reda. Dia berpusing 360 darjah melihat sekeliling kawasan. Tidak dia tahu tempat atau lebih tepat ada rumah kayu wujud di sini. Tiada bunyi pantai tanda mereka jauh dari kawasan pantai. Tapi bunyi haiwan dan burung menandakan mereka jauh di dalam hutan. Yang Melisa nampak cuma pohon-pohon tinggi.
Melihat isterinya memeluk tubuh, Leonardo terus cabut kot dari tubuhnya lalu letakkan di atas Melisa. Dia menarik tubuh genit isterinya ke dalam dakapan. Lengan bidadarinya digosok-gosok berkongsikan kehangatan. Mungkin kerana cuaca lepas hujan dan keberadaan mereka jauh di dalam hutan membuatkan suhu di situ agak rendah dan sejuk. "Sejuk?"
Melisa mengangguk. Dia menggosok-gosok tangannya bagi hilang rasa sejuk. Tangan dia yang ingin sorok di dalam kot Leonardo ditarik lelakinya. Matanya perhatikan tingkah Leonardo yang sedang membawa keluar kemeja yang tadinya tuck in ke dalam. Selamba suaminya membawa tangan dia masuk ke dalam kemeja menyentuh kulit otot perut Leonardo. "Leo?"
Leo tersenyum nakal mengenyit mata. Senang dia melihat wajah putih bidadarinya memerah. Geram melihat kecomelan sang isterinya, dikucupnya bibir Melisa ringkas. "Jom masuk ke dalam. Lama di luar ni nanti demam pula."
Melisa hanya mengekori langkah sang suami yang mengiringi dia masuk ke dalam kabin kayu. Tangan dia masih berada di bawah kemeja putih Leonardo. Bukan dia tidak cuba larikan tangannya tapi tangannya kemas dipegang lelakinya supaya tidak lari. Suka tapi malu.
Saat melangkah masuk ke dalam kabin kayu, rasa dingin tadi sedikit hilang. Melisa mendengar bunyi unggun api. Matanya menangkap unggun api yang sedang bernyala di perapian (fireplace). Di sebelah kiri dan kanan perapian adalah dinding gelas di mana pandangannya disajikan pemandangan hutan di luar yang berkabus. "Do you like it?"
"Cliche nya soalan. So, jawapan kena cliche ke gane?" Melisa menoleh ke belakang memandang Leonardo. Marco, Ales dan Lucas yang turut masuk ke dalam bersama mereka tadi sudah tiada di ruang itu. Tidak tahu hilang ke mana.

ANDA SEDANG MEMBACA
YEOUBI
Romance(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...