EPISODE XXXIX

1.5K 186 70
                                        

Lucas mematikan enjin jet peribadinya. Dia keluar dari ruang kabin untuk mencari Melisa dan beritahukan kepada temannya yang mereka sudah sampai. Sebelum itu, dia membuka pintu jet peribadi untuk mereka keluar. Tapi sebaik pintu itu dibuka, dia menutup semula. Tanpa dia sedar, Melisa sedang berdiri di belakangnya.

Melisa tidak sempat melihat ke arah luar kerana pintu ditutup Lucas. Berkerut dahinya keliru dengan tingkah Lucas yang tiba-tiba aneh. "Kau tutup pintu tu balik dah kenapa?"

"Tak ada apa-apa." Pantas jawapan itu keluar dari mulut Lucas.

Melisa mendengar seakan susah percaya. Nada temannya itu tidak meyakinkan. "Kenapa ni, Lucas?"

"Sekejap, sekejap." Lucas berdiri di situ memandang lantai sedang berfikir suatu. Melisa cuba tidak tunjuk kerisauan yang mula timbul sedikit demi sedikit.

"Kau tak ada bawa apa-apa kan?"

"Bawa apa-apa, apa?" Melisa pandang beg galasnya yang sedang digalas di belakang tubuhnya. Di dalam beg galasnya cuma ada beberapa helaian pakaian dan gajet pentingnya.

"Mustahil."

"Apa yang mustahil?" Lucas dari berdiri tegak di depan pintu jet peribadi mula melangkah menuju ke kabin semula. Dia mengekori langkah Lucas dari belakang.

"Apa yang berlaku sekarang ini, Lucas?" soal Melisa apabila pandangannya disajikan oleh sebaris lelaki beruniform sut hitam sedang beratur selebar-lebar landasan kapal terbang. Di belakang barisan lelaki-lelaki bersut hitam itu ada pula beberapa pacuan empat roda berwarna hitam, turut beratur panjang. Menghalang laluan jet peribadi Lucas.

"Tak mungkin." Lucas tepuk-tepuk dahi sendiri berkali-kali. Melisa masih tidak faham. "Tak mungkin apa, Lucas?"

"Alfonso ke?" nada suara Melisa mula kedengaran risau.

"Kalau Alfonso, tak sempat engkau keluar. Dia dah letupkan dulu jet peribadi ini."

"Mana kau tahu? Entah-entah dia nak tengok muka cantik aku ni dulu, sebelum dia bunuh aku. Kau apa tahu?" Melisa cuba bergurau menghilang rasa resah di hati.

"Aku rasa, ini orang lain."

"Orang lain tu siapa, Lucas?"

"Tak mungkin dia dapat jejak kita secepat ini. Aku tinggalkan-"

"Kau tinggalkan apa, Lucas?"

"Aku 'tertinggal'kan."

"Tertinggalkan? Kau serius nak guna 'ter' tu dengan aku sekarang ini?"

"Kau tak boleh marah aku."

"Aku? Aku tak boleh marah kau? Apa sebab aku nak marahkan kau? Cuba engkau cerita dekat aku, Lucas." Melisa bersilang tangan memeluk tubuh. Matanya kini fokus kepada si teman yang mula serba tidak kena. Sekejap duduk, sekejap berdiri. Dah macam pesalah yang sedang duduk di dalam kadang saksi untuk disoal peguam.

"Janji dengan aku, kau tak akan marah aku."

"Tak nak. Aku tak nak janji."

"Tapi, tapi...."

"Tak ada tapi-tapi. Sekarang, Lucas. Explain." Tegas suara Melisa memaksa Lucas memberikan dia jawapan untuk segala persoalan yang sedang bermain di fikirannya ini.

"Aku mungkin 'tertinggalkan' koordinat kita kepada..." Lucas masih tidak mahu berikan jawapan penuh. Tidak cukup untuk Melisa.

"Kepada siapa, Lucas? Yang kau 'tertinggalkan' tu." Jarinya menekan perkataan 'tertinggalkan' Lucas.

"Mrs. Melisa Leonardo!" mata Melisa membulat besar pandang Lucas. Lucas dah tunduk ke lantai kabin jet peribadinya. Tidak berani bertentang mata dengan temannya yang memiliki mata tajam seperti burung helang.

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang