Lucas berhentikan kereta tidak jauh dari bangunan terbiar yang tersorok jauh dari pandangan manusia. Melisa mencapai pedang miliknya yang terbaring di atas tempat duduk belakang kereta. Manakala, Lucas mengangkat tempat duduk belakang dan keluarkan senapang sniper model Barret M82.
"Kau betul nak suruh aku jaga dari luar sahaja, Lisa?" soal Lucas ingin mendapatkan kepastian temannya semula.
"Ya." Sebaik mereka sampai di sini tadi, Melisa perasan ada satu lagi bangunan kosong tidak jauh dari bangunan yang menempatkan Violet, Sarah dan Loreen. Dia tahu, tidak sepatutnya dia menukar rancangan mereka pada waktu-waktu begini. Tapi dia kenal temannya yang sangat mahir menembak dari jarak jauh. Jadi, Melisa percayakan Lucas akan menjaga dia dari luar sedang dia masuk ke dalam bangunan itu sendiri menyelamatkan tiga budak perempuan yang diculik Alfonso.
"Kita ada lagi sejam, Lucas. Gerak sekarang." Melisa melihat Lucas berlari ke arah bangunan lagi satu. Dia yang tidak mahu membuang masa lebih lagi, terus berjalan masuk ke dalam bangunan yang menempat Violet, Sarah dan Loreen.
Tangan Melisa menolak perlahan pintu besi yang macam tunggu masa sahaja nak runtuh itu. "Aku dah masuk." Dia beritahu kepada Lucas.
"Aku lagi sikit nak sampai." Bibir Melisa tahan tawa sebab mendengar desahan nafas Lucas yang termengah-mengah panjat tangga. "Aku rasa kau kena exercise lebih la, bro."
"Not now, Lisa."
"Okay." Mata Melisa melilau melihat sekeliling dalam bangunan terbiar itu. Semakin dia melangkah ke dalam, semakin kuat bau hanyir darah menyentuh deria baunya.
"Lucas."
"Kenapa?"
"Kau nampak apa-apa tak dari atas?"
"Aku nampak kau."
"Bagus. Tapi, Lucas... aku rasa tak sedap hati."
"Kenapa?" Lucas mula risau. Mata dia memandang sekeliling cuba mencari mana-mana kelibat tubuh yang ada di situ selain mereka.
"Aku bau darah, Lucas."
"Violet, Sarah dan Loreen masih hidup, Lisa. Aku yakin."
"Apa yang Alfonso buat di sini, Lucas?" kawasan dalam yang gelap tidak menakutkan Melisa tapi bau yang menyengat dan lopak air yang dipijaknya seperti bukan air yang disangka-sangka. "Aku akan on lampu." Maklum Melisa mengambil lampu suluh kecil yang dibawanya bersama.
Sebaik lampu suluh dinyala dan dihala ke bawah lantai, Melisa cuba menahan diri dari tubuhnya jatuh terduduk. "Lucas, kau nampak apa yang aku nampak?"
Lucas melihat dari teropong senapangnya ke arah cahaya yang disuluh Melisa. Matanya mengikut cahaya yang disuluh ke arah atas. Bukan sahaja Melisa sahaja tetapi dia juga tersentak. Di siling tergantungnya beberapa tubuh anak-anak kecil yang tidak bernyawa.
"Lucas."
"Ya, aku nampak."
Ada darah menitis jatuh di pipi Melisa saat mendongak. Air mata Melisa cuba ditahan dari mengalir. "Aku patut bunuh dia, Lucas."
"Melisa, fokus. Fokus. Kita perlu cari Violet, Sarah dan Loreen." Kaki Melisa terus melangkah di atas lantai simen yang basah dengan darah. Setiap kali lampu suluh di tangan Melisa dihala ke mana-mana sudut, dia disajikan dengan mayat-mayat anak kecil. Kesemua tubuh anak-anak kecil terbelah dan organ dalaman boleh dikatakan semua hilang.
"Ini tempat dia, Lucas. Tempat dia kokak budak-budak ni dan ambil organ mereka bagi dijual, Lucas."
"Lisa, please. Aku tahu kau marah dan sedih. Tapi macam aku ingatkan tadi, kita kena cari mereka bertiga. Kita ada lagi 45 minit, Lisa."
YOU ARE READING
YEOUBI
Romance(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...