EPISODE XXXVIII

1.5K 180 37
                                    

"Adrien?" Nikolai, Layla, Leonardo, Marco dan Ales memandang ke arah muka pintu kamar beradu Violet di mana Adrien sedang berdiri sambil memeluk tubuh. Sejak tadi lagi dia dengar perbincangan 'mesra' orang-orang dalam bilik tidur anak saudaranya. Mendengar bicara teman Leonardo, dia jadi kagum. Tidak menjangka Ales dapat rungkai teka-teki dengan sambungkan maklumat yang dia dengar pada malam ini.

"Kau buat apa di sini, Adrien? Tak. Macam mana kau boleh ada di sini?" soal Nikolai yang memang terkejut melihat adik lelakinya di dalam rumah isterinya.

"Melisa."

"Mana Melisa?"

"Tak tahu. Dia suruh aku datang sini untuk tengok-tengokkan Violet sementara kau dengan isteri kau di luar."

"Kau jumpa Melisa? Melisa di rumah mama papa ke?"

"Tak. Dia tak ada di rumah mama papa. Melisa call aku."

"Kenapa dia tak tunggu aku dan Layla balik?"

"Kenapa? Kau tanya aku kenapa, Nikolai? Kau lupa yang kau salahkan dia atas apa yang berlaku kepada Violet? Dia dah tak hutang apa-apa dengan kau. Jadi buat apa lagi dia di sini. Violet dah balik ke sini dengan selamat."

"Tapi-"

"Tak ada tapi dah, Nikolai. Dia tak nak apa yang berlaku kepada Violet, terjadi lagi. Jadi lebih baik kalau dia pergi jauh dari sini. Alfonso dah tahu siapa dia. Alfonso dah kenal muka dia. Alfonso akan cari dia dan sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat Melisa." Adrien pandang abang sulungnya. Nikolai kelihatan masih tidak berpuas hati dengan kata-katanya. "Melisa janji Alfonso tak akan tahu rumah kau ini dan Corvo. Keluarga kau dan anak-anak di Corvo akan selamat tanpa gangguan Alfonso. Jangan risau."

"Kau tahu pasal Corvo?"

"Ya. Aku tahu semuanya Nikolai. Kau kahwin. Kau ada isteri dan anak. Kau hidup. Boleh dikatakan semuanya aku tahu."

"Macam mana?"

"Melisa beritahu."

"Kenapa?"

"Aku kembar Melisa, Nikolai. Kami dah janji untuk rahsiakan apa-apa daripada each other."

"Kenapa kau cakap Melisa dan Isolabella orang yang sama? Selama ini kau tahu Melisa buat kerja lain sebagai pembunuh upahan dalam dunia Dark World?"

"Melisa dan Isolabella orang yang sama tapi dua identiti yang berbeza. Ya, aku tahu."

"Dua identiti berbeza?"

Adrien malas bersoal jawab dengan abangnya. Dia mencuit lengan Violet yang berada di dalam dukungan Nikolai. "Tak rindu Acik Ien?"

"Tak." Violet menjelir lidah ke arahnya. Adrien tertawa senang. Anak perempuan Nikolai itu memang selalu tak pernah sebulu dengan dia kerana dirinya suka mengusik. Tapi, gaduh-gaduh pun Violet manja juga ke dia. Lihat sahaja si kecil itu meronta ingin turun dari dukungan abang sulungnya.

"Ei, tak malunya orang tu datang ke Acik Ien. Tadi dia kata tak rindu Acik Ien." Semakin ditolak, semakin dekat anak kecil itu merapati dia. Malah, katil dipanjat lalu dudukkan punggung di atas riba pakcik saudaranya.

"Acik Ien tak bawa cotton candy?"

"Tak, sayang. Kedai tutup dah malam-malam gini. Esok Acik Ien datang ke sini lagi, Acik Ien belikan ya?"

"Kalau begitu, esok sahajalah Violet rindukan Acik Ien." Mendengar jawapan Violet, Adrien mencuit hidung mancung anak saudaranya.

"Dasar bocah. Violet ni anak siapa sebenar? Anak baba atau anak Acik Lisa?"

"Anak baba dan mama." Kata Violet memandang Nikolai dan Layla dengan senyuman paling manis. Pasangan suami isteri itu turut membalas dengan senyuman. Rasa bersyukur kerana anak mereka masih hidup dan berada di depan mata mereka sekarang ini.

YEOUBIWhere stories live. Discover now