Melisa di ruang belakang tidak senang duduk. Dia sekejap-sekejap membawa pandangan ke luar tingkap kereta. Terasa janggal pula kerana hanya ada dia dan Leonardo sahaja berdua di dalam kereta itu. Lelakinya senyap tidak bersuara. Dia pun diam kerana tidak tahu hendak cakap apa. Rasa ngantuk dan letih yang beraja tadi bagai hilang dibawa angin. Mata yang kuyu jadi segar bugar. Radio tidak dihidupkan membuatkan ruang dalam kereta itu semakin rasa sepi. Kalau dihidupkan mungkin juga dia tidak rasa janggal sangat kerana ada suara penyampai radio berceloteh. Ini, tidak. Sengap sepi.
"Kenapa awak datang sini?" soal Melisa kepada Leonardo sengaja mencipta bualan.
"Untuk ikat kaki kau supaya duduk diam-diam."
"Kenapa perlu saya duduk diam-diam?"
"Aku tak suka kau jauh daripada aku, love."
"Saya tak suka awak-"
"Kau bukan tak suka aku panggil kau love tapi kau marahkan aku dan disebabkan itu kau tak mahu aku panggil kau love. Sebab kau takut panggilan tu akan cairkan hati kau yang sengaja dibekukan."
"Tapi awak sendiri dah tak nak tengok muka saya, Leo. Awak kata awak tak suka saya jauh daripada awak tapi awak sendiri biarkan saya pergi bawa diri selama dua bulan sebelum ini."
"Love."
"Kalau awak betul tak nak saya jauh daripada awak, awak akan cari saya dalam tempoh dua bulan yang lepas. Bukan sekarang."
"Pandang depan. Jangan pandang belakang." Melisa menendang kerusi pemandu dari belakang. Menegah Leonardo daripada menoleh ke belakang. Dia cuba menahan diri daripada menangis. Hatinya senantiasa rindukan Leonardo. Namun lelakinya, dia tidak pasti.
"Awak tahu perasaan saya terhadap awak."
"Love."
"Jangan halang apa yang saya nak cakap."
"Awak tahu saya tak mahu awak pergi. Awak tahu saya tak mahu kehilangan awak. Awak tahu saya sendirian selepas apa yang berlaku di perpustakaan tempoh hari. Awak tahu saya perlukan awak kerana awak pelindung saya. Awak tahukan, Leo? Atau selama ini awak tahu tapi awak tak senang dengan perasaan saya? Adakah perasaan ini hanya di sebelah pihak sahaja?"
"Love."
"Awak panggil saya love. Awak tahu tak apa maksud love? Love itu cinta. Tapi, panggilan love itu cuma sekadar panggilan ke? Atau awak memang betul-betul ada love itu kepada saya? Saya nak tahu, Leonardo."
"Love."
"Tolonglah, Leo. Saya merayu kepada awak. Jangan seksa perasaan saya begini. Saya tak perlukan awak."
"Love!" suara Leo sedikit meninggi, tidak senang dengan bicara isterinya.
"Awak pun tak perlukan saya."
"Siapa cakap?"
"Saya cakap."
"Kau yang cakap, bukan aku."
"Love-"
"Saya cintakan awak, Leonardo." Kaki Leonardo nyaris memijak pedal brek tadi kerana terkejut. Dia cuba menenangkan diri.
"Aku-"
"Saya cintakan awak dan disebabkan itu juga, saya nak awak pergi dari sini. Anggap sahaja kita tak pernah jumpa dan awak tak tahu pun saya ada di sini, Leo."
"Jangan merepek lagi boleh tak?"
"Saya serius, Leonardo."
"Pejam mata dan tidur. Tadi kau kata kau mengantuk dan penat."

ANDA SEDANG MEMBACA
YEOUBI
Romance(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...