EPISODE XXXXVIII

1K 129 7
                                        

Dua orang kuat Leonardo sedang mengiringi Regina mereka pulang ke kapal Black Siren II. Langit yang gelap dan suasana dingin hutan banat yang dilalui mereka bertiga langsung tidak memberi kesan. Tidak sangka masa berlalu cepat. Hari pertama lagi mereka di sini, mereka sudah menyaksikan sesuatu yang menyayat hati.

14 mayat kanak-kanak tadi sudah pun selesai dikebumikan di belakang bangunan usang itu. Usai kesemua 14 mayat tadi ditimbus dalam tanah, Melisa minta waktu untuk duduk di situ. Marco dan Ales akur memberi ruang kepada wanita itu.

Pasti isteri Leonardo itu sedikit trauma selepas menjadi saksi menemui 14 mayat tadi. Mungkin wanita itu sudah biasa sebelum ini namun itu tidak bermakna Melisa tidak ada rasa apa-apa selepas apa yang berlaku tadi. Corak kematian 14 mayat itu langsung tidak sama dengan corak kematian anak-anak yang dibunuh Alfonso. Namun Melisa tak akan letak tepi musuhnya kerana satu-satunya makhluk tiada jiwa yang suka membunuh kanak-kanak ialah Alfonso. Manusia yang tidak layak digelar manusia.

Ales tidak menoleh tapi dia dengan keluhan berat dari belakang. Pasti Melisa masih lagi fikirkan keadaan 14 kanak-kanak tadi. Perjalanan dari bangunan usang itu ke kapal Black Siren II cuma makan masa 30 minit berjalan kaki tapi ia terasa lama. Mungkin kerana masing-masing tidak bersuara. Hanya bunyi serangga dan haiwan dari arah hutan banat kedengaran menemani mereka.

"Marco."

Marco yang sedang ralit mendongak ke arah langit melihat bintang terus mengalihkan pandangan ke belakang. "Ya, Regina?"

"Kita ada helikopter kan?"

"Ya. Kita ada dua buah helikopter atas kapal Black Siren II. Kenapa, Regina?"

"Aku cadang nak guna satu."

"Regina nak guna untuk ke mana?" Marco bingung. Ales yang berjalan di sebelah Marco tidak mencelah hanya memasang telinga.

"Oh, bukan aku. Tapi untuk Bintang."

"Bintang?"

"Budak perempuan dengan aku tadi... nama dia Bintang. Aku cadang nak hantar dia ke Corvo."

"Nanti aku akan arahkan dua orang untuk pandu helikopter tu ke Corvo."

"Bukan sekarang, Marco." Melisa masih memikirkan sama ada patut atau tidak budak perempuan itu dihantar ke Corvo. Tapi dia rasa nasib Bintang akan lebih baik kalau dihantar ke sana. Semuanya bakal dijamin. Kalau dibiarkan di sini, siapa pula yang akan jaga dan pastikan perut kanak perempuan itu terisi dengan makanan. Apabila fikirkan ke arah itu, Melisa jadi risau dan kasihan akan nasib Bintang.

Ada rakan-rakan yang dianggap seperti keluarga sendiri, dicabut nyawa pula oleh makhluk yang tiada hati dan jiwa. Bukan satu dua orang. Tapi 14 kesemuanya. Kalau sahaja Bintang ada sama pasti Bintang juga akan jadi mangsa dan menjadi mayat ke 15. Tapi itu pun kalau dia tahu pasal bangunan usang itu. Tanpa Bintang, Melisa tak akan tahu dan sedar akan bangunan usang itu.

"Apa salah budak-budak itu..." soal Melisa tertanya sendiri tapi didengari Marco dan Ales. Malang sekali mereka juga tidak punya jawapan itu. Hanya yang membunuh kanak-kanak itu punya jawapan di sebalik semua ini.

"Hidup Bintang akan lebih baik di Corvo."

"Ya. Tapi... dia akan letakkan salah ke atas dirinya. Kenapa dia di situ? Kenapa bukan kawan-kawan dia? Kenapa dan kenapa akan terus menjadi persoalan yang bermain di fikiran dia."

"Tapi Bintang tak bersalah. Bukan dia yang bunuh kawan-kawan dia. Bukan dia juga penyebab atas kematian kawan-kawan dia." Bicara Ales.

"Kita tak berada di tempat dia. Kita tak rasa apa yang dia rasa. Kalau kita cakap kita cuba faham pun... kita tak akan faham. Sikit pun tak."

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang