EPISODE XIII

1.6K 157 70
                                    

Beberapa minit sebelum Leo, Marco dan Ales muncul di depan pintu rumah keluarga Melisa...

Leo baru sahaja menutup lampu meja. Tiba-tiba, telefonnya berdering meminta diangkat. Malas tangannya mencapai telefon yang berada di atas meja sisi katil. Melihat nama Draco di skrin telefon pintarnya, dia terus tukar posisi duduk. Butang hijau dileretnya ke atas.

"Tuan Leo."

"Ada apa, Marco?"

"Saya rasa Tuan Leo kena pergi ke rumah keluarga Regina juga malam ni."

"Kenapa? Ada apa-apa yang berlaku ke?"

"Saya dan Timon bertembung dengan Tuan Besar dan Puan Besar. Cik Muda Layla pun ada sama."

Selimut yang meleret jatuh ke ribanya dicampak ke tepi. Dia turun dari katil menuju ke bilik mandi. "Share location. 10 minit aku sampai. Beritahu Marco dan Ales yang aku nak mereka siapkan kereta. Tunggu di luar. Dalam kadar segera."

"Baik, Tuan." Leo mematikan panggilan. Telefon pintarnya diletakkan di atas para singki. Memandang ke arah cermin, dia meraup kasar rambutnya ke belakang. "It's time for us to meet, my Angel." Bicaranya sendiri mengucup cincin yang ada di jarinya.

Tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap, Leo keluar dari pintu utama markas Barboni Famiglia. Dia nampak ada satu kereta hitam sedang menunggu dia. Leo terus masuk ke dalam perut kereta. Di ruang hadapan, Marco menjadi pemandu dan Ales duduk di bahagian penumpang.

Mengeluarkan iMelanya, Leo berkongsikan lokasi Draco di peranti kereta tersebut. "Kita singgah di lokasi tu dulu. Ada urusan yang aku nak selesaikan sebelum kita ke rumah keluarga Angel."

Tidak banyak bicara dan soal, kereta yang dipandu Marco meninggalkan perkarangan markas Barboni Famiglia.

Kereta Marco diparkirkan di hadapan kereta orang tua Leonardo. Leo memejam mata cuba menarik nafas dalam-dalam. "Marco, Ales."

"Ya?"

"Kau ada bawa baju extra untuk aku kan?"

"Jaket kulit hitam kau dan t-shirt hitam sehelai."

Leo menyingsing kemejanya sampai ke atas siku. Beberapa butang dicabutnya. Nampaknya malam ni dia akan ke rumah keluarga Angel dengan pakaian kasual dan bukannya formal. Membuka pintu dia terus keluar dari perut kereta. Bonet belakang kereta dibuka dan dia mencapai sebatang kayu besbol.

Batang kayu besbol itu dihayun kuat di atas cermin hadapan kereta orang tuanya. Dua orang lelaki berpakaian suit warna hitam keluar dari arah pemandu dan penumpang hadapan. Marco menangkap kayu besbol milik Leo yang dicampak itu. Dia melihat sahaja sepupunya itu menangkap kolar baju salah seorang dari bodyguard orang tua Leo itu lalu dihadiahkan satu penumbuk. Tumbang satu bodyguard itu, Leo beralih pula ke arah lagi seorang.

Bodyguard yang ini berani menyerang dan berlawan dengan Leo. Namun, kemahiran Leo lebih tinggi berbanding sesiapa. Akhirnya, yang itu juga turut tumbang sama merengek kesakitan.

Pintu bahagian penumpang belakang dibuka Leo. Dia memandang tajam Tuan Besar Carloso dan Puan Besar Maria. "Jangan cuba cabar aku. Ini sebagai tanda amaran, Tuan Carloso."

"Kenapa halang kami daripada berjumpa dengan keluarga isteri kamu?" Leo pandang Puan Besar Maria.

"Apa hak Tuan Carlos dan Puan Maria untuk berjumpa dengan isteri aku?"

"Dia menantu dalam keluarga Barboni."

"Dia isteri aku. Isteri Leonardo."

"Jangan lupa, Leo. Kamu juga sebahagian daripada keluarga Barboni."

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang