EPISODE XVIII

1.6K 179 58
                                        

Thalia dan Adrien memandang antara satu sama lain sebelum memandang ke arah Melisa. Puan Aileen sedang mengejar langkah Tuan Kris. Tuan Kris sedang mengheret kolar t-shirt polo Leonardo. Leonardo diheret ke luar laman yang terletak di bahagian belakang rumah keluarga Melisa oleh Tuan Kris. 

Nasib rumah keluarga Melisa tidak ada jiran di bahagian kiri dan kanan. Kalau tidak, Melisa pasti akan ada jiran-jiran yang sibuk mahu menonton drama sebabak ini. Mungkin juga jirannya itu akan merakamkan video lalu memuat naik video itu di laman sosial medai. Mesti video itu nanti viral dan dapat tontonan ramai.

"Mel, tak akan kau nak tengok je?" soal Adrien kepada kembarnya. Dia jadi bingung tengok Melisa hanya perhatikan tiga tubuh di laman belakang rumah itu sambil tersungging senyuman di bibir.

"Why not?" soal Melisa membalas soalan Adrien. 

"Thalia." Melisa memandang adik bongsunya.

"Apa?"

"Tolong aku ambilkan balang popcorn dekat dapur. Bawa ke sini." pinta Melisa. Dia mendaratkan punggungnya di atas tangga kecil yang memisahkan ruang dalam rumah dengan ruang belakang. Sebaik pintu gelangsar dapur dibuka, ia akan disajikan dengan beranda kayu yang ringkas dan kemudiannya laman belakang rumah yang hanya ada rumput hijau. 

Di sudut laman belakang itu ada kebun kecil milik Thalia. Jika ada masa terluang, adik bongsu Melisa akan habiskan masa di kebun kecil dengan mencuba tanam tanaman baru seperti pokok cili, tomato, kubis, lobak merah dan banyak lagi. Tapi semuanya lebih ke arah sayur-sayuran berbanding bunga. 

Thalia masuk ke dalam rumah sekejap mencari balang bertih jagung yang disuruh Melisa. Adrien tidak sempat menahan langkah si adik, Thalia sudah kembali bersama sebalang bertih jagung dan berikan kepada Melisa. Apa yang dia mampu buat, cumalah menggeleng kepala.

"Melisa!" Seoktaf suara Puan Aileen menjerit memanggil nama si anak. Dia memegang dada termengah-mengah mencari nafas kerana tidak cukup tanah mengejar langkah besar Tuan Kris.

"Melisa, mama panggil kau tu." Bahu Melisa dicuit Adrien. Bibir memuncung ke arah Puan Aileen yang sedang bercekak pinggang seraya memandang ke arah mereka. Lebih tepat lagi ke arah Melisa. 

Melisa menayang senyum menggamit panggil mamanya ke beranda. "Sini, mama." Tangannya menepuk lantai tangga sebelah kanannya yang masih kosong ada ruang untuk duduk. 

Puan Aileen berjalan ke beranda. Dia bersila di sebelah Melisa. "Thalia, tolong ambilkan mama air." arah Melisa kepada adiknya yang masih berdiri. 

Thalia menghulurkan segelas air putih kepada Puan Aileen. Puan Aileen menyambut lalu terus meneguk habis segelas air itu menghilangkan rasa dahaga. "Nak lagi ke, mama?" soal Thalia prihatin. Wanita itu menggeleng kepala memulangkan semula gelas ke tangan anak bongsunya.

"Papa marah ke, mama?" tanya Melisa memeluk lengan mamanya.

Melisa tayang sengih waktu Puan Aileen beri jelingan tajam. "Kamu tak nampak atau buat-buat tak nampak, Melisa?"

"Melisa tanya sahaja."

"Soalan kamu tu meminta."

"Ya, meminta dijawab."

"Melisa."

"Mel bukan tak nak buat apa yang papa buat dekat Leo sekarang. Cuma setiap kali dia pandang Mel, Mel jadi macam terkaku. Terus hilang perasaan marah dan nak tumbuk sepak terajang dia. Jadi, biarlah papa wakilkan Mel bagi pengajaran ke Leo." Beberapa bertih jagung disuapkan ke dalam mulut. Puan Aileen dengar jawapan si anak, tak tahu nak beriak apa.

Sedangkan Melisa sendiri baru dapat tahu pasal status perkahwinan sendiri, inikan pula dia dan suami. Mana tidak Tuan Kris mengamuk terus mengheret pemuda itu ke laman belakang rumah. Mula-mula, dia dan Tuan Kris fikirkan Melisa bergurau sengaja mahu mengusik mereka suami isteri. Tapi apabila Leo mengemukakan bukti dokumen yang berbentuk salinan lembut melalu iMela, mereka tahu ini bukanlah perkara main-main. Ia serius dan melibatkan puteri mereka. Tidak sempat pun Puan Aileen pegang bahu cuba menenangkan Tuan Kris.

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang