Marco duduk di ruang tamu markas Barboni Famiglia. Leo sedang memegang remote TV mencari siaran. "Kau tahukan lambat laun kalau kau tak bawa Regina, dorang sendiri akan angkut Regina ke sana? Walauoun, sebenarnya aku tak setuju langsung dengan idea Regina ke sana."
"Aku ingat tadi dekat sana dah habis isu ni. Kau bawa ke sini pula?"
"Tapi, apa yang Marco cakap tu ada betulnya. Sudahlah Regina tak tahu apa-apa pasal Barboni Famiglia. No. Even pasal dunia mafia sendiri pun mesti dia tak tahu."
"Mungkin pada korang Regina Barboni Famiglia ialah Regina Barboni Famiglia. Tapi, aku kahwin dengan dia untuk jadi isteri aku. Isteri kepada Leonardo. Dan, dia akan berdiri bersama-sama dengan aku untuk menguruskan Barboni Famiglia. Jangan sesekali fikir yang dia di bawah aku." Leo berkata kepada Ales dan Marco. Matanya masih memandang ke arah skrin TV.
"Tapi Leo, dia perempuan biasa."
"Kau yakin yang isteri aku tu perempuan biasa?"
"Maksud kau?" Ales memandang ke arah Leo. Marco juga sama.
"Dia isteri Leonardo. Isteri King of Barboni Famiglia."
"Ya, aku tahu. Masalahnya dia pengantin terjun kau. Kenal pun tidak. Tahu-tahu je hari tu, kau angkat dia jadi isteri kau."
"Nama dia aku tahu. Cuma aku lebih prefer semua bahasakan dia Regina."
"Marco kata Draco dapat panggil Regina dengan nama sebenar." Marco menyinggung bahu Ales. Ada ke patut benda yang diminta rahsiakan diberitahu kepada Leo.
"Ya, sebab dia sendiri tak tahu dia Regina. Kalau dia tahu, dia tak akan senang-senang biarkan Draco panggil dia dengan nama."
"Kau tahu pasal tu?"
"Kalau Draco tak beritahu pun, aku dah boleh agak. Angel aku tu bukan senang jenis bagi muka. Tak ke dia pertikaikan kalau Draco berkeras bahasakan dia Regina." Marco mengangguk bersetuju. Pertama kali berada di satu ruang bersama isteri Leo, dia agak kagum dengan sikap selamba gadis itu.
Regina sahaja yang berani bahasakan Leo secara depan-depan. Siap digelarkan sepupunya psiko lagi. Aduh, tak boleh belah kalau diingatkan semula.
"Apa kata kau beritahu aku macam mana aku boleh berjumpa dengan Regina?"
"Untuk apa?" Ales bukan tentu bila bertindak. Main pakat serbu sahaja.
"Sengaja. Aku nak jumpa dengan kakak ipar aku. Apa salahnya."
"Libatkan kau dengan Marco, memang salah." Leo jujur berkata selamba.
"Tak apa. Kalau kau tak nak beritahu, aku boleh tanya Draco."
Leo mencapai iMela nya di atas meja kopi. Jarinya menari di atas skrin gajet itu.
"Aku dah hantar."
"Hantar apa?" Tanya Ales bingung.
"Tempat dan masa untuk kau berjumpa Regina."
"What?!" Ales dan Marco terkejut. Cakap Leo tak sehaluan dengan apa yang barusna dibincangkan tadi.
"Jangan cuba sentuh dia. Jangan cuba keluarkan ayat-ayat buaya kau."
"Kalau aku buat juga?"
"Jangan cakap aku tak pesan." Leo bangun dari duduknya. "Aku nak naik bilik. Mengantuk." Dia meninggalkan dua temannya di situ.
"Betul ke maklumat Leo bagi ke aku ni?" Soal Ales kepada Marco. Ragu-ragu dengan informasi yang diberi Leo. Marco mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Keesokannya tepat jam 12 tengah hari Ales memarkirkan keretanya di ruang parkir yang tersedia. Bersebelahan keretanya ada pacuan empat roda berwarna hitam. Pastinya kereta tersebut milik Regina. Tapi, sebenarnya Ales masih ragu-ragu dengan informasi sahabatnya. Takut-takut kalau Leo cuba pekenakan dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
YEOUBI
Romance(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...