EPISODE XXXXIV

1.9K 164 8
                                        

Melisa memandang Leonardo. Kereta yang dipandu suaminya berhenti berdekatan pelabuhan. Dua kapal besar berlabuh di situ menarik perhatiannya. Yang satu itu dia pernah nampak dan masuk tapi yang lagi satu, belum. Pasti ini kapal yang dibeli suaminya. Black Siren II.

"Kita buat apa di sini?"

"Lucas call tadi."

"Kenapa?"

"Aku tak pasti. Tunggu sini sekejap."

"Tapi saya nak ikut." Pinta Melisa tidak mahu ditinggal sendiri di dalam kereta suaminya.

"Yes. I know, love. Just wait for a while."

"But-"

"Love."

"Fine." Melisa memeluk tubuh tidak berpuas hati. Hendak dibuka pintu dari dalam tak boleh kerana pintu kereta suaminya itu hanya boleh dibuka dari luar. Bukan rosak tapi memang begitu kata Leonardo.

Dia melihat sahaja Leonardo keluar dari kereta dan pergi ke belakang. Mungkin ingin bercakap dengan Marco yang mengekori menggunakan kereta lain di belakang mereka tadi. Sedang dia dalam dunia sendiri tiba-tiba pintu pemandu hadapan diduduknya dibuka dari luar.

"Muncung macam itik, ingat seksi ke?" Leonardo mengusik isterinya. Bibir seksi itu dicuitnya manja. Tangan dia meleraikan tali pinggang keselamatan yang dipakai di tubuh bidadarinya tadi.

"What a gentleman." Melisa mengukir senyuman paling manis buat Leonardo. Huluran tangan suaminya disambut membantu dia keluar dari perut kereta.

"I am, love." Dengan senang hati wanita cantik itu menyauk kemas lengan sasa Leonardo. Malah, dirapatkan kepala bersandar selesa di lengan Leonardo. Manja.

"Lucas cakap apa selain dia suruh awak datang jumpa dia di sini?" Soal Melisa ingin tahu.

"I'm not so sure, love. But I hope everything's gonna be fine."

Melisa mengangguk mengharapkan yang sama. Bukan apa, seberani-berani dia, risau juga kalau musuhnya sudah dapat jejak mereka di sini. Kalau dia diapa-apakan tidak mengapa. Risau kalau yang bukan target pula jadi mangsa.

Kalau dulu tak mengapalah, dia tiada sesiapa melainkan Lucas dan keluarganya yang memang jelas tidak terbabit dengan dunia gelapnya ini. Tapi sekarang, lelaki yang berada di sisinya ini sudah menjadi insan penting dalam hidupnya. Malah, dua teman suaminya yang setia hingga titisan darah terakhir itu juga pasti-pasti diheret sama. Melisa jadi pening.

"Alfonso." Tanpa sedar dia mengeluh perlahan menyebut nama itu.

"Love." Leonardo dengar terus berhenti. Dia memandang ke arah sisinya.

"Huh? Ya saya?" Melisa tidak sedar yang dirinya terlalu asyik di dalam fikiran sendiri. Kakinya hanya ikut melangkah. Tahu-tahu mereka sudah sampai di dalam kapal dan berdepan dengan Lucas, teman baiknya.

"Lucas."

"Ya, Leo?"

"Give me 5 minute." Melisa terpinga-pinga mengikut Leo keluar dari ruangan itu.

Leo berdiri hadapannya. Tangan suaminya mendarat di atas bahunya. Pandangan didekat dengan wajahnya. Melisa cuba bawa lari pandangan tapi jari Leo menghalang memegang dagunya. "Love." Melisa pejam mata bila tangan itu mengelus lembut pipinya. Dia rasa dikasihi. Tanpa sedar air mata mengalirnya.

"Hey, love. What's wrong?" Leonardo tarik tubuh bidadarinya masuk ke dalam dakapan dia. Tangan mengusap lembut belakang tubuh Melisa. Cuma menenangkan hati isterinya yang galau.

"I'm not sure with all this feelings, hubby."

"What do you mean?"

"I'm happy with you but I'm not sure that this kekal selamanya. What if-" mati kata Melisa apabila jari suaminya melekap di bibir dia.

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang