EPISODE XX

1.6K 168 37
                                    

Melisa duduk di atas kerusi meja kerjanya. Komputer riba di atas meja dihidupkan. Tangan meraba dalam laci meja kerja mencari earphone. Dia tidak mahu menganggu lena Leonardo yang sedang pulas tidur di atas katil. Melisa memilih untuk mendengar lagu menggunakan earphone. Namun kebiasaannya, dia akan memasang lagu menggunakan bluetooth speaker.

Jarinya meleret di atas touchpad. Tetikus hanya duduk di sebelah komputer riba, jarang-jarang sekali diguna. Membuka Google Chrome, Melisa membuka dua tab Youtube. Satu tab Youtube mencari bunyi hujan manakala tab lagi satu mencari muzik instrumental. Kedua-dua video dimainkan serentak memberikan Melisa pengalaman seolah-olah mendengar muzik instrumental sambil berlatarbelakangkan bunyi hujan.

Menyandar selesa di kerusi, Melisa menyelak helaian demi helaian buku notanya. Membuka muka surat yang tertulis catatan bagi artikel blog hari ini, jari Melisa menari di atas papan kekunci. Satu persatu bait ayat muncul di skrin komputer riba Melisa. Dia cuba mengejar masa memastikan artikel hari ini sempat dimuat naik sebelum jam 11 pagi.

Jam 10.45 pagi, Melisa sudah berhenti menaip. Artikel yang bakal dikongsikan kepada pembaca-pembacanya 15 minit lagi sudah lengkap dan hanya perlu disemak. Jam 11 pagi, artikel yang membincangkan isu kesedaran penjualan kanak-kanak berjaya dikongsikan kepada pembaca-pembaca blog Melisa. Ada beberapa soalan daripada pembaca di ruang komen. Melisa menoleh ke belakang melihat Leo masih tidur. Jadi sementara menunggu Leo terjaga, dia akan menjawab soalan-soalan daripada pembaca.

Jam 12.30 tengah hari, Leo masih lena. Melisa tertawa kecil menggeleng kepala. Penat benar suaminya itu seolah tidak tidur semalam. Tapi, Melisa sendiri tidak ingat jam berapa Leonardo tidur malam semalam. Kerana jam 3 pagi, dia terjaga Leo sedang fokus menghadap skrin iMela. Tidak pula dia bertanya malah Leo menghulurkan Melisa segelas air untuk hilangkan rasa dahaganya. Leo menepuk-nepuk manja punggungnya konon mendodoi sehinggalah dia lena semula.

Buku lakaran yang ada di atas meja kerja diambil dan buka. Melisa bercadang untuk menyiapkan lukisan bagi novel grafiknya yang bakal diterbitkan awal tahun hadapan. Set warna pensil dan beberapa alat melukis diletak atas meja kerja bagi mudah untuk dia capai sekiranya diperlukan. Tab Youtube yang memainkan muzik instrumental sudah bertukar ke muzik ala Celtic. Memberi ilham buat Melisa melukis babak hero sedang berperang di medan perang. Novel-novel grafiknya sentiasa bertemakan fantasi romantis atau aksi romantis.

Melisa yang sedang fokus melukis tidak sedar yang Leonardo sudah pun terjaga dari lena. Leonardo meraba-raba tangannya di atas tilam mencari tubuh wanitanya. Kosong. "Love."

"Love..." Leo mencari-cari isterinya. Nampak tubuh Melisa, terus dia turun dari birai katil merapati wanitanya. Matanya mendarat ke atas lukisan pada helaian kertas buku lakaran. Cantik! Lukisan yang sangat cantik dan realistik. Seorang kesatria menghunus pedang ke arah musuh sambil dikelilingi tentera-tentera yang sedang sibuk berperang melawan tentera-tentera musuh.

Terlepas warna pensil dari tangan Melisa apabila sedar ada sesuatu mendarat di atas kepalanya. Dia mendongak. Leo mengucup ringkas bibir mungilnya. "Ciao, love."

"Leo, terkejut saya."

"Sorry, love."

"It's okay." Melisa menanggalkan earphone dari telinganya. Dia kembali mewarna lukisannya.

"For your graphic novel?"

"Yes. Lagi sikit je nak siap untuk bab yang ini."

"Kena hantar bila?

"Friday. Next week."

"Lagi sikit tu banyak atau sikit sikit?"

"Done!" Melisa tersenyum senang. Tidak menyangka dia berjaya siapkan lukisan itu pada hari itu. Kebiasaannya di akan lukis satu hari dan dua hari mewarna. Tapi bagi menghilangkan rasa bosannya, dia buat sahaja. Malah, lagu yang dimainkan memberi Melisa semangat untuk siapkan tugasnya satu itu.

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang