Nasib baik Melisa ada selit beberapa keping not duit dalam poket gaun. Kalau tidak, mengangalah mereka tak tahu nak bayar apa kepada pemandu teksi. "Terima kasih ya, pakcik."
"Sama-sama."
Thalia terus masuk ke dalam kereta Melisa di bahagian penumpang hadapan. Kakaknya pula duduk di bahagian pemandu. "Mel-"
"Jangan bersuara. Satu perkataan pun aku tak benarkan." Thalia terus zip mulut.
Melisa memandu keretanya pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan, tiada seorang pun bersuara atau membuka mulut. Tidak daripada pihak Thalia mahupun Melisa.
Memarkir kereta di bawah garaj, Melisa terus tutup enjin dan keluar dari perut kereta. Dia menonong masuk ke dalam rumah. Adrien yang sedang duduk di sofa ruang tamu pun tak ditegurnya.
Thalia masuk ke dalam rumah. Dia melabuhkan punggung di sebelah abangnya. "Kenapa dengan Mel? Laju je naik tadi. Langsung tak tegur, tak apa. Muka pun nampak macam nak telan orang."
Adrien pandang adik bongsunya. Thalia juga diam memandang skrin yang menayangkan rancangan realiti Korea, The Return of Superman. Namun, dia tahu yang adiknya langsung tak fokus kerana kalau selalunya bila nampak Ben Hammington keluar dekat skrin, dah menjerit "Comel! Comel! Nak anak comel macam Ben. Kiyot!!!"
"Thalia." Tangannya menyentuh bahu Thalia. Thalia seakan baru sedar. "Sorry. Ya, apa?"
"Kenapa dengan Mel?"
"Adrien."
"Ya?" Pening kepala Adrien. Seorang macam ini, seorang macam itu. Nasiblah dia seorang sahaja dalam adik beradik mereka. Maklumlah dia diapit dengan seorang kakak dan seorang adik perempuan.
"Kau tahu-tahu sikit kan bahasa Itali?"
"Kinda. Ingat-ingat lupa. Kenapa?"
"Apa maksud ayat ni? Kejap, bagi Thalia ingat semula." Thalia cuba ingat semula ayat yang keluar dari mulut lelaki tua itu sebelum lelaki asing itu menyarungkan cincin emas ke jari manis kakaknya.
"Io ora vi dichiaro marito e moglie."
"Wow. Kau dengar mana ayat tu?"
"Adrien, cepatlah. Beritahu aku, apa maknanya?"
"I now pronounce you as husband and wife."
Thalia capai bantal petak di atas sofa. Dia tekupkan pada muka. Adrien terkejut apabila Thalia tiba-tiba menjerit fi sebalik bantal petak sofa. "Thalia?"
"Adrien, kau kena tolong aku. No, kita kena tolong Melisa."
"Tolong apa? Kenapa dengan Melisa?"
"Aku rasa... aku rasa... aku rasa...-"
"Kau rasa apa, Thalia?"
"Melisa dah jadi isteri orang."
Adrien bantai ketawa bila dengar kata Thalia. "Melisa? Isteri orang? Kau lupa ke apa dia cakap dekat papa dan mama minggu lepas?"
Adrien berdehem membetulkan peti suara. Dia cuba mimik lenggok suara kembarnya, "Mama, papa. Please lah. Mel muda lagi. Kahwinkanlah Adrien ke Thalia ke. Mel tak nak kahwin dan Mel tao akan kahwin. Kalau mama dan papa nak cucu, sila tuntut daripada dua orang anak mama dan papa yang lain. Harap maklum. Terima kasih."
Tangan Thalia mendarat di bahu Adrien. "Adrien, aku serius."
"Yalah. Okay, aku nak naik ke bilik. Nanti kalau dah tak nak tengok TV, jangan lupa tutup." Adrien mengusap kepala adiknya sebelum meninggalkan Thalia sendiri di ruang tamu.

YOU ARE READING
YEOUBI
Romans(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...