Pintu dikuak dari dalam. Melisa melangkah keluar dari tandas. Pandangannya disapa dengan tubuh Alfonso. Sangkanya lelaki itu akan beredar mencari mangsa lain. Nekad sangat kalau sanggup tunggu dia berlama di tandas. Baru hendak melangkah ke ruang lain, Alfonso berdiri di hadapannya menahan langkah.
"Encik nak apa ya?" Melisa cuba berbahasa walaupun dia tahu Alfonso bukan jenis faham bahasa.
"Aku nak tahu nama kau."
"Aku tak berminat nak beritahu kau nama aku." Melisa berkeras.
Alfonso menayangkan muka toya memandang dia. "Beritahu nama kau dan aku akan beri kau laluan."
Lelaki itu dapat sekat jalannya pun sebab ruang tandas ini agak sempit. Kalau tidak, memang sudah lama Melisa berlalu pergi mengendahkan Alfonso.
"Aku cakap aku tak berminat, Encik Alfonso Benjamin."
Mendengar namanya meniti di bibir gadis cantik seksi itu, Alfonso menyeringai sengih. "Kalau dengan buat kau marah boleh mengingatkan kau nama aku, aku rasa hanya dengan cara ini kita bisa berkenalan. Betul tak, sexy?"
Menolak tangan Alfonso, Melisa membuka langkah beredar dari situ. Lelaki itu tidak mengalah malah mengekori langkahnya dari belakang.
"Laju-laju nak ke mana, sexy?" soal Alfonso. Matanya tak beralih dari melihat belakang Melisa yang separuh terdedah hanya dihias tali gaun. Kecantikan dan keseksian wanita di hadapannya ini menarik perhatiannya sejak tadi lagi. Dari tubuh belakang terdedah, matanya menurun ke lenggok yang agak menggoda itu. Namun pandangannya hanya seketika kerana ada yang menganggu.
"Alfonso." Kepalanya didongak ke atas. Tidak sangka musuhnya yang menganggu pemandangan indah tadi. Wanita cantik dan seksi itu meneruskan perjalanan ke hadapan tanpa menoleh sedikit ke belakang.
"Leonardo."
"Kau buat apa di sini?" soal Leonardo dingin seakan tidak menerima senang akan kehadirannya. Mana mungkin lelaki di depannya ini menerima kehadiran dia dengan tangan yang terbuka.
"Aku? Oh, aku ke sini sebab pakcik kau yang menjemput. Apa salahnya aku nak memeriahkan lagi hari ulang tahun perkahwinan babbo dan mamma kau."
"Ini rumah aku, Alfonso. Hanya aku yang berhak jemput atau tidak jemput tetamu yang hadir acara malam ini."
"Oh ya? Kalau macam itu, apa yang ada di tangan aku ini?" Alfonso melayangkan kad jemputan acara malam ini di depan muka ketua mafia Barbonia Famiglia.
"Kau nak halau aku? Silakan. Apa pula kata orang nanti kalau kau halau aku sedangkan aku cumalah tetamu." Leonardo memandang tajam musuhnya. Dia tahu Alfonso sengaja memprovok dirinya. Kalau sahaja tidak difikirkan sekarang ini ada tetamu ramai, sudah lama dia sendiri mengheret Alfonso keluar dari rumahnya. Bukan jasad yang hidup tapi mayat yang mati.
"Bie." Melisa mengerling jam. Dia ada lagi 15 minit sebelum Lucas memberi isyarat untuk rancangan mereka. Melihat keadaan tegang di antara Leonardo dan Alfonso, dia merapati mereka. Takut kalau Leonardo menghalau targetnya lantas menggagalkan rencana dia dan Lucas.
"Love?" tubuh Leonardo membeku seketika kerana terkedu dengan tingkah Melisa yang memeluk tubuhnya dari belakang. Dia memegang lengan gadisnya dan menarik agar Melisa berdiri di sisinya. Rambut wanitanya yang terjuntai di hadapan muka diselitkan di belakang telinga. Tangan dia merangkul kemas pinggang Melisa merapatkan jarak tubuh di antara mereka. Fokusnya kembali kepada musuh yang berdiri di hadapan dia.
Alfonso tidak memandang dia tetapi Melisa. "Kau kenapa pandang Regina?" soalnya dengan nada dingin. Dia tahu pasti Alfonso kenal dengan gelaran yang meniti di bibirnya tadi buat isterinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
YEOUBI
Romansa(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...