EPISODE XXIX

1.2K 155 38
                                    

Menguak pintu dari dalam, pandangan Melisa disapa oleh tubuh Layla. "Kenapa lambat?"

"Seriuslah. Tak jemput aku masuk, terus buat soal siasat depan pintu."

Melisa sengih. "Kau kenapa tak guna kunci sendiri buka pintu? Datang berlenggang juga."

"Tertinggal dalam kereta lagi satu. Aku terlupa."

"Kalau kaki, tangan boleh cabut. Itu pun tinggal sama."

"Macam nenek lah kau ni." Layla masuk ke dalam Corvo tanpa dipelawa. Melisa mengatup pintu rapat dan kunci pintu.

"Kenapa kau lambat? Tak jawab pun soalan aku tadi."

"Ada masalah sikit dekat rumah. Stress betul setiap kali balik rumah. Kan senang kalau aku boleh terus tinggal dekat sini."

"Mak tiri kau tu ke?"

"Siapa lagi..." Layla tayang muka bosan.

"Kalau kau tak ada dekat rumah tu, siapa nak tengokkan babbo kau."

"Itu pasal, aku masih cuba bertahan walaupun perit. Cepatlah perempuan tu mati. Makin bernyawa, makin semak dan sakit otak aku dibuatnya." Melisa menepuk bahu temannya. "Perlu ke kau cakap macam tu."

"Kau tak pernah hidup dan hadap perempuan tu bolehlah cakap. Cuba jumpa depan-depan, aku percaya yang kau sendiri nak benamkan balisong kau dekat jantung dia. Jam-jam tu juga dia mampus."

Melisa berhenti di tengah jalan. Layla pandang temannya. "Kau kenapa tiba-tiba berhenti?"

Melisa meraba pahanya.

"Kau dah kenapa raba-raba paha sendiri?"

"Balisong aku."

"Kenapa dengan balisong kau? Kau tertinggal ke?" Melisa mengangguk. Layla pegang lengan Melisa. "Seriuslah kau tinggalkan balisong kau?" Bukan dia tidak tahu yang balisong itu benda paling berharga yang Melisa miliki. Tidak pernah balisong itu jauh daripada tuannya.

"Ya. Kali terakhir balisong aku tu ada dengan aku masa..." Melisa menggali kotak memorinya. Dia cuba ingat di mana dan bila kali terakhir senjata kesayangannya itu ada pada dirinya. "Hah!"

"Kau dah ingat?"

"Dah. Semalam. Semalam masa aku mandi dengan Leo, dia tolong cabutkan thigh holster aku."

"Kau dengan Leo... mandi sekali?"

"Kolam. Mandi kolam."

"Mandi ke buat apa, Melisa?" Melisa dah bulat mata apabila Layla menjungkit-jungkit mata nakal.

"Kau kalau tak fikir ke situ, bukan kau kan. Aku mandi kolam. Sebab tak nak basah dan rosakkan balisong, Leonardo letak dekat tepi kolam."

"Mungkin balisong kau ada pada Leonardo sekarang. Jangan risau."

"Aku perasan semalam masa keluar bilik mandi, balisong aku ada atas meja solek." Masa dia bersiap-siap awal pagi tadi, Melisa yakin yang balisong itu tiada di atas meja solek. Sebab, kalau betul balisong itu ada depan mata dia, dia akan terus pakaikan di pehanya thigh bolster dan selitkan balisong. Tapi, tidak.

Jadi ke mana balisongnya pergi?

"Kau masak apa untuk juadah tengah hari?" soal Layla menarik perhatian Melisa kepada hal lain.

Bukan sahaja Melisa rasa pelik tapi Layla juga berasa pelik kenapa Melisa boleh tak bawa balisong bersama. Ini kali yanb pertama berlaku dalam hidup temannya. Melisa dengan balisong itu seperti belangkas. Ke mana-mana mesti ada pada Melisa. Kerana setiap kali keluar bilik walaupun dalam rumah sendiri, Melisa akan membawa balisong itu ke mana-mana dengannya.

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang