EPISODE XXIII

1.3K 135 19
                                        

Melisa berhenti di tepi The Diamond Aqueduct, jambatan yang perlu dia lalui untuk pergi ke rumah editornya. Keluar dari tempat pemandu, dia membuka pintu penumpang hadapan. Beg kertas yang terletak di atas kerusi itu digeledahnya cuba mencari sesuatu. Kalau tidak silapnya, benda itu ada di dalam beg galasnya tetapi bila diraba-raba. Tiada. "Mana pula pergi thumbdrive aku ni." Rungut Melisa tidak berpuas hati. Dia sudahlah lambat kerana terlajak tidur. Lepas itu, editor call dia minta suruh datang rumah nak bincangkan pasal manuskrip novel grafiknya. Sudah ditelefon kata ada hal tapi editornya berkeras juga nak jumpa. Memang kelam-kabutlah dia bersiap tadi. Main pakat rembat je barang apa ada atas meja dan campak ke dalam beg galasnya.

Berang tidak jumpa thumbdrivenya, Melisa menterbalikkan beg kertas itu di atas kerusi penumpang hadapan. Tiba-tiba, muncul satu benda berbentuk bulat melantun atas kerusi dan keluar dari kereta. "Thumbdrive!"

Apalagi, berkejarlah Melisa cuba mendapatkan thumbrivenya yang berbentuk bola. Sebabkan bola kecil itu berwarna-warni dan menarik perhatiannya di ruang laman sesawang barang online, dia terus beli tanpa fikir kesan baik dan buruk kalau beli jenis yang macam itu. Bergolek thumbdrive berbentuk bola itu dalam longkang kecil turun ke bawah jambatan. 

Sedang Melisa mengejar thumbdrivenya, tiba-tiba ada suara halus menegur Melisa.

"Kakak, kakak buat apa di sini?" soal si kecil yang terserempak dengannya masa tunduk mengutip bola yang berhenti bergolek.

"Adik buat apa di sini?" Melisa terkejut apabila di disapa anak kecil perempuan yang memakai pakaian yang compang-camping. Dia mengeluarkan tisu basah dari beg galasnya yang dijinjing tanpa sedar lalu mengelap muka comot budak perempuan itu.

"Saya tinggal di sini. Kakak ada benda makan tak? Lily lapar."

Melisa hulurkan sebungkus roti inti coklat dan berikan kepada si kecil yang membahasakan diri sebagai Lily. "Lily buat apa di sini sorang-sorang? Ibu dan ayah Lily mana?"

"Lily tak ada ibu dan ayah. Kawan-kawan Lily pun sama." Lily menunding jari ke satu arah. Melisa melihat ke arah yang ditunjuk Lily. Ada beberapa anak kecil yang lebih kurang sebaya Lily sembunyi-sembunyi di belakang kotak dan tiang jambatan.

"Lily panggil kawan-kawan Lily. Kak Melisa ada roti lebih, boleh bagi kepada kawan-kawan Lily."

"Jesi! Eva! Dav!" suara kecil itu memanggil kawan-kawannya. "Marilah sini. Kakak ni baik." Takut-takut dua budak perempuan dan seorang budak lelaki merapati Melisa dan Lily. Melisa keluarkan lagi tiga bungkus roti dan hulurkan kepada anak-anak kecil itu. "Jesi, Eva, Dav. Makan ya."

"Terima kasih." Ucap mereka serentak. "Nak tambah lagi beritahu Kak Melisa, Kak Melisa ada lagi."

"Kenapa Kak Melisa datang sini? Tak takut ke?" soal Jesi dengan mulut penuh mengunyah roti. Melisa melemparkan senyuman paling manis. "Kenapa Kak Melisa nak takut kalau Kak Melisa jumpa bidadari dan bidadara kecil yang comel-comel dekat sini."

"Kami selekeh, comot... tak macam Kak Melisa. Cantik." Suara kecil Dav seakan takut-takut ingin bercakap dengan dia. Mata Melisa mendarat pada seluar budak lelaki itu yang ada bekas kesan darah lama. "Dav ya nama kamu?"

"Ya. Nama dia Dav."

"Boleh tak kalau Kak Melisa nak tengok kaki Dav?" pinta Melisa meminta izin. "Tak boleh. Kaki Dav sakit." Lily berdiri mendepang tangan menghalang Melisa.

"Kak Melisa tak akan apa-apakan Dav. Kak Melisa janji." Melisa menunjuk jari kelingkingnya.

Melisa mengangkat punggung mendekati Dav. Dia duduk di hadapan Dav. Perlahan-lahan kaki seluar Dav cuba disingsing tapi melekat pada kulit. Mendesis anak kecil itu kerana rasa pedih. "Pedih ke, Dav?" Dav mengangguk.

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang