EPISODE XXVI

1.3K 149 22
                                    

"Angel. Angel." Leonardo memanggil isterinya.

"Huh?" Melisa terpinga-pinga. Kepalanya menoleh ke kiri melihat Leonardo berada di luar sedang memegang pintu kereta yang dibuka. "What's wrong, love?" Lelaki itu bertanya. Risau.

"Nothing." Ujar Melisa menyambut tangan suaminya dan turun keluar dari kereta. Tidak sedar langsung yang mereka sudah sampai di destinasi. Ini mungkin kerana dia terlalu asyik mengenangkan memori selepas bertemu dengan Layla tadi.

"Kita bermalam di sini?" dia pandang villa mereka kemudian beralih semula ke Leonardo. "Ya. Aku dah maklumkan kepada papa dan mama yang kita bermalam di rumah kita."

"Okay." Melisa tidak kisah tidur di mana-mana. As long tempat teduh hujan panas, dia on sahaja.

"Love, kau pasti ke yang kau okay?" Leo melekapkan tangannya di dahi Melisa. Risau kalau isterinya itu tidak sihat atau apa-apa. "Layla ada cakap apa-apa ke dengan kau tadi?"

"Kami cuma bersembang biasa. Dia tanya, saya jawab."

"Betul ni kau tak apa-apa?"

Melisa senyum. Dia mengelus lembut pipi suaminya. "Yes, I'm fine."

Leo memegang tangan isterinya. Mereka sama-sama berjalan seiring masuk ke dalam villa yang dinamakan sempena bunga matahari.

"Angel..." Leo berhenti di ruang tamu. "Kau tahu ke Nikolai masih hidup?"

Melisa menayangkan riak terkejut. Dia menepuk bahu suaminya. "Awak merepek apa ni, Leo? Nikolai kan dah tak ada. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya."

"Maaf, love." Leo mengucup ubun-ubun isterinya. Mungkin Melisa benar tidak tahu perihal itu. "Kau nak tahu pasal hubungan aku dengan Nikolai?" soalnya kepada Melisa.

Melisa mengangguk. Dia perlu tahu apakah hubungan sebenar di antara Nikolai dan Leonardo. Selama ini, Nikolai tidak pernah cerita atau sebut pun nama Leonardo. Nama Leonardo meniti di bibir abangnya selepas Violet diculik Alfonso. Itu pun abangnya tidak bercerita penuh siapa sebenarnya Leonardo. Hanya minta dia ikutkan sahaja rancangan Nikolai dan jadi isteri Leonardo. Pada masa yang sama, menjadi mata dan telinga Nikolai agar cari tahu pasal Alfonso.

Dia terjerit kecil apabila tiba-tiba tubuhnya terapung. Rupa-rupanya Leonardo mencempung tubuh genitnya. "Saya ini ringan sangat ke, sampai awak asyik-asyik nak dukung sahaja?"

"Tak adalah ringan mana tapi ringan jugalah."

Melisa pandang suaminya besar kecil, besar kecil sahaja.

"Awak nak kata saya gemuk tapi tak gemuk ke, macam mana?"

"Maybe... sayap bidadari tersembunyi kau tu buatkan kau lebih ringan untuk aku dukung." Bicara Leonardo sambil mengenyit mata. Melisa pula menjuling mata ke atas. Menyampah. Namun hakikatnya dalam hati, dia cair. Seperti aiskrim terkena cahaya matahari.

"Kita nak ke mana?" tanya Melisa apabila dia dibawa keluar ke belakang villa oleh Leonardo.

"Satu..." Terkerdip-kerdip matanya apabila Leonardo mula mengira.

"Dua..."

"Leonardo."

"Tiga!"

Melisa berpaut kuat pada leher suaminya. Terkejut beruk dia dibuatnya apabila Leo mengheret dia sama terjun ke dalam kolam. Timbul semula di atas air, Leonardo menghamburkan ketawa kuat melihat muka dia yang cemberut. Dada bidang lelaki segaknya ditampar kuat. "Perlu ke buat macam tu sekali?" geram Melisa dibuatnya. Terkejut tau dia. Tak ada salam, tak ada cakap apa-apa, tiba-tiba dicampak. Eh, bukan dicampak. Tapi diheret sama ke dalam kolam.

YEOUBIWhere stories live. Discover now