EPISODE XXVII

1.3K 152 36
                                        

"Saya masuk dulu." Melisa melompat dari dukungan Leonardo dan berlari ingin masuk ke dalam bilik mandi. 

Langkah panjang Leo berjaya sampai ke depan pintu bilik mandi terlebih dahulu sebelum gadisnya. "Apa kata kita mandi bersama?" pelawa Leo berdiri tegak di depan pintu bilik mandi mendepang tangan.

"Saya boleh mandi sendiri."

"Tahu."

"So... boleh ke sana sikit. Saya nak masuk. Nak mandi." Melisa bercakap sambil tangan bergerak suruh Leonardo ke tepi.

"Tiket." Leonardo memberi telapak tangan.

Melisa menemukan telapak tangannya dengan telapak tangan Leonardo. "Rejected."

"What?" Melisa pandang Leonardo dengan pandangan tidak percaya. Dia menjingkit sedikit kaki dan menemukan bibir mereka. "Rejected."

"Why?" Melisa merengek tidak puas hati. Sudahlah masuk-masuk bilik rasa sejuk pendingin hawa mencengkam sehingga ke tulang. "Saya sejuk, Leo."

"Aku boleh panaskan."

"Terima kasih."

"Kasih kau, aku terima."

"Orang serius dia main-main pula." Mencebik bibirnya tidak berpuas hati.

"Bila pula aku main-main. Aku serius ajak kau mandi bersama. Jomlah."

"Sejak bila awak pandai minta izin? Bukan selalu pakat terjah sahaja ke?"

"Jadi kalau aku pakat terjah angkut kau masuk bilik mandi, kau tak marahlah kan?" Leonardo ketawa apabila terkumat-kamit bibir mungil wanitanya seperti membaca mantera tapi sebenarnya menyumpah-nyumpah dia. Menyumpah-nyumpah manja. "Jampi cinta ke, love?"

"Kenapa, berhasil ke?"

"Nak tahu berhasil?"

"Nak." Melisa melayan sahaja.

"Macam ni." Terkedu Melisa apabila bibirnya dipagut Leonardo. Nakal betul suami dia seorang ini. Tangannya merangkul leher Leonardo. Leonardo mengangkat tubuhnya dan kaki dia melilit pinggang suaminya. Lelaki segaknya membawa dia masuk ke dalam bilik mandi dan pintu ditutup rapat.

Habislah dia dimandikan dan digomol oleh Leonardo.

Lebih dari satu jam juga mereka berdua bertapa di dalam bilik mandi. Semua ini salah Leonardo. Padahal diri sendiri pun sama. Kalau tak melayan, tak adanya. Bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan manakan bunyi.

Sebelum keluar dari bilik mandi, Leonardo lilitkan tuala pada tubuhnya. Kemudian, sekali lagi tubuh genitnya dicempung lelaki segaknya dibawa keluar dan letakkan duduk atas kerusi meja solek. Menggunakan tuala kecil, Leonardo tolong keringkan rambutnya. "Kau nak aku guna pengering rambut ke?"

Melisa menggeleng kepala. Dia tidak suka menggunakan pengering rambut kerana takut hujung rambutnya nanti rosak dan jadi bercabang. Jadi setiap kali hendak keringkan rambut, Melisa lebih selesa gunakan tuala atau t-shirt sahaja.

"Tolong ambilkan saya baju." Pinta Melisa kepada Leonardo yang sedang berjalan masuk ke dalam bilik pakaian mereka. Leonardo tidak menjawab tapi hanya senyum. Dia juga turut membalas dengan senyuman. "Kau nak pakai baju ke?" hilang senyumannya diganti riak bingung.

Menangkap apa yang cuba dimaksudkan Leonardo, dia terus jeling suaminya tajam. "Gatal ya."

"Tolong garu."

"Banyaklah."

"Banyak juga. Tadi dalam bilik mandi tak cukup."

"Leonardo." Terlepas tawa besar Leonardo apabila sepasang mata cantik itu terbuntang luas.

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang