Layla mara mendapatkan suaminya. Pang!
Bukan sahaja tuan empunya badan yang kena tampar sahaja yang terkejut. Mereka semua yang ada di situ turut terkejut dengan tindakan Layla. Lorenzo terus angkat kaki beredar dari situ. Tidak mahu terlibat atau dilibatkan dalam situasi tegang pasangan suami isteri.
Layla memeluk tubuh suaminya dan menghamburkan tangisan. Laju air matanya mencurah. Nikolai yang turut merindui isterinya menarik tubuh Layla rapat ke dalam dakapannya. Terlepas tawa di bibirnya apabila tangan Layla menepuk kuat dadanya. "Kenapa menangis, sayang?"
Mendengar soalan Nikolai, Layla menolak tubuh sasa suaminya mengundur setapak ke belakang. Menjarakkan tubuh mereka. Tangannya ingin menhayun di pipi Nikolai lagi sekali tapi ditahan. "Abang boleh tanya sayang kenapa? Like seriously, Nikolai?"
Nikolai pandang Layla. Rindu akan wajah cantik isterinya yang sentiasa buatkan jantungnya berdebar laju. Tangannya merangkul di pinggang Layla dan menarik rapat wanitanya ke tubuh dia. Jarak mereka kini rapat semula. Bibir Layla dipagut melepaskan rasa rindu dendam yang beraja di hati. Sudah berbulan juga dia tidak menemui dengan isterinya. Layla meronta di dalam pelukannya ingin melepaskan diri. Dada bidang Nikolai dipukul berkali-kali menunjukkan dia memberontak keras. Namun, rasa rindu yang turut beraja di hati isterinya buatkan tubuh itu mengalah dan membalas ciumannya.
"Marahkan abang lagi, sayang?" soal Nikolai kepada Layla.
Layla menjeling tajam suaminya lalu menjawab, "Ya."
"Melisa mana?" soalan Nikolai mengingatkan Layla yang mereka bukan berdua. Dia memusing ke belakang dan tiga pemuda sedang memandang ke arahnya atau tepat lagi ke arah Nikolai.
"Hi, bros." Nikolai mengangkat tangan menyapa teman-teman baiknya yang lama tidak bertemu.
Nikolai melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Layla mengatup pintu perpustakaan rapat dan kunci.
Sebenarnya sejak awal lagi Nikolai sedar akan kehadiran Leonardo, Alessandro dan Marco. Tapi sengaja dia hiraukan kerana Layla lebih penting dan perlu diutamakan sebelum teman-temannya. Nikolai kenal Marco dan Alessandro daripada Leonardo. Sejak daripada itu mereka berempat selalu bersama dan susah untuk berpisah. Malah, mereka berempat juga bekerjasama membangunkan iMela Phoenix sehingga berjaya dikenali pelusuk dunia hari ini. Sampailah tiga tahun lepas dia membuat keputusan untuk menghilang kerana ingin membina bahagia bersama Layla dan anak perempuannya, Violet.
Leonardo memandang teman baiknya dan kakaknya silih berganti. Dia tertanya-tanya apakah hubungan di antara Nikolai dan Layla. Sangat mesra. Terlebih mesra kalau diikutkan pandangan matanya. Dia tahu yang Marco dan Alessandro juga menyaksikan hal yang sama. "Care to explain?"
"Meet my wife, Mrs. Layla Nikolai." Nikolai memperkenalkan isterinya kepada teman-temannya.
"Layla kakak aku, Nikolai." Leonardo menggenggam tangan cuba menahan diri daripada menyerang sahabat baiknya sendiri.
"Kakak angkat."
Nikolai meneruskan lagi bicaranya walaupun dia sedar yang Leonardo menunggu masa sahaja menerkam dirinya. "Ya, Leo. Layla, kakak yang kau sangka-sangkakan kakak kandung kau selama ini adalah anak angkap kepada Tuan Carloso dan Puan Rosetta."
"Wait... what?!" Marco dan Alessandro tersangat-sangatlah terkejut sebenarnya. Bagai kerbau terkejut oleh gong. Terkejut dalam masa yang sama kehairanan. Dalam percaya tidak percaya. Sedang memproses bicara Nikolai.
"Mustahil." Ujar Leo.
"Puan Rosetta, mama kandung kau disyaki tidak boleh mengandung. Disebabkan itu juga, dia merancang untuk ambil anak angkat. Jadi, Layla dipilih menjadi anak angkat. Tapi, takdir Tuhan tidak sesiapa mampu tolak. Satu hari Puan Rosetta dikejutkan dengan berita yang dia sedang mengandung. Ya, Leo. Anak dalam kandungan Puan Rosetta masa itu adalah kau. Dan kerana tubuh Puan Rosetta lemah, beliau mengalami komplikasi semasa melahirkan kau. Kau selamat dilahirkan tapi mamma kandung kau... tidak dapat diselamatkan."

ANDA SEDANG MEMBACA
YEOUBI
Romance(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...