EPISODE XXXXIX

3.4K 183 24
                                        

Melisa cuba tidur tapi tidak boleh. Dia golek ke kiri ke kanan masih juga tak boleh melelapkan mata. Setiap kali dia pejam mata, terbayang 14 mayat kanak-kanak yang dijumpainya tengah hari tadi.

Dia mahu hubungi Leo tapi takut menganggu lelaki itu. Jadi Melisa buat keputusan untuk keluar sekejap mencari angin. Baju tidur yang tersarung di tubuh digantikan dengan gaun warna putih yang ada di dalam almari. Rasa selesa pula memakai gaun. Perutnya yang membulat seakan mudah bernafas bila tubuh mengenakan gaun.

Tombol pintu dipulas sebelum dikuak dari dalam. Dilihat kiri dan kanan, kosong. Dahi Melisa berkerut. Dia memang tidak suka susahkan orang untuk jaga depan pintu biliknya sepertimana yang diarahkanoleh Leonardo. Namun, aneh juga kerana tiada yang menjaga di depan pintu biliknya jam-jam begini. Mungkin tidak ramai yang ada di dalam kapal jadi tiada siapa boleh gantikan tempat Ales dan Marco untuk sementara waktu.

Tanpa melengahkan masa, Melisa keluar dari kapal Black Siren II. Dia ingin berjalan di tepi pantai untuk mengambil angin. Bulan semakin terang memberinya sedikit cahaya untuk berjalan ke sana. Bibirnya mengukir senyuman bila mana angin bayu meniup-niup kain gaun putihnya.

Bunyi ombak yang menyinggah di pantai menenangkan sedikit jiwa Melisa. Melodi yang disukainya selain bunyi deruan hujan ketika membasahi bumi. Melihat ombak yang berbuih, Melisa jadi gatal kakinya ingin disapa ombak. Semakin lebar senyumannya apabila rasa air sejuk laut menyentuh kakinya.

Kakinya berjalan terus berjalan. Fikirannya sudah menerawang ke lain. Tahu-tahu, dia sampai di depan bangunan usang tadi. Melisa tersentak apabila terasa tangannya disentuh sesuatu. Dia menoleh ke kanannya. "Kakak."

"Kakak." Budak lelaki yang tidak tahu datang dari mana menegurnya. Erat tangan budak itu memegang tangannya. "Kakak."

Melisa cuba memberanikan diri bertanya kepada budak lelaki itu, "Adik buat apa di sini?"

"Kakak." Budak lelaki itu menuding jari ke arah dalam bangunan usang itu. Malah, tangannya juga ditarik untuk ekori langkah budak itu. Melisa ikut jejak budak lelaki itu. Saat budak lelaki itu membelakangi dirinya mata Melisa jatuh ke atas kesan merah besar di tubuh budak itu.

Dia terus berhenti. "Maaf." Ucap Melisa sebelum mengangkat belakang baju budak lelaki itu. Tangannya menekup mulut apabila daging belakang tubuh budak lelaki itu koyak besar sehingga menampakkan lekuk tulang berwarna putih.

"Kakak, sakit."

Melisa menarik tubuh budak itu ke dalam dakapannya. "Kak Mel ada di sini, sayang."

"Sakit sangat." Rintih budak itu seakan menahan sakit yang perit.

"Kakak."

"Ya, sayang?" Melisa renggangkan jarak dengan budak lelaki itu. Matanya membalas pandangan budak lelaki itu. Air mata darah yang mengalir dari bening mata budak lelaki itu diseka.

"Kakak, sakit."

"Sakit dekat mana sayang? Beritahu Kak Mel ya sayang?"

Tangan Melisa sekali lagi dipegang dan ditarik. Melisa ikut tanpa banyak soal. Bangunan usang yang jelas-jelas gelap semasa waktu siang tadi semakin gelap apabila waktu malam. Namun itu tidak menghalang Melisa dari ikut langkah budak lelaki itu tadi.

Kaki Melisa memanjat tangga yang sama dia panjat dengan Bintang siang tadi. Semakin tinggi dia memanjat semakin kuat debaran jantungnya. Melisa cuba beranikan diri walaupun keberanian dia saat ini senipis kulit bawang. Ini kali pertama dia hadapi situasi mistik sebegini.

"Kakak, sakit." Budak lelaki itu menuding jari ke arah dinding. "Sakit, kakak." Bukan satu tapi tiga dinding. Dinding-dinding yang berada di hadapan, kiri dan kanan Melisa.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 04, 2021 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang