EPISODE IV

1.8K 173 82
                                    

Melisa, Thalia dan Adrien. Mereka tiga beradik sedang berada di dalam kereta menuju ke suatu tempat. Pada mulanya Melisa fikirkan Thalia hendak ke taman tasik yang kelmarin mereka pergi tapi rupanya tidak. Lantas itu, Thalia menawarkan diri untuk memandu keretanya menuju ke destinasi.

"Aku ada sewa private garden untuk sesi penggambaran hari ni."

"Mana kau jumpa private garden ni? Dia caj kau berapa?" Soal Melisa tidak senang dengan apa yang dibuat Thalia. Memanglah nak latar belakang yang cantik tapi perlu ke habiskan duit sampai bersewa private garden bagai. Sedangkan taman tasik tempoh hari pun cantik untuk digunakan sebagai latar belakang bagi sesi penggambaran.

"Jangan risau. Tuan private garden tu bagi guna free."

"Kau tahu tak private tu maksudnya apa, Thalia?"

"Kau ni fikir jauh sangat. Aku dah call sendiri berurusan dengan tuan empunya taman."

"Jangan cakap aku tak pesan. Nanti kau menyesal, jangan mengada-ngada nyendeng ke aku." Pesanan dititip awal kepada Thalia. Melisa bukan baru kenal adik dia seorang ini sebulan dua. Adrien pula hanya diam tidak mahu mencelah. Baran kembarnya itu bukan boleh agak. Kalau meletup, tiba-tiba sahaja. Kalau pelik pun tiba-tiba.

Beberapa minit dalam perjalanan, kereta yang dipandu Thalia melalui satu jalan asing yang dikelilingi dengan hutan. Tak ubah macam menempah ke jalan alam seram. Adrien mencuit bahu adiknya. "Betul ke jalan kau ikut ni, Thalia?" Suaranya perlahan berbisik tidak mahu didengari Melisa. Melisa fokus memandang ke luar tingkap seolah tidak kisah mereka dibawa ke mana.

"Aku rasa betul."

"Rasa? Kau gila ke? Betul ke yang kau call tu manusia, Thalia? Buatnya bukan manusia macam mana?"

"Ish, hantu mana reti guna telefon."

"Kau mana tahu, kau pernah jadi hantu ke?"

"Sebelum aku naik hantu, baik kau cakao kita dah nak sampai." Melisa mencelah. Adrien terkejut tidak sangka perbualan mereka berdua itu didengari si kakak.

"Lagi sikit. Hah, tengok tu." Thalia tunding jari ke depan. Lega hatinya apabila nampak pagar besar berwarna hitam di depan mata.

"Kau ada akses ke nak melepasi pagar tu?" Soal Melisa memeluk tubuh sambil memandang Thalia. Keretanya yang dipandu Thalia berhenti betul-betul di hadapan pagar hitam itu.

"Adrien rasa, baik kita patah balik je lah. Aura tempat ni macam menyeramkanlah."

"Ish, sabarlah. Sekejap aku tekan hon." Thalia menekan hon sebanyak tiga kali. Pagar hitam itu masih tertutup rapat. "Cuba kau call nombor tuan rumah."

Thalia keluarkan telefon bimbit. Nombor yang dihubunginya semalam didail semula seperti yang dicadangkan oleh Melisa. Malangnya panggilan dibuat mesin operator yang menjawab.

"Patah balik je lah jom." Thalia mengeluh. Tengok dari luaran rumah sahaja, dia boleh agak yang private garden dalam kawasan rumah itu cantik dan sesuai untuk jadi tempat penggambaran. Tapi, kalau dah tak ada rezeki, nak buat macam mana kan. Redha je lah.

"Tukar tempat duduk. Biar aku drive." Melisa menanggalkan kasut sneakernya dan campak ke bahagian tempat bawah duduk belakang. Thalia membuka kunci pintu kereta dan menguak pintu kereta. Sementara Thalia berjalan ke pintu penumpang hadapan, Melisa dah memanjat duduk ke atas kerusi pemandu.

"Jom gerak balik!" Melisa tidak sembunyikan rasa terujanya. Nasib baik berpihak ke atas dirinya hari ini. Memang ikutkan mood, dia tak mahu pun posing-posing tangkap gambar bagai.

Tangannya memegang batang gear ingin menukar dari gear P ke gear D. Tuk! Tuk! Ketukan di cermin tingkap bahagiannya mengejutkan semua orang di dalam kereta. "Woi, kau nak orang mati terkejut ke?!" Melisa bengang bila ada manusia muncul tiba-tiba macam tu.

YEOUBIWhere stories live. Discover now